Aku tergamam. Syaza dan Arham? Bertunang? Dan aku tak tahu? Aku bukan ahli keluarga ini ke sampai perkara sebegitu penting tidak dikhabarkan kepadaku?

"Ecca?" panggilan Mak Teh menyentakkan lamunanku. Aku senyum kelat.

"Tak apalah Mak Teh, Ecca balik dulu. Sampaikan salam buat diorang, ya?" aku senyum pahit. Langkah diatur kembali ke kereta sebelum dipandu menuju ke cafe.

Sungguh,

Hati sakit diperlaku sebegitu oleh keluarga.

*****************
Aku merenung kerusi kosong dihadapan. Pandang kosong. Baru sahaja aku menghubungi Arham untuk bertanya tentang hubungannya dengan Syaza. Dan jawapannya,

"Betul ke kau nak bertunang?"

Jeda. Diam tiada balasan.

"Arham, aku tanya ni." suaraku perlahan.

"Hmm..."

Kini giliran aku untuk diam.

"Aku bukan adik kau ke sampaikan kau nak rahsiakan benda ni dari aku?"

"Aku bukan taknak bagitau kau. Cuma tak sempat dan aku tak tahu nak bagitahu kau macam mana. Tapi baguslah kalau kau dah tahu." balasnya. Dan alasan yang diberikan amatlah bodoh.

"Bagus?" aku senyum sinis.

"Bagus sangat. Aku tahu dari orang lain. Bukan dari keluarga aku sendiri." balasku sinis.

Keluhan dilepaskan. Seketika kemudian, datang seorang pelayan perempuan menghidangkan aiskrim coklat. Aku berkerut dahi. Bila masa aku pesan airkrim. Pelayan perempuan itu dipandang.

"Maaf, rasanya saya tak pesan aiskrim." kataku. Malah makanan pun tidak aku pesan lagi. Aku menunggu Hamidi terlebih dahulu kerana dia kelewatan.

Pelayan itu tersenyum.

"Saya tahu. Aiskrim ni saya yang belanja." balasnya sambil tersenyum lebar. Comel pula aku rasa budak ni. Aku senyum kecil.

"Saya yang entah sesiapa, awak nak belanja? Kenapa ya? " tanyaku.

Dia mengangguk.

"Sebab akak comel." aku menjongketkan kening sebelum ketawa kecil.

"Macam-macamlah awak ni. By the way, terima kasih ya?"

Dia tersenyum lebar. Mungkin gembira aiskrimnya diterima aku.

"Sama-sama, kak. Saya sambung kerja dulu ya?"

Aku mengangguk.

Sebaik kelibatnya hilang, aiskrim tersebut disudu sebelum dimasukkan kedalam mulut. Baik betul pekerja dekat sini.

Baru tiga suapan. Tekakku mula loya. Perut pula bertindak menolak kembali aiskrim yang ditelanku. Aku menekup mulut. Tidak menunggu lama, beg dicapai sebelum kaki bergegas ke tandas.

Sebaik tiba ditandas, segala isi yang ditelan diluahkan kembali kedalam sinki. Untung saja ketika itu tandas kosong tanpa pelanggan cafe yang lain. Dada aku urut perlahan kerana perit. Aku menongkat disinki. Berkumur beberapa kali.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now