Mad (Part 1)

486 27 3
                                    

"Ya. Aku lah perempuan yang kau kata 'bitch' itu." Wajahnya berubah menjadi perempuan baik. "Hi! My name is Min Ah. Park Min Ah." Dan diakhiri dengan senyuman yang membuatkan hati Eunji menjadi gerun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kau nak apa!?" Eunji menanyakan soalan sambil cuba melepaskan cengkaman Min Ah di rambutnya. "Aku nak apa? Aku nak Key balik!" Min Ah menarik rambut Eunji. "Ahh! Sakitlah!" Min Ah memandang Eunji dengan senyuman yang mengukir di bibirnya. "Sakit?" Min Ah gelak kecil. "Aku lagi sakit!" Sambil menggoyangkan sedikit rambut Eunji itu. "Lepas Arisa, Tecyeon. Then? Kau?" Min Ah melemparkan Eunji sehingga dia cecah ke lantai. Eunji cuba bangkit semula, kemudian dia lihat ke cermin. "Rambut cantik aku!" Eunji membetulkan rambutnya semula.

"Setakat rambut buat dekat salon murah! Itu yang kau panggil cantik? Macam perempuan jalanan. Entah-entah memang perempuan jalanan yang buat kot. HAHAHAHA" Apa yang Min Ah cakap itu membuatkan Eunji naik angin. "Salon murah!? Perempuan jalanan!?" Eunji menyiapkan dirinya. "Rambut ni mak mertua aku yang buat!" Untuk serang.

Maka, bermulalah 'Cat Fight' dalam ruang bilik air itu. Masing-masing menarik rambut pihak lawan. Min Ah menolak Eunji ke pintu tandas, lalu, menghentakkan kepala Eunji beberapa kali. "Ouch! Sakitkah?" Perli Min Ah. Eunji tidak mahu mengalah. Dia memusingkan badan Min Ah, kemudian menaikinya seperti 'Piggy Back'. "Otak kau rosak. Jadi, aku kena betulkan." Eunji memukul beberapa kali sehingga Min Ah tidak sanggup menampung berat Eunji dan rebah ke lantai.

Eunji bangun sambil mangambil udara yang banyak. Dadanya naik turun, naik turun dengan cepat. "Kau berurusan dengan orang yang salah." Min Ah juga bangun sambil membetulkan rambutnya yang ikal itu. "Yeke? Aku rasa, aku berurusan dengan orang yang cari masalah dengan aku!" Bibirnya tidak lekang dengan senyuman sengetnya itu.

"Kau yang bermasalah." Kata Eunji. "Sebab kau buat masalah!" Jerit Min Ah. Eunji berlari ke arah Min Ah, begitu juga dengan Min Ah. "Ahh...!!!!" Dan akhirnya... kedua-dua dapat tumbukan masing-masing -dan tumbang.

"Apa yang korang buat?" Suara Key bergema di ruang tandas tersebut. Min Ah dan Eunji menahan sakit yang mereka alami. Key berjalan ke arah Eunji. "Kita balik." Sambil menarik tangan Eunji dengan keras. "Sakitlah!" Rungut Eunji. Key memandang Euniji dengan renungan yang menggerunkan Eunji. Kecut perutnya.

"Baby...! I macam mana?" Gedik Min Ah. Key menghentikan langkahnya seketika. "Terima kenyataan, Min Ah. I dah ada wife." Dan berlalu. Eunji terdengar suara-suara. Mungkin itu wartawan. Hatinya mula tidak keruan kerana mungkin dia akan menanggung malu besar lepas ini. Eunji sudah dapat bayangkan 'Seorang gadis hodoh di majlis hari jadi SM'.

"Pandang depan jerr." Sambil Key menyarung baju kotnya ke ke bahu Eunji. "Sorry." Perkataan itu terkeluar dari mulut Key.

Irama lagu dalam kereta bergema. Sejak kejadian tadi, mereka tidak berkata apa-apa. Key cuba mengisi suaranya dengan pengakuan. "Aku..." Eunji memandang Key yang sedang memandu.. "Aku minta maaf sebab tengah hari tadi aku kata ada pelancaran tapi sebenarnya hari jadi bos aku. Dorang tak bagi tahu information dengan betul. So, sorry?" Eunji membuka tingkap kereta dan mengeluarkan tangannya. Merasa angin sejuk. Bukan itu yang aku nak -kata hatinya.

Mereka telah pun sampai di rumah. "Weh, dah sampai." Key membuka tali pinggang keledarnya. Tiada suara yang menjawab soalannya. Key menoleh ke Eunji. Ternyata, Eunji telah pun dibuai mimpi. "Nenek kebayan? Kau tidur?" Key cuba mengejutkan Eunji. Dia cuma mencuit bahu Eunji sahaja. "Kau..." Key terdengar sesuatu dari mulut Eunji. "Apa?" Tanya Key. "Dia... milik... aku." Kata Eunji. Key tak faham apa yang berlaku. "Milik? Siapa?" Key cuba menahan gelaknya. "Dia mengigau ni-" Nyata Key.

