54

6.9K 600 89
                                    

          "THAT'S you Asyfa Hanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"THAT'S you Asyfa Hanan. You're actually my first and will always be my last."

Asyfa terdiam. Lama.

Baru sahaja air mata terasa ingin mengalir di pipi, pantas sahaja Firas menekup bantal ke mukanya. Kuat Firas menggelakkan Asyfa yang sudah terjerit kecil.

"Firas!!! Apa awak ni?!" Firas masih menggelakkan Asyfa. Lesung pipit di pipi Firas juga jelas kelihatan. Manis sungguh. Ni kalau nak marah memang kena fikir dua tiga kali dulu ni.

"Sya, just shh. Simpan air mata tu untuk malam esok."

Sempat juga Firas mengenyitkan mata padanya. Tapi Asyfa macam biasalah..memang auto loading. Tak faham langsung dengan kenyitan Firas tu.

"Kenapa? Malam esok kenapa? Awak nak bunuh diri ke apa?"

"Damn. You want me to die that easily? My diary influenced you that much huh, sweetie?" Hidung Asyfa dicuit.

Asyfa hanya ketawa. Langsung tidak dihiraukan anak mata Firas yang tajam memanahnya dengan wajah cemberut itu.

"Tu bukan diari awak lagi dah. Tu dah jadi diari saya. Jadi saya nak simpan, boleh?" Firas menggeleng laju. Wajahnya perlahan-lahan didekatkan pada wajah Asyfa. Bukan itu sahaja, kedua-dua belah tangannya juga turut dikunci pada pergelangan tangan Asyfa.

Asyfa terkedu untuk seketika. Hilang terus tawanya. Terkebil-kebil matanya merenung Firas yang semakin mendekatkan dirinya itu.

"Even though it's not my diary anymore, it's not gonna be fully yours too. So, I stick with my decision..it's gonna be officially ours. Sebab dalam tu ada memori kita berdua. That's why I wrote it prettily, pretty."

Tenang dan menggoda sahaja suara itu menyapa pendengarannya.

Asyfa menelan liur. Gabra jugak dibuatnya. Dahlah suara setenang air laut, dalam nada separuh berbisik pulak tu. Tubuh dia automatik mengeras kalau macam ni gayanya!

"Er, awak jauh sikit boleh? Saya nak cakap sesuatu ni..tapi nanti merencik air liur saya dekat muka awak nanti." Asyfa cuba mencari seribu satu alasan. Dan alasan ini mungkin yang paling kukuh!

Firas memincingkan matanya sedikit sebelum mula tergelak. Tahu akan niat sebenar Asyfa, tapi permintaan Asyfa masih diturutkan tanpa berdalih. Wajahnya dijauhkan sedikit dari wajah Asyfa. Rambutnya yang sesekali terjatuh itu dikuak kembali keatas.

Perasan Asyfa masih ralit memerhatikannya, keningnya dijongketkan.

"Ya? Kenapa?" Asyfa menggeleng laju. Sempat juga dia memuji ciptaan Allah yang satu itu sebelum dia berdehem perlahan. Cuba kembali fokus kepada apa yang ingin dilontarkan dari tadi.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now