PART 34🌹

90 5 12
                                    

BEBERAPA gambar diambil. Tak cukup satu pakaian. Pakaian lain ditukar
nya. Senyuman dilakarkan apabila cameraman mula mengarahkannya.

Hairy melangkah perlahan ke arah satu kerusi. Dapat juga dia berehat untuk hari ini. Jam dikerlingnya. Masih awal.

"Are you okay?Are you hot?You want some water?".

Hairy senyum kepada pengurusnya. Dia mengangkat tangan.

"It's okay!".

Pengurusnya hanya mengangguk perlahan.
Terus dia menjauhi lelaki itu.

Hairy menyelok poket seluarnya.Sejak hubungannya dengan Syazreen semakin menunjukkan perubahan, tidak pernah lepas iPhonenya itu dari pandangannya.
Pengurusnya meminta untuk menjaganya tetapi dia tidak membenarkan. Huhu.

Satu mesej dihantar kepada isterinya.

Assalamualaikum,sayang. Buat apa tu?Sayang okay ke?

Senyuman terukir di bibirnya. Balasan isterinya melegakan hatinya. Risau apa-apa berlaku kepada wanita itu.

Waalaikumusalam,awak. Tengah study ni awak! Saya okay lah. Jangan risau eh.

Keyboard ditekan-tekannya. Kembali membalas mesej kepada isteri tercintanya.

Sayang...I miss you

Hairy menanti jawapan daripada Syazreen.
Lama lah pula. Haih.

Ok lah!

Hairy memuncungkan mulutnya. Gaya merajuk. Fikir isterinya nampak.

Hairy...hmm

It's okay!jumpa nanti. I love you

Hairy menutup telefonnya. Diletakkan kembali ke dalam poket seluarnya.
Nafasnya kedengaran mengeluh. Walaupun
hubungan mereka semakin membaik,tidak pernah sekalipun wanita itu melafazkan kata-kata romantik padanya. Rindu. Cinta. Cinta lagi lah. Yang mampu dia buat hanya bersabar dan terus bersabar.

Syazreen menatap screen iPhone miliknya.
Tiada lagi mesej dari suaminya. Haih. Merajuk lah tu.

"Ryn pun rindukan awak lah,suamiku",kata
nya perlahan. Gila tak rindu. Sejak hubungan mereka membaik,lelaki itu sahaja dalam fikirannya. Dia ingin melafaz
kan semua kata-kata itu tetapi kenapa ianya begitu payah. Seakan ada yang tersekat di kerongkongnya.

Keluhan dilepaskan. iPhonenya diletakkan kembali ke atas meja. Seperti biasa,tempat studynya adalah di Library. Matanya kembali memandang laptop di hadapan
nya. Buku-buku di sekeliling laptop diambilnya satu. Dibelek-belek perlahan.

Haih. Mata memandang buku tetapi fikirannya entah ke mana. Sejak kebelaka
ngan ini,suaminya asyik merajuk saja. Bukan merajuk biasa tetapi luar biasa.
Like tak nak makan,tak menghantarnya ke kuliah dan paling terkesan suaminya itu tidak ingin tidur dengannya. Sampai macam tu sekali merajuknya.

Syazreen mengangkat kepalanya. Memandang dinding kosong di hadapan
nya. Matanya membulat. Jangan kata suaminya itu tidak akan mengambilnya.
Malas terasa menaiki pengangkutan awam.

Tangannya pantas mencapai iPhone di mejanya. Nombor lelaki itu didailnya.

"Haish!!Angkat lah awak", dihubunginya sekali lagi. Tiada juga. Akhirnya Syazreen meninggalkan satu pesanan ringkas.

Hairy... I'm sorry!Saya pun rindukan awak.
Rindu sangat-sangat dekat abang.

Butang send ditekannya. Terketar-ketar tangannya. Haih!Biarlah,hanya mesej.
Lega hatinya. Harap-harap Hairy membaca mesejnya itu.


















Lafazkan Cinta Itu (OG)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz