Story

384 31 7
                                    

Zelo memulas tombol pintu dengan perlahan. "Dia ada di dalam." Katanya kepada seseorang lelaki.

Lelaki itu terkejut setelah melihat jasad wanita di atas katil. "Berapa lama dia jadi macam ni?" Tanya lelaki itu. Suaranya seperti mahu menangis.

"Sejak 5 tahun dulu." Jelas Zelo dengan pasrah. Dia membetulkan selimut milik kakaknya. Memeriksa suhu di dahi kakaknya.

"Kenapa? Dia?" Zelo dapat mengagak apa yang lelaki ini mahu katakan.

"Omma nak jodohkan dia dengan anak usahawan di Macau, tapi noona tak nak." Zelo mengeluh kuat. "Dia sayangkan hyung."

Min Guk tidak menyangka bahawa kekasihnya sanggup melawan kata ommanya demi cinta mereka.

"Selepas bergaduh besar dengan omma di office, noona pergi. Mungkin dia bawa laju." Sambung.

Min Guk bersuara. "Dia sepatutnya jumpa hyung pada hari Christmas..." Matanya mula berkaca.

"Omma tak nak orang lain tahu tentang keadaan noona macam ni. Jadi, omma memalsukan kematian noona. Terutamanya dari semua clients." Dia berjalan ke arah sebuah almari yang tidak jauh dari katil kakaknya.

"Dia boleh dengar apa yang kita cakap tapi dia tak boleh bagi respond." Zelo memegang sebuah kotak dan di beri kepada Min Guk. "Pernah juga air mata dia mengalir."

Min Guk menyambutnya dengan rasa sedih. "Ini semua barang-barang semasa noona dan hyung bercinta dulu." Jelas Zelo.

Ada sesuatu menarik perhatian Min Guk. "Ini?" Tanyanya.

"Oh. Itu 'diary' noona. Dia kurang suka menulis. Jadi, dia buat 'V-log' . Laptop tu ada semua diary harian dia." Zelo menunjukkan camera milik kakaknya pula. "Dalam tu ada gambar-gambar noona dan hyung."

[Breath-SM Balad]

Zelo tersenyum. "Dalam tu kebanyakannya gambar candid hyung."

Betul apa yang dikatakan oleh Zelo itu. Min Guk periksa camera tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila banyak wajahnya.

Air matanya mula mengalir. Zelo yang akan situasinya, dia pun berkata. "Saya tak pernah nampak noona sayangkan seseorang seperti mana dia sayang dan cintakan hyung."

"Dia betul-betul cintakan hyung." Kata terakhir Zelo sebelum meninggalkan Min Guk bersendirian bersama kakaknya.

Min Guk mengelap air matanya. Dia beralih tempat. Punggungnya dilabuhkan  dia atas katil milik kekasih hatinya.

Sayu hati Zelo melihatnya. "Hyung, luangkanlah masa dengan noona. Tapi dengan cara baru." Min Guk faham apa yang di maksudkan oleh Zelo.

Zelo meninggalkan Min Guk dan kakaknya bersendirian. Walaupun nampak suram, tapi dia bahagia apabila kakaknya dapat berjumpa dengan orang yang dia cintai.

Manakala Zelo?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Something In My HeartWhere stories live. Discover now