19

7K 632 82
                                    

          HARI ini bermulanya hari di mana dia dan Firas akan mula tinggal di rumah baru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          HARI ini bermulanya hari di mana dia dan Firas akan mula tinggal di rumah baru. Kedudukan rumah baru ini pula tak adalah jauh sangat dengan tadika dia, dan tak adalah dekat sangat dengan Kejora Design, syarikat reka dalaman Firas bekerja.

Yang pasti, strategik untuk mereka berdua berulang-alik ke tempat kerja.

"Firas!" Langkah diorak ke sekeliling rumah tanpa hala tuju. Ish, dia ni suka sangat menghilang. Sudahlah dia masih belum familiar dengan sekeliling rumah ni. Pening dibuatnya!

"Firas, awak dekat mana?" Asyfa masih lagi tercari-cari Firas yang dari tadi dia tak jumpa. Menghilang macam chipsmore!

"Firas!" Satu-persatu bilik diterjahnya. Tapi tak ada satu pun yang ada Firas. Lantas Asyfa menuruni tanggan ke bawah. Ruang tamu rumah.

Dalam kesempatan itu, matanya sempat lagi menilik reka dalaman rumah tersebut. Cantik, elegant sangat. Kata Firas, rumah ini bertemakan minimalis. Dan kata Firas juga, dia sendiri yang design rumah ni.

As expected, major in interior design!

Terlampau cantik pada pandangan mata!

"Firas Hakimi..." panggil Asyfa lagi. Kali ini dengan nama panjang. Kalau tak muncul jugak dia tak tahulah. Dah lelah rasanya dia memanggil Firas berulang kali. Setiap intonasi digunapakainya untuk memanggil. Tapi tak jugak dijawabnya. Muncul apatah lagi!

"Fi—"

"Ya Sya, nak apa?" Suara yang tiba-tiba entah dari mana mengejutkannya. Sudahlah dia dapat rasakan pinggangnya seperti dirangkul. Dan apabila matanya menangkap tangan Firas pada pinggangnya, laju sahaja tangan naik pada pipi Firas.

Pap!

Terkejut juga dengan tindakan diri sendiri tapi Asyfa hanya beriak biasa. Walaupun dalam hati dah gelabah semacam!

Wajahnya juga dapat dirasakan sudah berona merah, malu dengan tindakan tanpa segan silu Firas itu.

"Ya Allah, sakitnya..." Firas mengaduh perlahan. Rangkulan tersebut akhirnya Firas lepas.

"Padan muka. Sesuai la sebab awak gatal sangat!" Firas cuba tahan untuk sengih. Kalau tersengih kan takut kena tampar lagi. Garang la dia ni!

"Gatal apanya..." Firas bersuara lagi. Pipi kanannya masih dipegang.

"Sakit sangat ke Firas?" Firas mengangguk. Sengaja cuba untuk mengambil simpati Asyfa.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now