13

7.5K 609 55
                                    

           "FIRAS!" Asyfa segera bangun daripada tempat duduknya lalu cuba bersembunyi di belakang Firas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"FIRAS!" Asyfa segera bangun daripada tempat duduknya lalu cuba bersembunyi di belakang Firas. Mata-mata yang memandang mereka langsung tidak diendahkan.

"Oh, jadi ni lah lelaki tu..." Firas masih memberikan reaksi pelik. Tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh lelaki asing dihadapannya ini.

"Akulah yang call Asyfa haritu..tapi asal kau pulak yang jawab?" Firas mengerling Asyfa dibelakangnya sejenak. Cuba memastikan tekaan yang bermain di fikirannya tika itu.

"He's your boyfriend?" soal Firas perlahan dengan nada memerli.

"EX boyfriend."

Perkataan ex ditekankannya sebelum Firas salah faham. Firas menoleh kembali ke hadapan. Sempat lagi dia berdehem perlahan sebelum mula bersuara.

"Sorry bro but actually I'm her husband so memang tak salah kalau aku yang jawab call tu," terang Firas tenang. Masih lagi cuba untuk bertolak ansur dengan lelaki di hadapannya ini.

"I'm not gonna trust your words because she'll never love anyone else other than me. Kan sayang?" Mata Firas mencerlung memandang lelaki hadapannya.

Sayang?!

Huh, no one should ever call her like that other than me!

Tempah maut betul la mamat ni.

"Aku memang tak nak cari pasal dengan kau bro.." Tangan yang tadi hanya mengepal penumbuk mula memberikan tindakan refleks. Satu tumbukan kuat dihadiahkan Firas.

"...but if you disturb my wife again, I'll give you more." Tegas Firas lalu menarik pergelangan tangan Asyfa kasar. Terkebil-kebil Asyfa yang hanya menurut. Tidak berani pula dia ingin bersuara.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, pergelangan tangannya mula diusap perlahan. Firas yang perasan mula bersuara.

"Sorry, aku tak sengaja." Asyfa hanya tersenyum nipis.

"Tak apa."

"Aku cuma geram sangat dengan boyfriend kau tu!"

"EX." Tekan Asyfa lagi. Firas sekadar berdecit.

"Okay, ex. My bad. Tapi macam mana kau boleh berteman lelakikan manusia macam tu hah dulu? Psycho je aku tengok." Selamba sahaja Firas mengutuk. Tiada langsung tapisan.

"Dulu dia tak macam tu pun. Baik, gentle, caring, penyayang..."

"Excuse me?"

"Apa?" soal Asyfa tak bersalah.

"Tak payah puji dia sangat."

"Dulu okay, dulu. Tapi sekarang macam yang awak tengok tu lah."

"Kau reject dia ke macam mana?" Asyfa mengeluh kecil.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now