10

7.9K 637 19
                                    

        "HAH? I know nothing about you," ujar Asyfa perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        "HAH? I know nothing about you," ujar Asyfa perlahan. Bila dia fikir balik, mungkinlah kot terjumpa kat mana-mana. Kuat betul daya ingatan Firas kalau macam tu. Tak pernah termakan semut ke apa? Ke selalu makan kismis minda?

"Ya ke? Hmm. Tak apalah..." Remote tv diletakkan semula disebelah Asyfa. Dah malas nak gaduh.

"Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?" Firas cuma geleng. Dia bangun dari sofa lalu mengorak langkah ke katil. Tubuhnya terus dihenyakkan ke katil. Penat.

Dahi Asyfa berkerut. Tiba-tiba betul lah dia ni.

"Sya, kau tidur sini je lah nanti." Kat bawah tu sejuk. Nak je dia sambung ayat tu, tapi ego dia tetap ada. Well, lelaki. Ego comes first.

Sya?!

Amboi, sejak bila orang panggil aku Sya? Tak, sejak bila 'ada' orang panggil aku Sya?!

"Tak nak. Saya tidur sini je," kata Asyfa sambil menepuk-nepuk sofa. Selesa jugak kalau tidur kat sofa walaupun kadar potensi untuk sakit badan tu tinggi.

"Asal pulak?"

"Nanti awak cakap saya gatal pulak. Sengaja nak tidur situ."

Bantal kecil dilontar Firas tepat mengena Asyfa. Ni ex captain basketball la, kalau shoot pun semudah ABC, inikan pula lontaran ke muka Asyfa.

"Tak ada. Semalam memang aku angkat. Kau sejuk sangat masa tu. Dahlah, aku nak tidur ni. Tutup lampu please." Asyfa mencebik. Oh, jadi dia sengaja berlakon tak tahu. Rupa-rupanya dia yang angkat. Huh!

Eh?!

Bila difikirkan, malu jugak sebenarnya. Dua kali ganda malu!

"Tak payahlah tidur lagi." Mulutnya yang sedang menguap segera ditutup.

"Kenapa pulak? Suka hati akulah. Mata aku. My eyes, my will." Selimutnya ditarik ke atas. Ah, sumpah dia tak termakan pujukan Asyfa tu.

"Saya nak tengok ceritalah. Temanlah kejap." Asyfa bersuara perlahan. Malu jugak dia nak suruh Firas ni teman. Tapi jika dibandingkan dengan ketakutan dia untuk berjaga malam sorang-sorang, yang tu lagi dia takut!

"Buang masa je teman kau. Baik aku habiskan cuti aku ni dengan tidur secukupnya." Jelingan tajamnya pada Firas tidak berkesudahan. Ya Allah menyampahnya dengan si Firas ni!

"Eei, ya lah. Nak tutup lampu la ni."

Bantal peluk dicapai lalu lampu ditutup terlebih dahulu. Kaki akhirnya dipaksa jua melangkah ke katil. Bersama keluhan kecil yang terluah di bibir, tubuhnya turut dihenyakkan.

"Amboi, berat sangat ke kerja kau hari ni." Sindir Firas membuatkan Asyfa mencerlungnya tajam. 

"Suka hati sayalah nak mengeluh ke apa. Eei!" Firas tergelak. Eh, dia gelak? Jarang jugak nak dengar dia gelak. Nasiblah gelap, kalau tak mesti terserlah lesung pipit dia.

Dia tahu Firas ada lesung pipit pun bila dia tengok balik gambar semasa majlis perkahwinan mereka. Manis je dia senyum.

Ish, apa aku cakap ni!

Asyfa menampar-nampar pipinya supaya kembali berada dalam mode waras.

Suasana kembali diam. Agak lama sebelum Firas mula berdehem cuba mengalih perhatian.

Suasana masih diam. Firas mengalihkan sedikit bantal di tengah yang memisahkan mereka berdua. Asyfa dilihat sudah memejamkan matanya. Aik, kejapnya dia ni tidur. Padahal tadi, dia jugak yang tak nak tidur lagi.

Dengan lembut rambut Asyfa dialihkan sedikit supaya tidak menutupi wajahnya. Firas tersenyum. Kalaulah dia dah kenal Asyfa sebelum ni kan bagus. Dapat dia kenal Asyfa dengan lebih rapat. Ni tak, nak rapat pun susah. Aku dengan ego lelaki aku. Asyfa..ya lah, dia perempuan. Hati perempuan kan susah nak jangka.

"Sya..." Firas sengaja memanggilnya perlahan. Manalah tahu tiba-tiba dia jawab.

"Sya..."

"Hmm?" Mata Asyfa terbuka perlahan. Firas cuma tersengih. Mesti mamai ni.

"Kau..suka aku tak?" Firas mencuba nasib. Asyfa masih diam lalu matanya tertutup kembali. Tidak langsung menjawab pertanyaan Firas itu. Firas tersengih. Dah agak, kalau dah tidur bukannya sedar si Asyfa ni.

•••

         "SYA, bangun Sya. Makan pagi. Dah lewat ni..." Asyfa menenyeh matanya berulang kali. Wangian yang menusuk hidung itu membuatkannya tersedar dari lena tidur, sekali gus dengan sayup-sayup suara yang memanggilnya.

Dalam mamai dia masih dapat melihat figura seseorang yang tercegat di sisi katil. Nampak macam Firas.

"Awak dah mandi ke?"

"Dah. Kenapa?" Firas memandangnya hairan. Memanglah dah mandi , lepas je dia joging subuh tadi terus dia bersihkan diri.

Asyfa menggeleng perlahan. Dia masih dalam keadaan mamai. Entah sedar atau tak yang dia tengah bercakap.

"Tak adalah. Saya suka bau awak. Wangi perfume yang awak pakai," puji Asyfa dengan mata yang dipejamkan semula.

Firas tersengih. Nampak sangat mamai si Asyfa Hanan ni. Memang selalu mengigau ke?

Firas menyentuh bahu Asyfa perlahan. Ditepuk-tepuknya bahu Asyfa beberapa kali agar dia tersedar.

"Oi, bangunlah. "

"Sya.." Bahu Asyfa cuba digerakkannya pula, agak kuat. Tapi masih tidak berhasil. Hek eleh dia ni, tidur mati ke? Nasib kaulah Asyfa, ada satu lagi cara..

"Sya sayang, bangunlah.." bisik Firas perlahan di telinga Asyfa. Tersentak dengan suara garau itu, matanya segera dicelikkan. Terkejut dirinya apabila wajah Firas itu berada terlalu dekat dengan wajahnya. Cepat-cepat Asyfa bangun daripada pembaringan. Firas disebelahnya dijeling tajam namun hanya senyuman sinis yang dibalas lelaki itu.

"Hah, ingat elok sangatlah tu jeling."

"Awak tu yang gatal!"

"Excuse me? Siapa flirt siapa dulu tadi?"

Otak Asyfa masih tidak dapat berfungsi. Tubuh Firas yang agak rapat dengannya ditolak. Tuala yang tersangkut pantas diambil tanpa berlengah.

"Mandi tu cepat sikit! Dahlah bangun lewat!" ujar Firas sengaja. Cuba menambahkan api kemarahan Asyfa.

"Eei!"

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now