"Key..." Key dengar Eunji menyebut namanya. Kemudian, mendekatkan dirinya dengan Eunji agar dapat dengar dengan lebih jelas.

"Milik... aku." Tersenyum Key apabila Eunji kata begitu. "Aku tahu..." Jawabnya sambil menyelak rambut Eunji yang menutup dahinya. "Kalau kau tahu... kenapa... suka dia...?" Key tidak dapat tahan gelak lagi. Gelaknya membuatkan Eunji terjaga dari tidur. "Apa yang dah terjadi? Kenapa kau gelak?" Eunji masih mamai, dia mengosok matanya agar dapat melihat dunia realiti. "Kenapa kau gosok mata kau!?" Cepat-cepat Key menarik tangan Eunji. "Habislah make up kau!" Kata Key.

"Aku pakai make up ke?" Tanya Eunji yang masih 'blur'.  Key melepaskan tangan Eunji. Barulah Eunji sedar bahawa mukanya diwarnai oleh make up. "Yelah. Kenapalah kau ni bodoh sangat?" Kata-kata Key membuatkan Eunji naik angin. "Bodoh!?" Jerit Eunji. Dia hanya melihat Key keluar dari perut kereta dengan selamba. Eunji keluar dari kereta untuk mendapatkan Key.

Eunji berdiri di depan Key sambil tanganya terbuka. Nampak seakan dia halang jalan Key. "Tarik balik kata-kata kau tu." Key hanya menggeleng. "Tarik balik!" Tetap menggeleng. "Tarik ba-" Eunji tidak habis cakap lagi, Key sudah peluknya. "Kalau aku tarik balik... Kau akan pandai." Key sempat buat lawak bodohnya. "So!? Lawak ni memang hambar." Eunji tidak faham kenapa Key buat lawak macam ni.

"Sebab nanti kau akan pandai menduakan aku." Agak tersentap Eunji mendengarnya. Kenapa dengan kau ni, Key? "Apa maksud kau?" Tanya Eunji yang masih 'clueless'. "Kau akan faham suatu hari nanti." Dan menarik Eunji masuk ke dalam rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seminggu telah berlalu. Semuanya dalam keadaan normal... Boleh diakatakan begitulah. "Key-ah!!!!" Suara Eunji menggegarkan rumah tersebut. Dia menuruni anak tangga dengan hentakan yang kuat. "Key!!! Mana kau!?" Eunji lihat di rumah tamu tapi tidak ada kelibat Key langsung. "Mana kau bersembunyi!!!" Eunji membuat keputusan untuk mencari Key di laman belakang. Eunji terlihat pembantu rumah. "Awak nampak Key, tak?" Pembantu rumah tersebut hanya menggelengkan kepalanya. Dia meneruskan misi pencarian suaminya.

Eunji berdiri berhampiran dengan kolam renang. "Penat pula cari Si Diva ni." Walaupun penat, marahnya terhadap Key masih tidak reda. Dia melihat skrin telefon bimbit milik Key. "Bila masa pula dia ambil gambar aku tengan tidur ni!?"  Sambil membelek-belek gambar yang seterusnya. "Ini! Ini! Dan ini!!!" Lagi membaralah hatinya. "Key-ah!!!!!!!!!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Apa ni!?" Seorang gadis telah melemparkan gambar-gambar ke muka kekasihnya. "Oppa curang dengan saya, ke!?" Lelaki tersebut mengambil salah satu gambar yang telah bertaburan di lantai. "Naeun... Dengar." Taemin cuba menjelaskan apa yang berlaku. "Nak dengar apa lagi!? Gambar-gambir ni dah jelas!" Naeun mahu beredar tapi dihalang oleh Taemin. "Sayang, dengar. Oppa tak tahu siapa perempuan dalam gambar ni dan oppa tak tahu macam mana benda ni boleh jadi." Taemin mahu menjelaskan lebih lagi tapi Naeun menutup telinganya sambil menangis.

"Oppa pergi balik!" Kemudia, Naeun menolak Taemin ke tepi. "Naeun!" Naeun menghempaskan pintu rumahnya dengan kuat. Dia tidak beredar dari pintu tersebut, malah, dia bersandar disebalik pintu tersebut. "Oppa akan buktikan yang oppa teraniaya!" Kata Taemin sebelum beredar.

Taemin mencari nombor seseorang. "Hyung. Kita berkumpul sekarang." Suara Taemin amat jelas -dan tegas. "Kau kenapa? Kenapa suara macam... Marah?" Teka lelaki itu. "Ya, hyung. Memang aku tengah marah. Jumpa dekat rumah aku." Arahan Taemin. "Nanti hyung call yang lain."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sorry for late update!!!!
SPM is done!
But I still tak rasa freedom yet.
Because result tak keluar lagi... ㅠ.ㅠ
I will update as soon as possible!
I'll keep my promise!
And thank for waiting.

Anda juga digalakkan vote(jika suka) story ini. IHIHIHIIHI
And always remember;
"No internet, phone is useless."
AHAHA

Something In My HeartWhere stories live. Discover now