Love Bite. Maybe?

725 31 3
                                    

Setelah sampai di dalam bilik, Eunji meletakkan Key di atas katil. "Buka baju kau." Key buat-buat tak dengar. Eunji terasa pelik dengan kelakuan Key pada malam ini. "Key. Buka baju kau." Masih tiada jawapan. "Fine." Eunji menelan segumpal air liurnya sebelum membuka baju Key. Dengan perlahan tangannya mendekati butang baju Key.

Entah datang dari mana Key dapat tenaga, dia menarik Eunji hingga merebah di atas katil dan menukar posisi. Kini, Key berada diatas badan Eunji.

Jantung Eunji berdegup dengan pantas. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Pada waktu itu, masa seakan terhenti seketika.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sinaran matahari membuatkan Eunji terjaga. Walaupun badannya dibaluti oleh selimut, namun masih dapat merasa sejuk. Badanya terasa agak sakit. Ketika dia mahu merenggangkan badannya, dia terasa ada sesuatu yang aneh. 'Tangan ni. Tangan siapa?' Tangan tersebut memeluk erat di bahagian perut Eunji. Baru dia sedar bahawa kepalanya dilapik oleh tangan seseorang. Apabila dia memandang ke belakang.

'OMG!' Ketenangan pada wajah Key terserlah, bagaikan dilena oleh mimpi indah. Kemuadian, Eunji ternampak kulit Key yang cerah itu. Selimut itu hanya menutup separuh daripada badan Key sahaja. 'Dia NAKED!' Eunji memeriksa dirinya, ternyata, bukan Key sahaja yang dibaluti oleh selimut tanpa pakaian, malah dia pun. 'Apa yang aku dah buat!?' Eunji menutup mukanya dengan tangan kerana berasa malu dan cuba mengingati apa yang terjadi pada malam tadi.

'OK. Bertenang. Jangan bertendang.' Dia menarik nafas dengan dalam. 'First, aku jumpa dia dekat bawah. Then, aku bawah dia naik atas. Lepas tu, aku letak dia atas katil. Aku check suhu dia, naik. Kemudian aku suruh dia bukak... ba... ju... Wait! Tu sebab ada bau arak and aku nak tukar baju dia.' Eunji memeriksa suhu pada dahi Key. 'Panas lagi. Demam agaknya. Habis tu, macam mana aku boleh tak berbaju ni!? Cuba ingat Eunji... Cuba ingat!'

TUKK! TUKK!

Eunji mendengar ketukan pintu. "Ya!?" Eunji membalas dengan suara yang separuh kuat agar Key tidak terjaga dari lenanya. "Cik Eunji, turun untuk sarapan. Kejutkan Encik Key sekali." Ajakan pembantu rumah ini. "Baiklah. Terima kasih." Suara Eunji menyebabkan Key bergerak. 'OMO! Janganlah bangun sekarang! Aku tengah malu ni. Please! Jebal.' Rayuan hatinya.

Key hanya menukar posisinya bertentangan dengan Eunji. 'Selamat...' Lega hati Eunji. "Sekarang ni aku nak keluar dari selimut ni macam mana?" Katanya sambil berbisik. Eunji memandang ke lantai, baju Key dan Eunji berselerak. Eunji mengutip satu demi satu sambil mencuba apa yang berlaku malam tadi. 'Aku tak mabuk malam tadi. Yang mabuk dia seorang saja. Tapi macam mana aku boleh lupa?' Eunji mengangkat seluar dalam Key. 'PARORO? Macam budak-budaklah Diva ni. AHAHA' Gelak kecik Eunji membuatkan Key tergerak sedikit. Cepat-cepat dia menutup mulutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Eunji menuruni anak tangga dengan pantas. "Sempat...!" Sambil melaungkan perkataan untuk menceriakan pagi ini. "Wahh... Nampak ceria menantu omma pagi ni." Puan Kim sempat menjeling menantunya itu sambil tersenyum. "Ada apa-apa yang berlaku ke malam tadi?" Persoalan Puan Kim itu membuatkan Eunji terkedu. "Omma berguraulah. AHAHA" Eunji ikut gelak juga tapi terpaksa. "Mana Key? Tidur lagi?" Tanya Puan Kim sambil mengambil pinggan.

"Haah. Malam tadi dia balik lambat. Biarlah dia tidur lama sedikit." Jawab Eunji. Setelah makanan telah siap dihidang, Eunji mendengar ada orang batuk. Dia memandang ke arah pintu dapur, rupanya Key lah orangnya. "Sayang? Kamu tak sihat ke?" Tanya Puan Kim. Kerisauan seorang ibu mula terpampar di wajah Puan Kim. Dia mendekati anaknya, lalu memeriksa suhu pada dahi Key. "Key-ah... Kamu demam. Nak makan bubur?" Key hanya menggeleng. "Tak nak? Aigoo..." Puan Kim memukul punggung Key dan membuatkan Key terkejut. "Key-ah. Kamu tak pakai seluar dalam?" Puan Kim bercakap sambil menuju ke meja makan. Itu lagi membuatkan Key dan Eunji terkejut sambil membeliakkan matanya.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now