Sarang

721 31 1
                                    

Eunji hanya memerhatikan Key dari tempat dia berdiri. Key melabuhkan punggungnya di sofa.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Soal Key sambil tangannya mengambil air mineral di atas meja.

"Senior panggil aku." Jawab Eunji dengan ringkas. Matanya tidak lekang dari memandang Key.

Suasana kembali senyap.

"Semua ni buang masa aku." Key bangun dari tempat duduknya.

Eunji mahu menghalangnya tapi tak tahu bagaimana. Langkah Key tidak jauh dari pintu. Eunji berlari ke pintu, kemudian mendepakan tangannya untuk menghalang Key daripada pergi.

Langkah Key terhenti. "Apa yang kau buat?" Dahinya berkerut.

Wajah Key yang dingin itu agak menakutkan Eunji. Segumpal air liur ditelannya.

"Dengar." Eunji menghirup banyak udara ke paru-parunya -cuba untuk tenang agar dia boleh berfikir secara rasional. "Aku tak tahu kenapa kau bersikap dingin and aneh dengan aku." Tangannya diturunkan.

"Aku tak faham apa yang kau nak cuba sampaikan. Sampai sekarang aku masih tak faham dengan perangai kau."

"Aku dah lambat. Ke tepi."

"Aku belum habis lagi. Baru pukul berapa." Eunji menunjukkan jam tangannya. "Sekarang ni, aku just nak tahu. Apa yang aku dah buat sampai kau nak marah dekat aku?"

Sengeh Key. "Apa yang kau dah buat?" Key memandang ke arah lain. Dia tak tahu bagi reaksi apa. Gelak? Marah? Senyum? Smirk?

"Kau isteri aku tapi hati kau dekat orang lain. Kau fikir aku tak tahu?!" Kesabarannya hilang. Dah lama dia pendam semua ni. "Lelaki tu! Zelo, kan?!"

Eunji berundur selangkah ke belakang. Terkejut. "Kau still jumpa dia, kan?!!" Semakin lama semakin kuat tengkingannya. "Aku ni siapa?!"

"Aku ni siapa bagi kau?" Kali ni Key kedengaran lemah. "A-aku ni siapa bagi kau, Eunji?" Key memusingkan badannya. Kepalanya serabut. Fikirinnya tidak menentu. Hatinya hancur.

"Aku dah tak sanggup nak main permainan ni, Eunji." Suara Key berubah.

Key tersentak apabila ada tangan memeluk perutnya. Dia lihat tangan itu dari atas. Eunji memeluknya dari belakang.

"Kalau macam itu. Aku mengalah." Pelukannya semakin erat. "Aku rindu kau." Air mata Eunji mengalir perlahan. "Sebab itu aku mengalah."

Key tergamam. Nenek kebayan ni rindukan aku? Kata hatinya.

"Liars."

"It's over, Key."

Key tanpa berfikir panjang, dia memusingkan badannya ke arah Eunji. Lalu, menemukan bibirnya yang dah lama kehausan. Eunji membalas ciumannya.

Bilik persalinan itu yang tadinya dingin, kini dihangatkan dengan 'poison kiss' mereka.

Racun itu yang membawa mereka jadi macam ni. Kenal rindu, sayang -cinta.

Awalnya lembut dan perlahan. Kemudian Key menjadi liar dan tak sabar.

Eunji cuba nak melepaskan diri dari Key tapi tak boleh sebab Key peluknya dengan erat. Eunji dapat rasa senyuman Key.

Akhirnya Key mengalah. Eunji kekurangan oksigen. Pernafasannya turun naik dengan laju.

"Kau nak bunuh aku ke apa?!" Dalam keadaan termengah-mengah. "Kalau boleh aku nak rogol kau." Gelak kecil Key.

"Ha-ha-ha-ha. Really funny." Kata Eunji dengan nada perli. Key hanya tergelak dengan perangai Eunji.

(Other Authors)

Something In My HeartOù les histoires vivent. Découvrez maintenant