28 : I will help you , I promise.

Start from the beginning
                                    

Akeira memanjat tembok kecil yang berada di rooftop tersebut tanpa rasa takut. Tubuh Akeira menggigil, bukan kerana ketakutan malah kerana kesejukkan. Dari atas ini, dia dapat lihat keindahan bandar Cittá. Akeira mendepakan tangannya, merasakan angin yang ada.

"Hey." suara garau yang menyapa Akeira itu membuatkan gadis itu menoleh memandang gerangan tersebut.

Oh, peacekeeper yang sedang berehat.

"Apa yang kau buat di atas itu?" soal peacekeeper yang telah membuka helmet yang menutupi mukanya itu. Akeira hanya tersenyum dengan soalan yang diajukan oleh peacekeeper tadi.

"Nak bunuh diri." balas Akeira dengan selamba.

"Kenapa?" soal peacekeeper itu sekali lagi.

"Aku tak mahu berkhimat untuk anjing gila itu lagi. Senang kata, aku tak mahu jadi hamba president kau itu lagi." peacekeeper tadi hanya mendengar sambil mengunyah tembikai yang dibelinya tadi.

"Kalau kau mati, dunia tak akan berubah pun..." kata peacekeeper tadi lalu menyuap tembikai tadi ke dalam mulutnya. Akeira terasa. Akeira mengintai nama yang tertera di tepi lengan suit peacekeeper itu.

Seonghwa
#0403

Bukankah lelaki ini yang mengendongnya beberapa minggu yang lepas semasa mereka di makmal condor itu?

"Tapi kalau kau terus hidup, aku jamin kau dapat ubah keadaan." sambung Seonghwa. Akeira kembali memandang wajah Seonghwa. "Aku dah tiada pilihan." kata Akeira dengan sayu. Seonghwa membuang kulit tembikai tadi lalu mendekati Akeira.

"Kau sentiasa ada pilihan, Akeira." kata Seonghwa yang kini berada dekat dengan Akeira. Lelaki itu mendonggak memandang Akeira yang berada di atas tembok kecil itu.

Seonghwa nampak tenang namun hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana gadis ini buat jantungnya hendak meletup. Dikatakan jika Akeira mengambil satu langkah kebelakang, memang gadis itu akan terjatuh dari tingkat 18 ini.

"Aku mahu kau tentukan sendiri perjalanan hidup kau. Aku tahu kau bijak dalam buat keputusan, Akeira." Seonghwa cuba memujuk Akeira yang masih ragu-ragu dengan dirinya itu.

"Jika kau mahu lihat Arthur tumpas, sambut tangan aku. Aku janji yang aku akan bantu kau." kata Seonghwa sambil menghulurkan kedua bepah tangannya. Akeira memandang wajah Seonghwa dan tangan lelaki itu saling berganti.

"Macam mana nak turun?" Seonghwa tergelak kecil. Dicapai tangan putih Akeira lalu diletakkan di bahunya manakala kedua belah tangannya pula diletakkan di pinggang Akeira. Seonghwa mengangkat Akeira lalu diletakkan Akeira di lantai rooftop. Akeira yang hilang keseimbangan pula menyebabkan dia terpeluk Seonghwa.

"Aku janji, aku akan bantu kau." kata Seonghwa dengan setulus hati.

〔⚛〕

Glade

Hoseok hanya memerhatikan setiap pergerakan Kiara. Matanya tajam merenung Kiara yang sedang berlatih menggunakan dagger dan shortsword itu. Sudut bibir Hoseok terangkat apabila Kiara nampak ganas berlawan menggunakan shortsword itu. Areum yang berada berdekatan mereka itu langsung tak dihiraukan. Sekarang, mereka berada di dewan yang panjang, tempat mereka selalu berlatih kemahiran mempertahankan diri. J-ae, Taehyung, Jimin dan Jungkook juga ada bersama di dalam dewan besar itu.

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now