PART 37🌹

110 5 6
                                    

PANDANGANNYA tertumpu ke arah pasangan yang sangat sweet pada orang lain tetapi tidak baginya. Adegan itu sangat
menyakitkan baginya. Kalau boleh hari ini juga dia akan laksanakan rancangannya. Rancangannya kali ini akan dipastikan berjaya. Dia akan membawa jauh wanita itu dari tempat ini. Jauh dari suami wanita yang dicintainya itu. Suami? Mengingatkan title yang dipegang lelaki itu,hatinya bagai disiat-siat.

Bodohnya dirinya ketika itu. Bodoh kerana meninggalkan wanita itu. Dia menyesal. Dia tidak mampu hidup tanpa wanita itu di sisinya.

Deringan telefon pintar miliknya sedikit menganggu. Dengan rengusan kuat,telefon
itu diambilnya. Senyuman penuh makna terlukis di bibirnya. Punat hijau ditekannya.
Tidak sabar ingin mendengar apa-apa berita baik.

"Ha!Apahal call aku?Kalau tak ada berita baik,aku tutup",ugutnya.

"Bro!Relaks!Aku ada berita baik punya".

"What ?Cakap sekarang!",kata Zafran tegas.
Naik menyampah dengan kawannya itu. Kawan subahat untuk melaksanakan rancangan jahatnya.

"Aku dah setuju nak bagi pinjam kat kau".

Terbuntang mata Zafran. Senyumannya semakin melebar.

"Good! Tak perlu aku nak keluar duit. Pastikan benda ni berjalan dengan lancar,kalau tak nahas kau",ugutnya.

"Hahaha,relaks zaf. Macam tak kenal aku ni siapa".

Zafran hanya tersenyum sinis. Talian terus dimatikan. Ya. Dia percaya kawannya itu. Siapa tak kenal lelaki itu? Ketua sindiket pelacuran. Hampir 5 tahun kawannya itu terlibat dengan kegiatan haram itu. Dia?
Dia tidak sejahat itu tetapi untuk wanita yang dicintai,apa-apa dia sanggup buat termasuk pernah menculik wanita itu.

Membunuh?Ya. Kegiatan yang dia lakukan setelah wanita itu pergi dari hidupnya. Bukan pergi tetapi dia yang tinggalkan Syazreen.

Zafran tersenyum sinis. Membunuh?Kali pertama dia membunuh orang ialah isterinya sendiri. Apabila teringatkan perempuan yang pernah bergelar isterinya ditambah lagi perempuan itu yang menyebabkannya meninggalkan Syazreen
,hatinya sakit. Ya. Dia menyesal kerana meninggalkan Syazreen dan berkhawin dengan perempuan tak guna itu.

"Ahh!Shit...Kau memang sial
lah,Nadia",rambutnya ditarik kasar. Hatinya masih sakit walaupun wanita itu sudah ditarik nyawa olehnya.

"Kalau boleh semua keturunan kau,aku nak hapuskan",memori mula memutar peristiwa pahit itu. Peristiwa di mana dia menarik nyawa isterinya.

Terbuntang matanya melihat adegan tak senonoh itu di hadapannya. Kakinya bagai terpaku di muka pintu. Suaranya seakan-ak
an tersekat di kerongkong. Matanya masih melihat aksi panas isterinya dengan lelaki lain di sofa ruang tamu milik mereka.

Hatinya bagai disiat-siat. Apa yang dia lakukan sampai isterinya sanggup mencuranginya?Selama ini dia hanya mengikut apa yang disuruh isterinya.
Isterinya menyuruh dia meninggalkan Syazreen,dia buat. Dia umpama hamba kepada wanita itu.

Syazreen.

Nama itu mulai hadir dalam ingatannya. Baru sekarang dia rasa menyesal. Menyesal
kerana meninggalkan wanita itu. Dia tidak mempertahankan cinta mereka. Dia terlalu gilakan harta ketika itu. Ya! Syazreen anak seorang jutawan tetapi syarat yang dinyata
kan oleh Tan Sri Mikhail membuatkannya tidak teragak-agak meninggalkan wanita itu.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now