𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟏

31.6K 534 11
                                    


Hari ini adalah hari paling bahagia buatku. Aku akan diijab kabul lagi beberapa minit sahaja lagi. Jantungku dari semalam sudah berdebar.

"Hm cantik Hawa harini! Congrats sayang!" Kak Sarah memujiku ketika dia sedang leka mendandan wajah juga rambutku.

"Mana ada akak ni!" Aku hanya tersenyum manis ke arahnya ketika berada di bilik persiapan pengantin perempuan ini.

Semuanya mereka sudah susun tanpa pengetahuanku dan hanya menunggu saat melamar aku sahaja. Walaupun ada rasa geram terhadap Danial kerana melakukan semua ini di belakangku namun aku tetap terimanya dengan hati terbuka dan tidak sabar untuk berumahtangga.

"Dah siap ke princess?" Ashriq sudah memanggilku. Makin berdebar aku pada saat ini.

"Ye dah siap ni!" Kataku dan kak Sarah membantuku untuk bangun.

"Hawa.."

"Nanti dah kahwin, jadi isteri yang baik okayh sayang! Dalam dirikan rumah tangga ni banyak cabaran tau. Hati Hawa kena kuat okayh sayang! Apepun jangan buat keputusan melulu." Kak Sarah memberi nasihat kepadaku sebelum kami keluar dari bilik ini.

"Baik akak! Doakan kebahagian saya ye!" Aku memeluknya seraya itu air mataku gugur.

"I will! Jangan nangis, hilang seri nanti. Hawa dah cantik ni semua tengah tunggu." Kak Sarah menyelak air mataku yang sudah gugur itu.

"Jom Hawa.." Ruhailla datang untuk memimpinku menuju ke kereta.

"Okayh my princess! Today you akan kahwin dengan singa. Take care of your husband okayh. I doakan kebahagian you!" Ucap Ashriq yang sedang duduk di tempat memandu itu dan memandang kebelakang untuk melihatku.

"Thank you Ashriq!" Aku memberi senyuman ke arahnnya.

"Okayhlah jom kita pergi. Fadlan, Kael dengan Danial dah ada dekat sana.." Cael mematikan perbualan. Lalu Ashriq terus membawa kereta menuju ke lokasi.

Sampai sahaja di sebuah masjid yang cantik dengan hiasan warna permata itu. Aku turun dari kereta ini dipimpin oleh kak Sarah dan Ruhailla. Kelihatan dari jauh Danial sudah menungguku di hadapan pintu masjid.

"You look so pretty like a diamond sayang!" Kata Danial yang memakai baju melayu berwarna putih serta bersongkok hitam. Kali pertama aku melihatnya berpakaian seperti lelaki melayu terakhir. Aku terpegun akan bakal suamiku ini.

"Ey mengada! Jom lah masuk.." Kami semua terus masuk ke dalam masjid seraya tok kadi serta wali hakim sudah berada di situ. Turut serta pekerja-pekerja Danial yang hadir di majlis akad nikah ini.

"Cantinya Hawa. Tak sangka dia kahwin dengan boss kan!"

"Untung lah dia."

"Macam tak percaya."

Banyak mata pekerja-pekerja di syarikat Danial sudah memandang kami ketika memasuki ke dalam masjid ini.

Setelah mengambil tempat duduk. Danial dan empat lagi sahabatnya duduk dihadapan tok kadi itu.
Aku, Ruhailla dan Kak Sarah pula duduk dibelakang mereka semua.

Tok kadi itu memulakan majlis dengan menyuruhku dan Danial menanda tangan surat-surat penting sebelum di akad nikah serta diberikan sijil kahwin.

"Adam Danial Francisco bin Arif Francisco." Tok kadi itu sudah menyebut namanya dengan huluran salam. Aku sudah naik gementar.

"Saya.." Kata Danial dan menyambut salam itu.

"Aku nikahkan engkau dengan Nur Hawa Maisarah binti Khairul mewalikan hakim kepadaku dengan mas kahwinnya senaskah al-quran.." Kata tok kadi itu. Aku sudah mengenggam tangan Kak Sarahdan Ruhailla dengan kuat kerana terlalu gementar.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now