The Way We Meet Again

477 30 0
                                    

Key POV

Bosannya. Makcik-makcik ni bila dah jumpa, macam budak kecil baru nak belajar bercakap. Elok sangatlah tu. Nama pun hampir sama. Sena Soona. Bagus. Aku sumbat 'headphone' ke telingaku mula menyelami fantasi sendiri. Entah apalah yang mereka cakapkan. Gelak sana. Gelak sini. Tiba-tiba buat muka sedih lepastu gelak semula? Memang perempuan macam ni, ya?

Aku mendapati telefon bimbitku bergegar. Oh! Mesej rupanya. Ianya dari Teamin.

Teamin: Hyung, boleh minta tolong tak?

Key: Apa?

Teamin: Macam ni hyung. Aku ada kenal seorang perempuan ni. So...

Key: What?

Teamin: Teman aku pergi dating dengan dia?

Key: WTF!?

Teamin: Jebal! Nanti aku buatlah 'Double Date'. Baru best.

Key: Bagus juga tu! Bila? Esok!?

Teamin: Eh! Sabarlah hyung. Nanti aku inform.

Key: OK. But don't make me wait too long.

Teamin: Don't worry!!!

Wah! Tak sabar rasanya! Agak-agak siapalah 'Double Date' aku? Kekekeke.

"Key? Kenapa kamu ketawa sendiri?" Alamak! Omma perasanlah pula. Apa nak jawab ea?

"Ah... Tak ada apa-apa. It's just..."  Cepatlah fikir! Ah!  "Funny text from Teamin!"  Fuh... Selamat. Kalau omma tahu aku ada 'Date', matilah aku kena cincang. Lagi-lagi kalau perempuan itu jenis yang dia tidak suka. Tak sanggup...

"Oh!" Omma pun berpaling ke ke wajah Puan Jung. "Dimana kita tadi? Oh! Ya. Eunji lama lagi ke?" Eunji...

"Mungkin lama lagi. Kenapa panggil Ki Bum, Key?" Ahjuma... Kenapa tanya...? Omma... Jangan jawab-

"Oh! Itu sebab dia dah besar katanya. Nak tukar nama manja. 'Key'? Hurm. Dia akan jadi kunci hati aku! Hahaha!" Omma... Itu sudah lebih.

"Omma! Kami dah balik!" Suara Eunsoo kedengaran hingga ke ruang tamu.

"Hah! Itu dia suara Eunsoo." Puan Jung memberitahu dengan girang ke arah Puan Kim. Eunsoo berlari ke ruang tamu untuk bertemu dengan ommanya. Manakala Eunji... Mahu ke bilik tapi dia kena melalui ke ruang tamu. Jadi, dia mengikuti Eunsoo dari belakang.

"Eunji-ah! Tengok ni siapa datang." Ommanya memanggilnya untuk memperkenalkan rakan karib yang telah lama terputus hubungan. "Cepatlah! Omma dah tak sabar!" Ya. Ommanya memang tak sabar, begitu juga dengan kawan karibnya, Puan Kim. Key hanya duduk dan menikmati lagu yang dia dengari sambil menggoyangkan sedikit kepalanya. Eunji memperlahankan perjalanannya. Sengaja, kerana tiada 'mood' untuk 'kejutan' daripada ommanya.

Setelah Eunji sampai sahaja didalam ruang tamu, terlihat wanita yang berumur 40-an itu datang dan memeluknya dengan erat. Dia terkejut. Terpaku. Aneh.

"Anneyoung?" Bibir Eunji mula berbicara untuk menghentikan kelakuan wanita itu. Wanita itu melepaskan pelukannya. Lalu membalas persapaannya dengan "Wah...! Kamu sudah besar, Eunji-ah. Dulu comel. Sekarang cantik! Potongan badan kamu pun apa kurangnya!" Wanita itu sambung memeluknya kembali. Potongan badan aku? Kemudian dia meleraikan pelukan yang dibina oleh wanita tadi. Dia senyum ke wajah wanita itu, lalu memandang ke wajah ommanya pula. Mahukan penjelasan dari ommanya.

"Ini Puan Kim. Kim Soo Na. Kawan karib lama omma." Penjelasan ommanya membuatkan dia masih dalam kekeliruan. Habis tu. Kenapa dia peluk aku dengan macam ni!?

"OH! Mari. Ahjuma kenalkan sesorang." Puan Kim menarik tangan Eunji untuk menemukan anak mata mereka. "Key. Key!" Key terkejut dengan panggilan ommanya. Lalu dia memangdang muka ommanya.

Dia terkejut dengan paras rupa gadis yang berdiri bersebelahan dengan ommanya. Dia ni... Key bangun dari tempat duduknya dengan perlahan. Terkejut. Gadis yang bersebelahan dengan ommanya ialah gadis yang telah membasahkan bajunya tempoh hari.

"Ini Jung Eun Ji." Puan Kim memandang kearah wajah Key sambil memegang tangan Eunji. "Eunji-ah... Ini Kim Ki Bum. Anak ahjuma." Dia memandang ke wajah Euji pula sambil mempamerkan senyumannya yang 'paling manis'.

Eunji memandang ke arah Key dan menyapanya. "Anneyoung" sambil menundukkan sedikit badannya. Key membalas dengan tundukan. Dia kebingunnan sebentar. Dia tak ingat aku ke?

Puan Kim memandang kedua-dua raut wajah anak muda itu. "Malu? Tak perlu. Dulu kamu berdua selalu mandi sama-sama." Puan Kim kata dengan bangga.

"APA!!!" Key dan Eunji menjerit dengan serentak, menggegarkan kediaman keluarga Jung. Lalu menukar pandangan masing-masing dengan wajah yang terkejut. MANDI!!?

Something In My HeartWhere stories live. Discover now