45 (flashback)

5.8K 515 38
                                    

*You can listen to Enchanted-Taylor Swift while reading this chapter*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*You can listen to Enchanted-Taylor Swift while reading this chapter*

***

Shoot!

Jaringan terakhir daripada Firas membuatkan mereka bersorak kegembiraan. Jaringan yang membuatkan mata mereka akhirnya mendahului pihak lawan. Sekali gus membawa kemenangan team Aster High pada separuh akhir perlawanan.

Affan dan beberapa orang rakannya yang lain sudah mula memasuki gelanggang. Turut memeriahkan kegembiraan mereka.

"That's my bro!" Hampir sahaja tubuhnya itu dipeluk Affan namun Firas terlebih dahulu menujah bahu rakannya itu.

"Tak payah nak peluk aku sangat Fan. Aku berpeluh ni. Kalau kau rela nak bau badan aku tak apa."

"Tak apa weh, peluh kau sewangi kentut aku je."

"Siotlah Fan!"

Sedang asyik mereka bergelak ketawa meraikan kemenangan tersebut, mata Firas terleka seketika. Memerhati gerak-geri seseorang di pintu masuk utama. Gadis itu sedang sibuk berbual dengan rakan-rakannya.

Firas tersenyum tanpa sedar. Hanya untuk seketika sebelum Affan yang perasan menyiku lengannya.

"Buatlah first step. Kau lelaki kot."

"Apa?"

"Buat-buat tak tahu pulak. Kau ingat aku tak nampak?" Firas tersengih. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Pandangannya yang dari tadi memerhati gadis itu kini dialihkan pula kepada Affan.

"Malas la Fan. Kau la try bagi pihak aku."

"Tak gentle punya manusia. Aku try betul-betul kan baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Firas hanya ketawa. Layankan je lah si Affan ni.

Memandangkan tengahari nanti final basketball akan berlangsung, mereka mengambil ruang dan masa yang ada sekarang untuk berehat. Gerai-gerai menjadi sasaran utama yang dituju mereka. Gerai burger, kerabu maggi, aiskrim gulung..

Fuh, kecur liur betul la. Kalau hari terbuka sekolah mesti macam ni. Event paling menarik! Tapi sayang, sekali setahun je. Tapi tak apa, tahun depan ada lagi. Tahun terakhir mereka sebelum menamatkan zaman remaja.

"Bro, kau tengok apa yang aku nampak." Firas turut menoleh kearah yang sama dilihat Affan.

Gadis yang menarik perhatiannya tadi.

Dia ditemani beberapa orang rakannya yang lain sedang berada di gerai aiskrim gulung. Namun tidak lama apabila gadis itu mula menghilang dari pandangan.

"Aku nampak..."

Asyfa.

"Aku nampak gerai aiskrim." Firas tergelak. Ceh, ingat ke dia ni pun perasan Asyfa ada dekat situ. Rupanya makanan dulu yang dia nampak.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now