PART 32🌹

85 5 4
                                    

"BUT I LOVE YOU".

Pinggang isterinya dipeluk kemas. Dagunya
ditongakkan atas bahu isterinya.

"Jangan tinggalkan abang".

Syazreen terdiam. Setiap kali Hairy meluah
kan perasaannya. Setiap kali jantungnya berdegup kencang. Sampai bila dia harus membenci lelaki? Hairy suaminya. Hak dia.

"Sayang...nak tahu tak?",Hairy menunggu balasan isterinya.

Tiada balasan.

"Memiliki dan mencintai Ryn adalah perkara terindah dalam hidup abang",Hairy menarik nafasnya panjang.

Syazreen hanya mendengar bait bicara Hairy. Tiba-tiba hatinya sebak. Kejamkah dia?

"Abang tak minta sayang cintakan abang. Abang nak jaga sayang. Nak bahagiakan sayang. Abang tak nak tengok wanita yang abang cinta terluka lagi".

"Apa yang Ryn tengok tadi hanya salah faham. Sumpah! Abang tak tahu dia datang. Tiba-tiba je Alisya datang dan peluk abang".

"Abang...tak buat sayang. Abang cintakan Syazreen", kata-katanya terhenti. Mengalir jua air mata lelakinya.

"Jangan main dengan sumpah Hairy",kata
Syazreen dingin. Tersentuh jua dengan kata-katanya suaminya. Hatinya cuba dikeraskan tetapi cinta yang diberi Hairy terlalu kuat.

"No sayang. Abang tak tipu",Hairy melepaskan pelukan. Tubuh Syazreen diangkatnya.

"Lepas lah. Malu orang tengok", Beberapa mata memandang mereka dengan senyuman.

Hairy meletakkan Syazreen di atas bangku. Dia duduk mencangkung. Gaya melamar.
Ditarik kedua-dua tangan Syazreen. Diletakkan tangan itu di lehernya.

Terkejut Syazreen dengan tindakan Hairy.
Dia diam tidak bergerak.

"Pandang abang",ujar Hairy.

"Syazreen Elyana,izinkan abang bahagiakan sayang?",tanpa menunggu jawapan isterinya,pantas didekatkan bibir
nya ke dahi wanita itu.

Lama.

Syazreen memejamkan matanya. Kenapa dia tidak menolak? Patutkah dia memberi peluang kepada lelaki ini? Dia takut. Takut dikhianati.

Tiba-tiba air matanya mengalir. Teresak-esa
k. Tangisan Syazreen mengejutkannya,pant
as ciuman di dahi wanita itu dilepaskan.

"Sayang...kenapa ni?Sakit ke?",risau dibuatnya. Pipi Syazreen dipegangnya. Dikesat air mata isterinya.

"Don't cry,sayang".

Syazreen terlalu sakit. Dia menghamburkan segala rasa yang ditahannya selama ini. Perasaan malu tidak dihiraukannya. Tanpa sedar, tubuh Hairy ditariknya ke dalam pelukannya.

Hairy membalas pelukan isterinya. Belakang isterinya diusap. Dia tersenyum.

"Sayang...

Syazreen masih menangis. Pelukannya dikemaskan lagi.

"Shhh...Dah!Dah!Abang ada".

"Abang takkan tinggalkan sayang".

Semakin kuat tangisannya. Hari ini,dia terlalu beremosi.

"Ha...iry. Awak cintakan saya?",tanya Syazreen dalam tangisan.

"Ya sayang. Percaya abang",diusap-usap lagi belakang isterinya.

'Ryn pun cintakan Hairy',monolog Syazreen.

Lafaz itu hanya terluah dalam hatinya sahaja.

Pelukan di bahu Syazreen dikemaskan lagi.
Menara cinta di hadapannya dipandang.
Muka sembam Syazreen dipandangnya dengan penuh rasa cinta. Pantas dicium pipi mulus itu.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now