PART 35🌹

111 5 3
                                    

KENINGNYA berkerut. Suaminya di sebelah dipandang. Ingatkan jauh sangat lelaki itu membawanya. Dia mula menghala
kan pandangan ke luar. Menara yang gah dipandangnya dengan penuh minat. Menara yang betul-betul berada di hadapan
nya.

Dia tidak menyedari ketiadaan Hairy di sebelahnya. Tiba-tiba seseorang menghalang pandangannya. Hairy?
Sejak bila suaminya di situ?

Lelaki itu senyum ke arahnya. Melambai-lambai kecil ke arahnya. Syazreen menjulingkan mata. Menyampah dengan perangai suaminya.

Pintu kereta dibukanya. Serentak itu angin menderu ke arah mukanya. Shawl yang dipakainya berkibar-kibar ke atas. Fikir ni drama bollywood?

Hairy sudah tersengih. Keluar juga isterinya. Ingatkan nak terperuk dalam kereta.

Syazreen menutup kembali pintu kereta. Shawlnya yang berkibar-kibar ditarik ke bahu. Siapa suruh tak pin?Dia memang seorang yang malas nak pin tudung. Leceh baginya. Baginya baik lilit-lilit macam tu je.

Badannya disandarkan di kereta. Matanya sempat menjeling ke arah lelaki itu. Tersengih-sengih ke arahnya.

"Sayang....

Syazreen hanya menjongketkan kening dari jauh. Hairy mendekati isterinya. Tangan wanita itu diraihnya.

"Apa?".

"Jom lah rehat dulu,makan ke?".

Syazreen meleretkan senyum. Lelaki itu dipandangnya. Meminta kepastian.

"Kenapa datang sini?Kata honeymoon lah. Orang banyak kerja tau tak!",bentaknya.
Kalau sekadar datang ke sini,baik tak payah. Bukannya jauh pun Eiffel Tower dengan rumah mereka. Tak sampai sejam pun.

Bahu isterinya dipegang menghadapnya.
Tidak lekang senyuman dari wajah kacaknya.

"Sayang,kita honeymoon kat sini eh? Lagipun dah lama tak luangkan masa kat sini?Ada masa nanti,abang bawak sayang honeymoon kat tempat lain pulak eh?",jelas Hairy lembut.

"It's okay!Saya okay je".

"Betul ni?Sorry tak bagitau sayang awal-awal",dicuit hidung isterinya. Salahnya juga tidak memberitahu isterinya,saja nak buat suprise. Dia saja yang beria dengan hubungan mereka.

"Jom makan!Lepas makan kita check in hotel. Abang dah booking awal".

"Saya ikut je", Syazreen bersuara dingin. Tiba-tiba dia terasa moody. Ikutkan sahaja kerenah lelaki itu.

Wajah tanpa senyuman itu ditatap Hairy. Merajuk pula? Sejak kebelakangan ini, isterinya sedikit sensitif. Entah kenapa?Haih. Isteri.

"Tak payah buat muka macam tu sayang. Abang cium kang. Asyik merajuk je".

Bibirnya dicebikkan. Kata orang pula. Bukan dia yang merajuk tadi. Siap tak jawab call.

Tangan Hairy mula naik ke pipi isterinya.
Diusapnya lembut.

"Sayang...

Ketinggian yang separas bahu Hairy membuatkan Syazreen terpaksa mendongak. Dipaksa juga untuk melihat lelaki itu.

"Tadi sayang ada mesej abang kan?...

Kata-katanya terhenti. Nafasnya dihembus perlahan. Matanya memandang mata cantik isterinya. Kali ini dia perlukan kejujuran daripada Syazreen.

"Hmm...

"Sayang cakap rindukan abang?".

"Dan sayang panggil abang as 'abang'?",sambungnya lagi.

Syazreen melarikan pandangan. Soalan maut baginya.

"Apa maksud sayang?Sayang dah mula cintakan abang?",berharap jawapan yang diingini daripada isterinya. Layanan Syazreen terhadapnya itu tanda apa?Hubungan mereka malam itu juga wanita itu tidak menolak. Bahkan semua itu berlaku dengan penuh rasa cinta.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now