PART 42🌹

42 2 1
                                    

JUBAH hitam yang dipakainya mencecah jalan. Kegelapan malam tidak menghalangnya untuk terus berjalan. Nafas ditarik dan dihembus.

Tiba di satu tempat,langkahnya terhenti.Kepalanya didongak untuk melihat. Mansion mewah di hadapannya dilihat gah pada pandangan matanya.

"Aku sepatutnya ada di rumah ini bersama mereka",kata lelaki misteri itu perlahan.

"Syazreen".

Nafasnya terhenti sebelum dia mula berkata kembali.

"Aqeef".

"Rafiq",air mata cuba ditahan apabila nama arwah kembarnya meniti di bibirnya. Dia menyaksikan sendiri kemalangan yang menimpa kembarnya itu.Dia asyik menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu menyelamatkan Rafiq.

"Syazreen dengan Aqeef tak kan kenal aku... mereka tidak pernah melihat aku apatah lagi mengetahui kewujudan aku",ujarnya.

Suara bising dari rumah agam itu menghentikan percakapannya.Matanya mula melilau mencari suara-suara bising itu.

Mansion ini terlalu besar untuk dia melihat. Dia cuba untuk memanjat tangga. Jubah hitamnya dikoyak dan diikat ketat pada pinggannya.

Lelaki misteri itu mula memanjat pagar menggunakan ketangkasan luar biasa yang dia miliki. Akhirnya, dia sampai ke kemuncak pagar.

Dari jauh sudah nampak sekumpulan manusia bersenjata. Senjata-senjata itu dilihatnya sedang diarah kepada tuan rumah mansion itu.Pandangannya jatuh pada seorang wanita yang sedang menangis sambil memaku kepala seorang budak lelaki yang berlumuran darah.

"Mummy...Adik rindu",air mata jantan jatuh jua.

Kemarahannya mula membuak-buak apabila melihat keadaan Ibu kandungnya itu. Walaupun sewaktu itu,dia baru berumur 4 tahun wajah itu masih diingatannya.Yang membuat dia kecewa, keluarga tidak mencarinya ketika dia hilang 20 tahun dulu.

Dengan ilmu yang ada, dia terus meluru ke arah sekumpulan manusia bersenjata itu.Targetnya untuk mengambil parang di tangan lelaki berbadan gempal itu.

Dia melayang ke arah lelaki berbadan gempal itu dan merampas parang yang sedang diacu itu. Ambik kau!

"Arghhh".

Bermula kekecohan antara manusia bersenjata itu.Mereka cuba melawan orang yang tiba-tiba menyerang mereka.

Lelaki misteri itu lebih tangkas. Leher-leher penjenayah itu dikelarnya pantas. Malang tidak berbau, jubah hitam yang menutup kepalanya tertarik sehingga tercabut.Hanya tinggal baju T-shirt putih dan Jeans hitam di tubuhnya.

Tan Sri Mikhail terkejut melihat wajah lelaki yang baru menyelamatkan mereka. Wajah itu, wajah yang dirindui mereka.Wajah itu mirip Rafiq.

Siapa lelaki di hadapannya kini? Ingatannya cuba dikembalikan. Adakah lelaki itu Rayyan? Tidak mungkin.Rayyan telah meninggal dunia 20 tahun lepas.

"Abang!Anak kita ni...Aqeef!".

Tan Sri Mikhail mula mengarahkan drivernya untuk ke hospital berdekatan. Drivernya cuba mengangkat Aqeef tetapi dihalang oleh lelaki misteri itu.

Puan Sri Diana masih tidak menyedari apa-apa.Dalam fikirannya hanya keselamatan Aqeef.

Lelaki misteri itu mengangkat Aqeef masuk ke dalam kereta.

"Terima kasih",Puan Sri Diana menyentuh sekilas tangan yang mengangkat anaknya itu.













"MANA budak lelaki yang selamatkan kita tadi, Pak Samad?",tanya Tan Sri Mikhail lepada drivernya.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now