𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑

39.5K 943 67
                                    


"Rumah kau dekat mana? Aku nak hantar kau balik ni.." Setelah lama kami lama membisu di dalam kereta ini. Kini lelaki itu mula bertanya.

"Haa??" Jawabku dan tidak tahu bagaimana hendak memberitahunya, yang aku ini sudah jadi seperti perlarian.

"Rumah?? Takkan takda rumah.." Katanya lagi memandangku.

"Hmmm saya.."

"Hmm.." Aku mula mencari alasan.

"Cepatlah! Dah malam tau tak!? Aku ni penat, kau tu anak dara tak elok keluar malam buta macam ni." Bebelnya kepadaku.

"Awakk.." Aku memberanikan diriku untuk mengatakannya.

"Saya takda rumah.." Aku menunduk kepalaku ke bawah.

"Hah!? Takda rumah!? Kau lari rumah eh!?" Jerit lelaki itu dan terus memberhentikan pemanduannya.

Aku masih tunduk kerana takut untuk melihat wajahnya tanpa sedar mataku sudah berkaca .

"Hey girl.."

"Tengok aku sekarang.." pintanya.

Aku memandangnya dan seraya itu air mataku mengalir. Namun lelaki itu hanya menepuk dahinya mungkin kesal menolongku.

"Saya mintak maaf kalau dah susahkan awak. Saya takda niat nak babitkan awak dalam hal saya. Takpalah cukuplah dekat sini awak tolong saya.  Saya taknak terhutang budi lagi dekat awak. Terima kasih sebab tolong saya. Saya tak tahu nak bayar macam mana. Saya minta izin dekat awak untuk pergi. Saya taknak susahkan awak lagi. " Bertubi ayat keluar dari mulutku. Aku terus mengelap air mataku dan bergegas untuk keluar dari kereta ini.

Namun niatku terbantut apabila lelaki itu terus mengunci pintu keretanya dan menyambung perjalan di lebuh raya.

"Awak.. Awak dah boleh tinggalkan saya je dekat tepi tu. Saya tak nak ada kaitan dengan awak lagi. Awak dah banyak tolong saya. " Aku cuba memujuknya untuk memberhentikan kereta semula dan membiarkan aku pergi.

Namun dia tidak mengendahkan kata-kataku. Lama aku berada di dalam keretanya akhirnya aku lelap pula disitu.

Sedaya upaya aku memujuk lelaki itu untuk melepaskan aku. Namun tidak dilayan.

                            ***

"Oii bangun kita dah sampai.." Lelaki itu mengejut si gadis dari tidurnya.

"Kita dekat mana?" Tanyaku dengan mata sedang cuba untuk meluaskan pandangan.

Aku terpaku apabila melihat sebuah rumah yang besar di hadapanku ini dengan hiasan yang moden seperti rumah orang kaya. Cantik!!

"Balik rumahlah, mana lagi.." Kata lelaki itu dan meninggalkanku di dalam kereta seorang diri.

Aku lantas keluar mengejarnya.
"Awakk.. Takkan saya kena duduk dengan awak kat rumah ni?" Tanyaku dan memberhentikan langkahnya yang ingin menuju ke pintu.

"Kau tu perempuan. Takkan aku nak biar je kau kat luar tu, bahaya! Lagipun kau lupa ke? Aku dah beli kau kan!?" Lelaki itu berjalan menghampiriku yang tercegat di tepi keretanya.

"So you're mine." Bisiknya di telingaku ketika dia merapatkan wajahnya denganku.

Takkan aku nak duduk dengan dia dekat sini. Kalau berduaan lagi masak aku dan aku tak layak duduk dekat rumah yang besar dan cantik ni.

"Ya allah ujian apa pula ni" Bisikku dan mataku masih meneliti rumah agam lelaki ini.

"Kau memang nak tidur dekat luar ke?" Tanyanya mematikan lamunanku.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now