34

6.7K 622 41
                                    

          DINNER yang berlangsung di ballroom itu sungguh meriah sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          DINNER yang berlangsung di ballroom itu sungguh meriah sekali. Tepat sahaja pukul 8.30 malam, ballroom itu terus dipenuhi ramai. Hiasan bunga dan chandelier yang tergantung memainkan peranan penting dalam dekorasi tempat.

Charms and elegant.

Tema majlis yang dipilih. Tema yang juga menambah seri setiap orang yang hadir pada malam itu memandangkan kebanyakan mereka mengenakan warna hitam dan gold. Bersesuaian dengan tema.

Jikalau diperhatikan dari setiap orang yang hadir di reunion ini, semuanya nampak seperti berstatus tinggi dan..boleh dikatakan kaya?

Reunion di tempat yang mewah, wajah-wajah mereka pun dilihat seperti bukan calang-calang orang. Ada juga wajah yang sepertinya pernah dilihat di kaca televisyen mahupun majalah.

Jika diperhatikan Firas pula, memang tidak dinafikan Firas pun turut sama berkerjaya. Firas dari keluarga yang berada, cuma perwatakannya sahaja yang merendah diri. Tidak bermegah dengan apa yang dimiliki. Dia pun tak pernah tanya Firas ni sekolah mana.

Entah-entah..private school? Wow.

"Sya." Lembut Firas memanggil namun panggilannya tidak bersahut. Baru tinggal sekejap nak ambil air, takkan dah berada dalam mode berangan kot Asyfa ni.

"Sya sayang..." Sebelah tangannya dilingkarkan pada pinggang Asyfa, sebelah tangan lagi memegang gelas berisi ice chocolate.

Terhinjut sedikit bahu Asyfa, tersentak dengan tindakan tiba-tiba Firas itu.

"Ish, Firas! Tak senonoh. Public ni kan." Asyfa cuba menepis. Tapi makin dia menepis, makin lagi dieratkan Firas. Apalah dia ni, tak malu ke bila ada mata-mata yang tengok. Ke memang perangai dia macam ni dari sekolah lagi?

Pegang-pegang perempuan, peluk-peluk perempuan. Tu yang orang lain asyik pandang-pandang je mereka dari tadi.

"Apa yang tak senonoh? The way I call you, or the way I hug you? Or..both?"

"Both!" Firas tergelak. Terlalu jujur Asyfa ni. Tapi tak apalah, bagus jugak. Dia makin suka orang yang main tarik tali ni.

"Hmm, I don't think so. Sebab both are legal."

"Oh, and you should construct your sentence properly. It's not Firas. Now..it's abang. Kita dah bincang kan?"

"Eei, saya tak suka." Firas tergelak lagi. Hati rapuh tak apa, asalkan bahagia akan menjelma. Step by step.

"Abang suka." Asyfa mencebik. Menyampahlah dia ni.

"Ingat sikit, ni reunion awak. Bukannya honeymoon kita," kata-kata itu membuatkan Firas mengukir senyum.

"Oh—" jeda Firas seketika sebelum kembali menyambung kata-katanya.

"I love the idea. I might consider that. Kita pun tak pergi lagi kan? So, dekat mana Sya nak pergi?"

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now