𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟖

16.9K 325 20
                                    


"Eh tepi lah! Aku nak sabun pinggan ni!" Teriak Ashriq menolak-nolak Cael untuk ke tepi.

"Tepilah tak muat! Aku nak bilas lah setan.." Cael dan Ashriq sudah mula bergaduh kedengaran hingga ke ruang tamu.

"Biy pergi tengok biy. Apa jadi dekat sana.." Hawa menyuruhku menuju ke dapur.

Lalu Danial terus melangkahkan kakinya untuk ke dapur. Setibanya dia di sana keadaan amat huru-hara.

"Bising lah! Basuh lah elok-elok.." Suara Fadlan pula sudah memarahi mereka.

"Pecahlah nanti kalau korang bergaduh je kat situ.." Kael juga bersuara.

"Ni lembap ni! Kacau aku!" Ngadu Ashriq sambil melemparkan sabun ke wajah Cael.

"Bila pulak aku kacau kau!? Elok je aku cuci pinggan lah.." Kata Cael dan ingin menyimpan pinggan yang sudah dibasuh itu ke rak pinggan.

"Setan dia ni!" Kata Cael lagi sambil mengusap sabun yang ada di wajahnya. Niatnya hendak menyimoan pinggan-pinggan yang sudah dicuci terbantut.

"Korang ni en!? Dapur macam nak runtuh sebab korang tau tak.." Kataku apabila sudah masuk ke dapur melihat karenah mereka.

"Arghh!!!" Jerit Cael ketika rambutnya ditarik. Baru sahaja lelaki itu ingin menyimpang ke semua pinggan-pinggan itu tadi. Tangan Ashriq pantar menariknya.

Pang! Pang! Pang!

Pinggan yang dibawa oleh Cael tadi semuanya sudah jatuh ke lantai dan pecah berderai. Kami semua sudah membeku seperti ais selepas kejadian itu.

"1.. 2.. 3.." Kira Fadlan dan akhirnya orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba.

END DANIAL POV

"Ya Allah!!!"

"Apa dah jadi dengan dapur aku ni!? Jadi keladak ni!! Korang buat apani!!" Teriak Hawa yang sudah tiba di sini. Danial sudah memejamkan matanya apabila mendengar Hawa berteriak.

Mereka yang lain semua terus tegak dan diam membisu. Sudah sedia mendengar leteran Hawa.

"Korang buat apani? Kenapa sampai pecah? Kael?" Tanya Kak Sarah pula.

"Bukan I yang buat.." Kael mengangkat kedua-belah tangannya tanda tidak bersalah.

"Dah tu!? Ey bersepahlah!" Jerit Hawa melihat ke arah sekeliling daput yang berselerak dengan kaca di lantai.

"Aduh!" Tiba-tiba sahaja perutku menjadi kejang. Aku menahan kesakitan itu dan ingin jatuh ke lantai. Pantas Danial menangkapku.

"Sayang kenapa ni?" Tanya Danial apabila badanku sudah dipeluk olehnya.

"Hawa kenapa?" Kak Sarah juga sudah kerisauan lalu menghampiriky.

"Princess sorry.." Kata Cael dan Ashriq serentak.

"Hesh korang lah ni!" Bentak Danial lalu terus mendukung Hawa naik ke bilik.

Semua jejaka itu sudah diam membatu ketika melihat Hawa sudah dibawa oleh Danial untuk naik ke bilik.

"Semua pergi masuk! Biar I yang kemas!" Marah Kak Sarah pula.

Kemudian mereka semua terus masuk ke dalam kecuali Kael.

"You marah lagi ke? Meh I tolong you.." Kael telah mengambil pinggan yang dicuci oleh kak Sarah.

"Tak perlu.."

"I buat sendiri cik Kael, you masuk lah.." Kata wanita itu sambil memandang Kael.

"Takpe I tolong you. Mesti you penat harini buat kerja semua sorang-sorang.." Katanya dan meneruskan kerja mencucinya itu. Kak Sarah pula hanya sekadar memandang.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now