"Buat lagi, lagi sakit awak dapat." kata Asyfa lagi seraya jari telunjuknya ditunding tepat di hadapan wajah Firas. Seakan-akan memberi amaran.

"Eh, ni macam cabaran la pulak." kata-kata Firas hanya dibalasnya dengan jelingan tajam.

"Kenapa panggil aku?"

"Tak ada apalah. Dah tak ingat. Sebab awaklah." Firas cuma gelak.

"Saya nak sambung kemas kat atas ni, awak kemas lah dulu kat bawah."

"Tak nak minum air dulu ke, dah dahlah tu kemas barang. Dari tadi lagi kau kemas. Aku ada sediakan air kat dapur, pergi lah minum dulu." Wajah Asyfa mula berubah riak. Gembira dengan pernyataan terakhir Firas itu.

"Baiknya Firas." Bahu Firas ditujah-tujah dengan jari telunjuknya. Sengaja ingin mengusik.

"Tapi air mineral je lah." Pernyataan Firas itu membuatkan Asyfa bungkam. Bibir diketap, geram.

Eei, dia ingat kelakar ke?!

"Eei, baik tak payah pelawa." Baru sahaja ingin berlalu pergi, lengannya terlebih dahulu dicapai Firas.

"Aku gurau je la. Aku memang ada sediakan jus oren untuk kau," ujar Firas bersama senyum yang tak lekang di bibirnya. Hari ni Firas memang murah dengan senyuman ke apa?

"Dah tak nak. Awak minum la sorang-sorang. Biar jus oren awak tu tak luak. Huh!" Firas hanya gelak, langsung tidak mengambil hati dengan penolakan berbaur geram Asyfa itu. Langkah Asyfa yang berlalu naik itu diperhati dengan tawa yang masih tersisa.

Hai, nasiblah Firas dapat anak tunggal. Garang pun ya, kuat sensitif pun ya!

•••

          ASYFA meregang-regangkan badannya. Penat setelah separuh hari itu hanya digunakannya untuk mengemas bilik mereka. Banyak lagi yang perlu diselesaikan.

Susun baju ke dalam wardrobe, letak setiap barang yang dibawa ke tempat sepatutnya dan banyak lagilah. Lepas satu, satu. Pindah rumah memang memenatkan!

Satu bagasi milik Firas ditarik mendekati. Aduh, berat. Ni memang betul bawak anak gajah Firas ni!

Zip bagasi dibuka. Mulutnya terlopong besar apabila melihat isi bagasi itu yang hanya dipenuhi dengan buku. Sudahlah semua tebal! Ni kalau dia letak dalam beg sandang ni, mahu terputus setiap urat bahu.

Kalau novel biasa tak apalah jugak. Tapi ni hanya buku sci-fi, buku ilmiah, tak pun buku literature. Yang pasti bukan fiksyen la.

Sangat membosankan untuk dia yang hanya menyukai fiksyen!

Buku yang berada dalam bagasi tersebut dikeluarkannya satu-persatu. Mujur sahaja di dalam bilik ini sudah ada satu ruang yang hanya dikhaskan untuk buku-buku dan perihal kerja Firas. Ruang tersebut terletaknya di sebelah ruang solat.

Ya. Memang tak nafi, bilik ni dua kali ganda saiz bilik lamanya dan juga bilik lama Firas. Atau..tiga kali ganda sebenarnya? Entahlah, dia pun tak tahu. Memandangkan kuak sahaja satu pintu bilik utama, akan ada pintu-pintu lain pula yang agak terselindung disebalik mata. Direka bentuk rapi katanya!

Buku-buku itu mula ditempatkan di tempat sepatutnya dalam kadar yang agak lama. Dia ingat, dalam bagasi ni sahaja yang terkandung buku. Tapi bila masuk sahaja ke dalam ruang persendirian milik Firas itu, terpapar penuh buku-buku di setiap ruangan rak.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now