Aku bangun dari duduk. Baik tidur je!

"Nak pergi mana?" tanganku dipegang Hamidi. Aku cuba untuk leraikan, tapi gagal.

"Masuk tidur."

"Siapa bagi keizinan?"

"Do I care? Saya mengantuk."

Langsung Hamidi tidak aku pandang.

"Duduk." kata Hamidi. Atau lebih tepat lagi, mengarahkan aku supaya duduk kembali.

"Jangan paksa boleh tak?"

"Boleh aje,"

"tapi bukan sekarang." sambungnya sekaligus muka aku memuram durja. Aku duduk dengan rasa keterpaksaan.

Aku sekadar memerhati Hamidi mengeluarkan mangkuk dari peti, tidak pasti mangkuk apa. Kemudian dipanaskannya. Sambil itu dia membancuh air didalam mug. Aku sekadar memerhati.

Tidak lama kemudian, makanan siap dipanaskan lalu diletakkan didalam mangkuk. Kemudian dibawa kepadaku bersama mug tadi.

'Bubur nasi?'

Dari mana datangnya? Aku berkerut dahi.

"Tadi Habib buatkan bubur, tapi Aisya dah tidur jadi Habib simpan dalam peti dulu." terang Hamidi.

Tangannya ligat mengacau perlahan bubur didalam mangkuk itu. Menghilangkan sedikit haba panas bubur.

Aku masih tetap dengan pekerjaan sementara aku, iaitu memerhati tingkah Hamidi. Bukan memerhati Hamidi ya, sekadar memerhati tingkah Hamidi.

Kemudian mangkuk ditolak kehadapanku.

"Makanlah."

Aku hanya memerhati bubur tersebut. Ada sesuatu yang mengganggu fikiranku sekarang.

Hamidi mengambil mangkuk tersebut. Kemudian sudu berisi bubur itu disuakan kepadaku. Dan. Aku. Hanya. Melihat.

"Kenapa? Habib buatkan dengan penuh kasih sayang tahu tak? Tak kan taknak makan?"

Aku jeda.

"Aiskrim tadi awak letak mana?"

Hamidi ketawa kecil. Sudu diletakkan kembali didalam mangkuk.

"Ingatkan apa tadi. Ada je aiskrim Sayang tu, Habib letak balik dalam freezer."

Aku diam.

"Kalau cair aiskrim saya, saya tak maafkan awak." gumamku perlahan.

"Sampai hati taknak maafkan Habib sebab aiskrim." lirih Hamidi.

Aku menjulingkan mata keatas. Hamidi menyuakan kembali bubur.

"Cepat makan. Lepastu rehat, nanti subuh Habib kejutkan balik." katanya.

Penatlah asyik tidur. Tak faham ke? Suaan bubur dari Hamidi aku sambut.

"Sedap tak?"

"Hmm,"

Kepalaku diusapnya. Kemudian dahiku disentuh.

"Dah kebah sikit demam sayang."

Aku diam. Setia menyambut suapan bubur dari Hamidi.

"Lena tak tidur semalam tanpa Habib?"

Aku jeling Hamidi yang sudah tersengih. Susah gila nak lelap. Nasib baik suami aku ni bijak, ada juga solution dia.

Jujur, walaupun aku merajuk dengan dia. Aku masih inginkan belaian darinya.

"Lena sangat. Boleh peluk Anaqi." balasku tidak jujur. Gila apa nak jujur.

"Nampaknya Habib sorang jelah yang rindu isteri Habib sampai susah lelap semalam." lirih Hamidi perlahan.

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now