55

7.5K 604 119
                                    

       'MALAM ni sambut anniversary Lunar Cafe yang ke-10 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       'MALAM ni sambut anniversary Lunar Cafe yang ke-10 tahun. I harap you datang.'

Pesanan yang dihantar itu beberapa kali juga dilihat. Namun, masih tiada pesanan balas daripada Firas walaupun acara itu sudah kian bermula. Sudah beberapa jam berlalu sejak dia hantar pesanan tu, tapi tetap tiada balasan lagi.

'I harap you dengan Sya datang.'

Sekali lagi pesanan itu dihantar. Mungkin bila dia hantar pesanan macam tu, Firas akan ubah fikiran untuk datang.

"Cik Luna..dah bersedia?" Senyuman sehabis baik cuba dilakar di wajah apabila gerangan seorang pekerja kafe itu muncul.

"Dah."

Langkah diatur bersama gitar di tangan ke bahagian ruang yang telah dikhaskan untuk persembahan.

"Hai. I'm Luna Nafisa.." Mata masih tercari-cari akan kelibat Firas walaupun dia tahu harapannya itu hanya akan membuatkannya hampa.

"Sometimes, love that didn't work out might seems harder to forget. For him, maybe it's over. But for me, we could have been together."

Intro persembahan itu dimulakan dengan sepatah dua ayat yang menggambarkan kisah lagu yang dinyanyikan.

Petikan gitarnya mula kedengaran menghiasi kafe. Hanya cahaya spotlight pentas yang menerangi kafe, menjadikan Luna sekali gus watak utama pada malam itu.

So when you gonna tell her
That we did that, too?
She thinks it's special
But it's all reused
That was our place, I found it first
I made the jokes you tell to her when she's with you

Do you get déjà vu when she's with you?
Do you get déjà vu? (Ah), hmm
Do you get déjà vu, huh?

Petikan gitar itu diberhentikan untuk seketika. Air matanya yang ingin mengalir pantas dikesat. Kali ini, petikan lagu Happier oleh Olivia Rodrigo pula dimainkan. Lagu itu dinyanyikannya dengan penuh emosi. Lupa sudah mata-mata pelanggan yang memandangnya.

I hope you're happy, but not like how you were with me
I'm selfish, I know, I can't let you go
So find someone great but don't find no one better
I hope you're happy, I wish you all the best, really
Say you love her, baby, just not like you loved me
And think of me fondly when your hands are on her
I hope you're happy, but don't be happier

Luna menunduk menekur lantai. Lagu yang dinyanyikan itu betul-betul mengingatkannya tentang Firas.

Dia terpaksa. 8 tahun lepas dia terpaksa pergi ke luar negara. Dia dikhabarkan bahawa ibunya sakit tenat di sana. Malam itu jugak dia dikhabarkan tentang situasi Firas yang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan. Dia berbelah bahagi. Antara Firas dan ibu, dua-dua penting baginya. Kedua-duanya banyak mainkan peranan dalam hidup dia.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now