PART 21🌹

134 5 3
                                    

LELAKI itu dijelingnya tajam.
Muka yang beriak biasa itu semakin
membuatnya panas hati. Apa lagi dia nak?

"Kau ni dah kenapa?",mata dijulingkan ke atas. Menyampah dengan lelaki di hadapannya ini.

"Aku just nak pesan,jaga diri kau baik-baik. Kalau kau nak keluar malam-malam,bagitau aku".

Kata-kata lelaki itu menimbulkan kehairanannya.

"Apa hak kau nak arah-arah aku?",
senyuman sinis dipamerkan. Perangai Hairy kali ini memang pelik. Sudah dilarang untuk tidak berjumpa dengannya tetapi hari ini datang pula,siap bagi pesanan. Fuhh!?

"Jangan degil, Syazreen. Please,dengar
cakap aku kali ini". Nafasnya dihembus kasar. Penat dengan perangai wanita di hadapannya ini. Degil sangat. Dia terlalu risaukan Syazreen.Kejadian semalam masih segar diingatannya. Mungkin ada yang menyakiti wanita itu. Firastnya cukupkuat merasakan demikian.

"Kau ni pelik lah Hairy. Kau bagitau aku,apa sebab aku perlu dengar cakap kau",tangan disilangnya. Sejauh mana lelaki ini mampu bersabar dengan
nya.

Lengannya yang berbalut diajukan kepada wanita itu.

"What?",keningnya dikerutkan.

"Aku syak,ada orang nak cederakan kau",kata Hairy.

"So?Apa kaitan dengan lengan kau tu?",tanya Syazreen. Masih tidak faham.

"Aku tak pasti lah tapi semalam ada orang nak masuk rumah kau and then
aku halang....",kata-katanya terhenti.

"Then,kau hampir kena tikam ke?",
teka Syazreen.

Hairy hanya mengangguk.

"What?Kenapa kau tak bagitau aku",
tangan Hairy ditariknya. Lengan yang berbalut itu dibelek-beleknya. Nasib baik tak serius luka itu.

Senyuman manis terlakar di bibir Hairy. Gembira hatinya kerana wanita itu risaukan keadaannya.

"Sayang juga kat aku eh?",diusik wanita itu.

Syazreen melepaskan tangan lelaki itu.

"Tak ada maknanya",bibirnya dicebikkan. Ada hati cakap macam tu.

"Eleh!".

Tanpa mereka sedari,ada mata yang
memerhati.

"Boss!Semalam,lelaki itu lah yang halang saya".

Bobby hanya mendiamkan diri. Rancangan mereka akan gagal jika ada yang menghalang.

"Aku nak kau hapuskan dia".

"Baik Boss!".

"Sekarang ke boss?Ramai yang tengok nanti boss",katanya risau. Bossnya ini memang jenis yang tidak sabar.

"Aku atau kau yang boss", sinis pertanyaannya. Boleh pulak disoal arahannya.

"Baik boss!".

Dia terus melangkah laju ke arah lelaki itu.

"Dah lah,kau nak cakap apa lagi?Kalau tak ada,aku masuk dulu",tanpa
banyak bicara Syazreen melangkah masuk.

"Satu lagi,apa kau cakap tu aku cuba pertimbangkan",beg yang hampir melurut di bahunya,diangkat. Seusai dia shopping,boleh pulak lelaki itu terpacak di hadapan rumahnya.

Baru ingin melangkah,hatinya terdetik untuk memandang lelaki itu.Mulutnya terlopong. Begnya jatuh ke bawah.

Darah yang membuak-buak hampir membuatnya pitam. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan sayu. Peristiwa lepas,kembali terlayar di ruang fikirannya.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now