PART 45🌹

59 3 2
                                    

KUALA LUMPUR International Airport (KLIA) menyaksikan pertemuan dua sahabat yang telah lama tidak bertemu dek keadaan tidak mengizinkan.Hari ini Tuhan mengizinkan mereka.Hari yang begitu bersejarah bagi mereka.

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan oleh mereka. Hanya air mata yang menjadi bahasa bahawa rindu itu perit dan hari ini rindu itu terlerai.

"Auchh!".

Liya meleraikan pelukan apabila anaknya mula menendang.Senak terasa perutnya. Janin dalam perutnya ikut gembira dengan pertemuan kembali mereka. Perlahan-lahan digosok perut yang memboyot itu.

"Eh?Kenapa Liya?Sakit ke?".

Soalan bertubi-tubi itu mengundang gelak.Risau sangat kawannya itu. Lelaki di sebelah Syazreen dipandangnya.Keningnya berkerut cuba mengingati wajah itu.

Hairy senyum apabila Liya ralit memandangnya. Nak scan aku ke?

"Hairy?Awak Model terkenal tu ke?",terkejut Liya dengan kata-kata sendiri.

"Ya Liya, Aku dengan Hairy dah khawin",Syazreen menayangkan giginya sambil melentokkan kepalanya di bahu milik suaminya.

"What!?Kau dah khawin?Sampai hati tak ajak",Liya mencebik.Tak sangka yang Syazreen dah khawin.Nak merajuk lah

"Alah,panjang ceritanya.Nanti majlis resepsi, kau datang lah.Lagipun, tempoh hari tak sempat buat majlis so kami rancang nak adakan majlis resepsi nanti".

Hairy hanya menangguk.Dia hanya mendengar perbualan mereka.Lama sangat tak jumpa tu.

"Aku tumpang bahagia untuk kau,tahniah tau",Liya senyum.Amirul di sebelahnya hanya dikerling sekilas.

Syazreen memeluk bahu Liya. "I'm sorry pasal haritu,tak datang majlis kau",sayu saja suara Syazreen.

"Tak apa, aku faham",senyum cuba diukirnya.

"Syaz...".

"Yes?",Syazreen menunggu perkataan yang ingin dikatakan oleh Amirul.Ya, Amirul yang memanggilnya.

"I nak minta maaf,I tahu yang I tak patut dapat kemaafan dari you",lemah saja tutur kata itu. Amirul terus menunduk selepas mengatakan kata maaf.

Syazreen menjulingkan mata.Dia mula berpeluk tubuh.Perangai jahatnya mula datang.Dia nak mengusik Amirul lagipun dia dah lama maafkan lelaki itu tetapi adakah Liya dah maafkan?

"Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila, kau dah hancurkan hidup Liya! Minta maaf memang senang, semua orang boleh buat",nafas ditariknya.Dia terlupa yang Hairy ada di situ dan yang pastinya suaminya tidak suka dengan percakapan sebegitu.

"I hate you and what you did at that time, it hurt me so much especially Liya!".

Liya terkejut dengan kata-kata Syazreen.Tak sangka Syazreen masih menyimpan dendam itu.Tapi apabila memikirkan,Amirul memang tak layak dimaafkan.Itu dahulu.Sekarang dia sedar yang setiap orang layak mendapat peluang kedua dan dia dalam proses memaafkan Amirul.

"Sayang!Apa cakap macam tu?",Hairy sedikit terkejut dengan balasan Syazreen.

Syazreen menjeling ke arah suaminya.Alamak!Aku lupa dah ada suami. HAHA

"Apa?Abang tak tahu apa yang ryn rasa kan?Atau Abang pun sama macam Amirul?",Syazreen cuba menyembunyikan senyumnya.Nak gelak rasa tengok muka masing-masing.

"Ya Allah!",Hairy mendekati isterinya.Terus dipeluk tubuh itu dari belakang. Kenapa Syazreen menyatakan hal sesakit itu?Tidak mungkin dia akan berlaku curang terhadap wanita kesayangannya.

"Abang takkan buat macam tu, Sayang.Trust me,dear.Jangan emosi,please.",ubun-ubun Syazreen diciumnya.

Terpaku Syazreen.Dia lupa Hairy seorang yang sangat romantik.Tak ingat tempat nak ber'sweet'.

आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Jul 23, 2022 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

Lafazkan Cinta Itu (OG)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें