𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟐

15.4K 293 1
                                    


"Kenapa tak balik terus?" Tanyaku apabila Hawa berhenti di sebuah pantai yang indah.

"Saja nak bawak biy tengok sunset, lama tak tengokkan?" Katanya lalu membuka seatbelt.

Aku hanya mengikut jejaknya dari belakang setelah keluar dari perut kereta. Tangannya aku genggam kemas dan erat sekali.

Kami berdua berjalan seiring menikmati angin pantai. Hawa pula hanya senyum dari tadi melihat keindahan alam.

"Jom kita pergi duduk dekat sana.." Hawa menarik tanganku lalu mengajakku duduk di atas batu itu.

Isteriku memang gemar duduk di sebalik batu yang tersorok kerana tabiatnya yang suka mengasingkan diri jika di dalam kesedihan sudah aku fahami.

"Sayang.." Panggilku apabila sudah duduk di batu-batu yang ditunjukkan oleh Hawa sebentar tadi bersamanya.

Ketika itu matahari sudah hendak turun terbenam. Hawa yang sedang leka melihatnya itu tadi setelah aku memanggilnya seraya Hawa terus menoleh kebelakang melihat wajahku.

"Ye hubby.." Balasnya dengan senyuman yang terukir.

"Did I have done? Start from the beginning until now?" Tanyaku dan menyelak rambutnya yang sudah menutupi wajah kerana angin yang kuat.

"What do you mean?"

"Setiap matahari terbit sampai terbenam, apa yang sayang rasa bila dengan hubby?" Tanyaku kepadanya. Wajah Hawa aku tatap dengan lama untuk menanti jawapan.

"Bahagia..." Sepatah keluar dari mulutnya dan terukir senyuman di bibir Hawa.

"Itu je?"

"Bahagia yang tak terhingga biy, setiap masa dari terbit sampai terbenam.." Hawa mengusap pipiku dengan lembut ketika ini.

"Biy sentiasa dengan sayang.."

"Buat sayang senyum, lindungi sayang, belai sayang dengan kasih sayang biy so sayang bahagia.." Balasnya dan memberi senyuman manisnya lagi ke arahku.

"Tapi biy rasa.."

"Jangan rasa biy sebab sayang dah tahu itu muktamad. Biy berjaya lakukannya, tak pernah sekalipun sayang menyesal kahwini biy.." Katanya dengan mengusap pipiku lagi.

Air mata aku gugur ketika ini. Aku tidak tahu hendak lakukan apa-apa. "Hubby, janji dengan sayang." Katanya dan mengusap air mataku.

"What?"

"Janji dengan sayang, jangan salahkan takdir dan terima dengan hati terbuka.." Aku mula tidak memahami maksudnya.

"Boleh?" Kata Hawa menunggu jawapanku dan mengusap air mataku yang kian lebat menurun.

"What do you means?" Tanyaku lagi kerana memang tidak faham.

"I love you.."

"If one day kan, even sayang dah takda disisi biy. Sayang harap biy teruskan hidup.. Jangan salahkan sesiapa, sebab kalau sayang pergi bukan bermaksud I have doesn't love you anymore but it's because I love you more then my life.."

Seraya air mataku juga gugur. Apa yang sudah mengganggu fikiran aku sejak dari tadi akhirnya aku luahkan pada Danial. Kerana aku yakin, satu hari nanti mesti berlaku perpisahan di antara kami.

"Sayang jangan cakap macamtu, please. I can't life without you.. I'm begging, don't leave me alone." Danial memeluknya seerat-erat.

Sesungguhnya aku juga tidak mampu kehilangan suamiku yang aku sudah cintai sepenuh hatiku.

     ***

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now