PART 43🌹

55 3 7
                                    

KEDUA-DUA belah tangannya ditadah di bawah paip di singki.Air tadahan itu dibawa ke muka.Bersih terasa mukanya. Wajah bersih itu dilap dengan tuala bersih.Pandangannya tertumpu pada cermin bulat sederhana besar di hadapannya.

"Rayyan...Kacak juga kau ni",perangai poyo lelaki itu mula muncul.Dia tersenyum dengan kata-kata sendiri.

"Apa aku buang masa kat sini, hahaha",dia menuju ke arah katil.Badan dibaringkan di situ.Tangannya disilangkan ke kepala.
Television yang terpasang dipandang kosong.Fikirannya mula menerawang kejadian tadi.

Hari ini dia terpaksa menginap di Hotel berhampiran hospital yang menempatkan adiknya.Dia perlu mengawasi keluarganya.
Tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada Aqeef.

"Papa kenal aku ke?",dia syak Tan Sri Mikhail mengingatinya melalui cara pandangan.

"Sampai bila aku nak sembunyikan diri?Aku risau diorang tak terima aku.Aku bukan sesiapa",keluh Rayyan.

Perpisahan 20 tahun itu membuatkan Rayyan berasa seperti orang asing bagi keluarga itu padahal keluarga angkatnya membenarkannya menemui mereka 3 tahun lepas tapi dia tidak berani.







"Rafiq!Rayyan!".

"Yes Mummy",jawab mereka serentak.Baju sedondon yang dipakai kembar itu menambahkan lagi kecomelannya.

Rayyan tersengih-sengih melihat Mummynya.Tangan didepakan minta didukung.

Puan Sri Diana segera mendukung anak manjanya itu.Pipi Rayyan dicubitnya geram.Sayang sangat dengan anaknya ini.Rafiq dikerling sekilas.Memuncung sudah kembar Rayyan itu.

"Mari Papa dukung Rafiq".

Suara Tan Sri Mikhail menghadirkan tawa Puan Sri Diana.Al maklumlah Rayyan hanya mahu dengan dirinya.Dia lebih rapat dengan Rayyan dan suaminya lebih rapat dengan Rqfiq.Akan tetapi kasih dan cinta mereka terhadap kembar ini tidak berbelah bahagi.

"Yeayy!Papa nak dukung",sorak Rafiq gembira.

"Kita nak pergi mana,Mummy",petah Rayyan bertanya.Dia tidak melepaskan pandangannya dari melihat Mummynya. Wajah itu cuba diingatnya sebaik mungkin.Wajah Papanya dilihat juga sebelum kembarnya Rafiq dipandang dengan teliti.

Tan Sri Mikhail dan Puan Sri Diana hanya mengelengkan kepala dengan perangai Rayyan.Ada saja perangai pelik yang mahu dibuatnya.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now