PART 23🌹

89 6 0
                                    


"Mummy".

Dipeluk tubuh itu. Lepas juga rindu
nya. Dikerling Papanya sekilas. Papanya itu seolah-olah tidak mempedulikannya,ralit berbual dengan Hairy. Macam dia pula anak angkat.

"Hoi!Kau datang juga",adiknya dijeling manja. Lama tidak bermanja dengan satu-satunya adik yang dia ada.

"Ya lah kak!Akak nak khawin tak lah tak nak datang",dicebik bibirnya.
Menyampah dengan pertanyaan kakaknya itu.

"Bukan main khawin jauh. Paris pulak tu",katanya lagi. Bibir Syazreen yang memuncung meletuskan tawanya. Rindunya dengan kakaknya
yang satu itu.

'Kalau lah Abang ada lagi',desisnya.

Sebak bertandang di hatinya. Perbualan yang tidak disengajakan
,didengarinya mula terngiang-ngiang.

"Abang,Yana nak khawin kat Paris boleh tak?".

"Khawin?Dah fikir khawin eh budak ni",senyuman dileretkan.

"Ya lah!Abang tu,bila nak khawin?",bahu Rafiq ditumbuknya lembut.

"Hmm..tak tahu lah sempat tak abang khawin",gurau Rafiq.

Syazreen sudah memuncungkan mulutnya. Tidak suka dengan kata-kata abangnya.

"Apa cakap macam tu? Tak suka lah", Syazreen berura ingin bangun.

"Alah,gurau je sayang. Hah!Cakap dengan abang,kenapa nak khawin kat Paris?",rambut adiknya itu diselitkan ke telinga. Serabut melih
at rambut adiknya yang berserabai ke hadapan,rambut bukan main panjang.

"Hmm..Paris kan kota cinta,lagi
pun Paris kan negara yang Yana suka sangat-sangat",katanya panjang lebar.

Abangnya hanya mendengar. Walaupun usia sudah menginjak ke-20,perangai Syazreen tetap seperti keanak-anakan tetapi hanya dengan dirinya sahaja

"Kalau tak dapat khawin kat sana?",cuba diusik adiknya itu.

"Hmm..kalau ada rezeki lah",sugul kedengaran suara Syazreen.

"Tapi kat sini pun boleh,janji abang ada dengan Yana",dipeluk bahu Rafiq erat. Kepalanya dilentokkan ke bahu sasa itu.

"Yana...

Kepalanya diangkat. Rafiq dipandangnya.

"Yup!",menunggu bait bicara abangnya.

"Kalau suatu hari nanti abang tak ada kat sisi, Yana kena kuat tau".

"Ap..Ap..Apa abang cakap ni,boleh tak jangan cakap mengarut", Syazreen bangun lalu melangkah masuk ke dalam rumah agam, tempat dia dan keluarganya berteduh.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now