Will You?

475 31 0
                                    

Key terkejut dengan kehadiran Eunji yang tiba-tiba sahaja menjerit setelah masuk kedalam biliknya sendiri. Eunji masih tepaku dan terdiam serta tangannya menutup mulutnya. Key terasa panik dengan situasi yang dia alami waktu ini. "Kenapa!?" Dia terasa hairan kerana kenapa Eunji menjerit setelah masuk ke biliknya sendiri?

"Ka... ki..." Suara Eunji kedengaran perlahan lalu menunjukkan jarinya kearah kaki Key. Key hairan lalu mengalihkan pandangannya kearah yang ditunjuk oleh Eunji. "Oh... Ni pos-" Entah bila Eunji menggerakkan langkahnya dan menolak Key hingga badannya jatuh diatas katil. Eunji masih dalam keadan panik dan gelabah ketika mengambil poster tersebut.

"Oppa! Oppa... Oppa tak apa-apa, kan?" Eunji berbicara dengan posternya yang Key pijak sebentar tadi. Bahagian dahi Key terhantuk di dindang akibat ditolak oleh Eunji tadi. "Yah! Sakitlah kepala aku kau tolak!" Key cuba memegang dahinya tetapi tidak sanggup kerana dentumannya tadi terlalu kuat. Eunji memandang Key dengan muka yang marah. Dia mendekatkan dirinya dengan Key sambil menunjukkan poster yang telah dipijak oleh Key sebentar tadi. "Tengok ni! Poster ni lagi sakit daripada kepala kau! Muka! Kepala! Kaki! Badan! Semuanya telah BERKEDUT!" Eunji menarik nafas panjang untuk melanjutkan ayatnya tapi Key telah berdiri lalu mempertahankan kesakitan yang dialaminya.

Key menunjukkan dahinya  yang sedang dibelenggu oleh kesakitan. "Tengok ni! Ni! DEKAT SINI!!!" Dia menyentuh bahagian yang sakit itu. Eunji terperasan sesuatu cecair merah apabila Key mengangkat tangannya. "Omo! Kau!" Eunji menarik tangan Key yang didapati ada cecair merah tersebut. "Aku rasa dahi kau berdarah!" Kenyataan Eunji membuatkan Key terkejut. "Betulkah!?" Key melihat tangannya. Kata-kata Eunji betul. Key sedang leka melihat dahinya dicermin berhampiran. "Hey! Ini semua salah kau! Menyesal aku datang sini!" Key memusingkan badannya dan didapati Eunji tiada bersamanya. Dia cuba mencari kelibat Eunji tetapi tidak kelihatan. "Mana pula perempuan ni?" Lalu melihat kepalanya semula. Sakit...

Eunji bergegas bergerak ke biliknya setelah mendapat First Aid Box untuk mengubati Key. Setelah sampai di muka pintu, Eunji kelihatan termengah-mengah. Key yang dari tadi leka melihat dahinya di hadapan cermin, kini terhenti seketika apabila terlihat Eunji di muka pintu melalui pantulan cermin. "Key! Duduk atas katil aku sekarang." Arahan Eunji membuatkan Key tertanya-tanya. TERLALU BANYAK gambaran yang agak KOTOR di fikiran Key sekarang. Eunji dengan perlahan mendekati Key dan itu membuatkan Key kebelakang sedikit demi sedikit. "Aku suruh kau duduk di atas katil aku. Bukan BARING diatas katil..." Eunji seakan dapat tahu apa yang difikiran Key lalu dia menunjukkan First Aid Box di tangannya. "Ah... Cakaplah dari tadi..."

[Thank You For My Love-Vixx]

Key melabuhkan punggungnya diatas katil begitu juga dengan Eunji. Pergerakan Eunji diperhatikan oleh Key satu persatu. "Tundukkan kepala kau sedikit. Aku nak sapu ubat. Tahan sikit."

"Ah! Perlahan-lahanlah sikit! Sakit..." Key merungut sambil memuncungkan bibirnya sedikit. Perbuatan Key membuatkan Eunji tertawa sambil memegang pipi kepunyaan Key dengan menggunakan kedua telapak tangannya lalu mengangkat kepalanya hingga wajah mereka bertentangan. Key terdiam setelah anak matanya terlihat senyuman manis Eunji. "Ah... Kesian dia... Sakitnya..." Eunji melayan Key seolah-olah dia budak kecil. "Noona sapukan ubat, ya. Key kena tahan sikit sebab Key lelaki." Usikan Eunji. "Apa ni!" Key menolak tangan Eunji. "Ah... Key marah pada noona? Hahaha" Betapa sakitnya hati Key melihat Eunji yang sedang tertawakannya. "Comellah." Key terkejut apabila mendengar perkataan comel dari mulut Eunji. Eunji cuba menahan ketawanya.

Key terfikir untuk membalas balik usikan Eunji tadi. "Eunji-ah..." Key mendekatkan dengan dengan badan Eunji. Secara automatik, tangan Eunji menekan pada luka yang dialami oleh Key. "Ah!!!" Jerit Key.

"Si-siapa su-suruh dekat! Nak kena lagi!?" Eunji cuba mengugut Key yang sedang menahan kesakitan. "Aku berguraulah..." Key mengibas-ngibas untuk menganginkan lukanya agar berkurangan.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now