Bab 2

28.6K 857 9
                                    

"Aku terima nikahnya Norliayana bt Mohd Adam dengan mas kahwinnya sebanyak 2 ribu tunai"

Dengan sekali lafaz sahaja, status Yana pun berubah, dari anak dara ke isteri orang, dari single ke married. Hadir perasaan seram apabila memikirkan tentang statusnya itu, namun dia pandai menyembunyikannya.Takut ada tetamu yang perasan akan perubahan riak wajahnya itu.

************************************

Upacara pembatalan air sembayang pun dimulakan selepas lafaz akad nikah dijalankan.Amri pun mendekati bakal isterinya...eh lupa pula, dia dah jadi isteri aku dah pun.Amri pun menghulurkan tangannya kepada Yana untuk dicium. Yana mencium tangannya.Akhirnya tibalah waktu untuk Amri pula mencium dahi isterinya, Yana.Hati Yana tidak tenteram, jantungnya berdegup kencang.Namun ada satu perasaan yang hadir."Apakah?"Hatinya berbisik.Sebabnya tidak diketahui pula.

************************************

"Bye umi, bye ayah, Yana pergi dulu,assalammualaikum" Yana mengucapkan selamat tinggal kepada ibu dan ayahnya, En. Adam dan Pn. Salmah sebelum meninggalkan mereka kerana mengikuti suaminya pulang ke rumah yang diberi oleh Dato Zambri sempena perkahwinan mereka.Sebak Yana.Tak sangka bahawa dia akan meninggalkan ibubapanya selepas persandingannya. Semuanya kerana suaminya ada class esok.

"Hhhuhh" Yana mengeluh.

"Kau kenapa mengeluh?Sedih ikut aku?" Amri bertanya selepas mendengar keluhn isterinya.

"Eh dia dengar ke? ala mampos la aku..macam mana ni??aku rasa aku mengeluh slow je tadi.." Hati Yana berkata.Yana hanya menggeleng bagi membalas pertanyaan suaminya.Perjalanan mereka hanya dipenuhi dengan suara Dj radio.Tiada siapa mahu memulakan perbualan.Suaminya pula leka memandu.Akhirnya dia tertidur.

************************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now