40

7K 602 58
                                    

          FIKIRAN Firas mula melayang teringatkan kejadian beberapa hari lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          FIKIRAN Firas mula melayang teringatkan kejadian beberapa hari lalu. Niatnya menerima pelawaan untuk berjumpa dengan si pengirim mesej iaitu Uncle Lan hanya sekadar ingin berbasa-basi dengannya. Mungkin juga Uncle Lan memerlukan pertolongan darinya berkaitan Luna.

Gadis itu memerlukan sokongan dari orang sekelilingnya. Bukan mudah untuk membuang depresi dan anxiety yang menghantui diri selepas kejadian tersebut. Dia yakin walaupun gadis itu mungkin sudah semakin beransur pulih, masih ada kata hati yang akan mengganggu emosinya. Jika dibiarkan begitu sahaja, mungkin nyawa gadis itu akan melayang kerana diri sendiri.

Namun, lain pula yang berlaku apabila dia difitnah habis-habisan oleh orang yang pernah rapat dan dianggap ayah baginya. Pedih. Lagi pedih apabila kata-kata yang terhambur oleh Uncle Lan itu turut menghina orang yang disayanginya.

Kini, fikirannya tertumpu kepada Luna pula. Apa motif gadis itu mempergunakannya? Sekadar membalas dendam kerana hubungan mereka yang tak pernah kesampaian? Ataupun hanya sekadar kepentingan diri sendiri?

Wajahnya disembamkan pada meja. Dia terbatuk-batuk kecil. Entah kenapalah badannya juga turut berasa lemah. Jangankan nak makan, buat kerja pun tak larat.

"Firas!" Baru sahaja ingin memejamkan mata, tersentak Firas apabila dasar mejanya diketuk kuat. Wajahnya perlahan-lahan didongakkan. Lelaki di hadapannya itu dipandang tanpa perasaan.

"Kalau kau nak tanya pasal masalah perabot tu, aku tak cari jalan untuk selesaikan lagi."

"Taklah. Saja je nak jenguk kau. Member kan."

"Kau okay tak okay ni? Nampak lemah semacam je." Firas mengangguk. Wajahnya kembali disembamkan ke meja. Sumpah, bukan setakat tak larat, mood nak layan Affan borak pun dia langsung tak ada.

"Mengantuk." Hanya sepatah kata sahaja yang keluar.

"Mengantuk pergilah balik. Dah lewat ni. Kau ingat sikit, kau tu dah beristeri. Lainlah aku, nak stay semalaman dekat company ni pun tak apa."

Jam di dinding dikerling Affan sekilas. Hampir menginjak pukul 6.30 petang. Selalunya pukul 5 Firas dah balik. Tapi semenjak sehari dua ni, makin menjadi-jadi perangai gila kerjanya. Lagi-lagi bila terlibat untuk manage projek besar. Sebijik perangai seperti sebelum dia kahwin. Nasib tak buat hal nak stay semalam dekat sini je.

"Aku tidur rumah kau malam ni boleh?" soalan Firas itu hanya membawa kepada tunjalan di dahinya. Khas dari Affan.

Mengarut! Isteri dekat rumah tu macam mana nanti?

"Yang kau tak ada kerja nak tidur rumah aku ni apahal?"

"Aku tak laratlah weh nak drive balik rumah," perlahan sahaja suaranya. Jujur, dia memang tak larat. Nasib tak berpinar je biji mata ni. Kepala yang turut terasa berdenyut-denyut itu diurut.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now