43

7.2K 573 75
                                    

          SESEKALI skrin telefonnya dilihat, sesekali pandangannya jatuh melilau ke arah sekeliling mall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          SESEKALI skrin telefonnya dilihat, sesekali pandangannya jatuh melilau ke arah sekeliling mall. Bosan betul tunggu Firas pergi tandas ni. Tapi bukan setakat bosan je, segan pun dia rasa jugak. Cuma nak dibandingkan dengan sebelum ni, dia makin berani la untuk berseorangan macam ni. Tu pun dia pilih bangku yang agak tercorot, jadi tak adalah matanya terlalu disesakkan dengan orang ramai.

"Asyfa?"

Satu suara yang menyapa halwa telinga membuatkan Asyfa mendongak. Siapa ni? Macam mana pulak boleh kenal dia.

"Jangan cakap yang kau lupa?" Asyfa berpura-pura ketawa. Sedangkan fikirannya kembali mengingati satu-persatu wajah rakannya. Aduh, kenapa tak straight to the point je? Bagitahu je lah siapa. Nak main teka-teki pulak dekat sini.

"Natty.."

"Oh, Natty..ingat-ingat. Yang—" Asyfa tiba-tiba terdiam. Mindanya seakan-akan baru dapat berfungsi dengan lancar.

Jangan cakap Natty yang tu?!

Naimah Tayyibah?!

Fuh, kesian mak dia bagi nama lawa, islamik. Tapi bila dah besar, dibaratkan sendiri jugak nama tu.

Senyuman Asyfa mati. Gadis dihadapannya itu dipandang tidak beriak.

"Sekarang memang dah ingat kan?" Gadis itu tergelak. Penuh sinis. Asyfa ditiliknya dari atas ke bawah. Tak sangka banyak perubahan pada gadis itu berbanding zaman remajanya dulu.

"Macam mana kau dengan Danish? Ke jinjang pelamin tak? Atau cuma bertepuk sebelah tangan? Eh, mestilah bertepuk sebelah tangan kan. Sebab dengar cerita dia dah bertunang."

Aduh, perempuan ni. Tak ada topik lain ke. Topik Danish jugak yang nak dibangkitkannya. Lama sangat dia berdendam ni. Orang dah masuk fasa dewasa, tapi dia tetap jugak berada di fasa remaja. Ke memori dia sampai situ je?

"Kau memang tak habis-habis kan? Kalau kau obses sangat dengan Danish, asal kau tak tackle je dia dulu?"

"Oh, lupa. Kena reject. Sebab perangai macam sampah," sambung Asyfa lagi dengan senyum sinisnya. Tak pernah lagi dia terfikir nak gaduh dengan mana-mana insan, tapi selain Luna..nampaknya ada pulak saingan baru.

"How dare you?! Kau asal berani sangat sekarang hah? Dulu habis pengecut!"

"Because she has me. So you're messing with the wrong person."

Satu suara yang mencelah itu membuatkan kedua-dua pasang mata kini berfokus pada lelaki itu. Wajah Asyfa yang tadinya berkerut cuba menahan marah berubah kendur. Terkelip-kelip sepasang mata hazel itu memandang Firas.

"Who are you young lady? Where's your common sense? Where's your adab? Tak malu ke cari gaduh dekat public?" soal Firas bertubi-tubi. Nada suaranya masih dikendurkan bagi tidak menarik perhatian mata-mata lain yang sukakan isu hangat.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now