Is That, True?

531 31 0
                                    

Selepas 3 hari...

Di halaman.

"Habis tu... 'Honeymoon' korang macam mana?" Kali Taemin bertanya-sambil mengangkat keningnya dan mengukirkan senyuman yang menggairahkan itu.

"Apa maksud kau dengan 'Honeymoon' tu?" Key dapat mengagak fikiran kotor maknae-nya tapi sengaja dia menanyakan soalan itu balik.

"Alah...! Jangan buat-buat tak tahulah, Key!" Minho pula menyampuk.

"Maksud kau bersetubuh?" Celah Onew yang dari tadi berdiam diri. Yang lain mengangguk dengan 'perkataan' yang sebenar.

"Ohh..." Sambil mengangguk. Kemudian, anak matanya memandang ke atas kerana mahu teringat peristiwa di ruang tamu. "Arr..." Tiba-tiba dia tersenyum kerana teringat scene di sofa tempoh hari. "Ehehehe..."

"Hah.......?" Jonghyung, Minho dan Taemin pandang dengan muka yang kehairanan. 

~~~ 

Di bilik.

"Kita orang tak buat apa-apa pun." Jawab Eunji. Bomi masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang di dengarinya. "Betul ke!?" Sambil memegang baju Eunji. "Chill lah... Kenapa kau beria-ria sangat ni?" Tanya Eunji sambil menenangkan rakannya itu. "Ahh....!" Eunji mendengar keluhan dari kawannya yang lain. "Korang pun?" Dia memandang kawan-kawannya. "Not me!" Celah Naeun sambil mengangkat tangannya. Macam yang semua orang tahu, Naeun memang seorang gadis yang tak berminat dengan perkara macam ni walaupun dia tahu semua benda.

"Takkan lah tak ada..." Akhirnya Namjoo mendapat idea untuk menjadikan topik hari ini ‘panas’. Namjoo mendekatkan dirinya ke badan Eunji, lalu, memperlahankan suaranya sedikit tapi cukup di dengari oleh orang yang berdekatan sahaja. “Macam mana pula dengan...” Senyumannya semakin lebar. “Kiss?” Eunji terkejut dengan perkataan ‘kiss’ yang keluar dari mulut Namjoo. Soalan tersebut seolah-olah tahu akan kejadian tempoh hari. Muka Eunji terasa panas dan merah.

Seperti biasa, Bomi memang tahu wajah Eunji kalau dia sedang malu. “Tengok tu! Muka kau dah merah!!! Malulah tu...!” Eunji cepat-cepat menutup mulut Bomi kerana dia menjerit. Yang lain hanya memandang wajah Eunji sambil menepuk tangan. “Tahniah...~~~ Permulaan yang baik.” Ucap Chorong sambil menghadiahkan sebuah senyuman manakala yang lain juga menghadiahkan senyuman tapi agak mengerikan.(LOL)

~~~

Di Halaman.

"Aku dah agak dah..." - Onew.

"Uhh...~~~ Key! Lepas ni... Kau ada peluang untuk..." Jonghyun menyambung ayatnya dengan senyuman yang sangat lebar. Key menahan malunya dengan memukul bahu Jonghyun. "Tengok tu. Malu konon. Ahahaha!" Tawa Minho. "Hyung! Bolehlah share 'rahsia' kebahagian dekat kita orang ni. Ahaha!" Suasana di halaman menjadi riuh dengan gelak tawa kaum lelaki.

"Yah! Agak-agaklah nak bagi tahu semua tu! Malulah dia...~~~ Ahaha!" Usik Jonghyun. "Yah! Sudahlah tu nak usik aku! Simpan buat esok!" Key masih manahan malunya. "Esok? Lagi teruklah dorang kerjakan kau...." Kali ini Onew yang memberi 'amaran' kepada Key. Tangan Minho memegang bahu Key. "Dude. Hati-hati dengan makhluk macam kita orang. Ahaha" Gelak jahatnya membuatkan Key berasa gerun. Dia memandang tingkap bilik tidur miliknya-dan Eunji.

"Kanapa? Takut? Kalau ya pun takut, janganlah pandang bilik tidur kau macam tu..." Senyuman Jonghyun semakin lebar. "Dah tak sabar ke?" Sambil mengangkat keningnya 2 kali. "Aku dah nampak aura hitam kau." Jonghyun hanya mentertawakan Key.

~~~

[Trap (OST)-No Min Woo] / [Its All Lies-BAP] / [Heart Attack-EXO]

"Aku nak kau intip perempuan ni." Zelo memberi sampul surat kepada seorang lelaki yang berbadan agak tegap. "Dalam tu ada gambar dan duit." Lelaki itu membuka untuk melihat isi didalamnya. "Kalau kau bagi aku banyak maklumat tentang dia, lagi banyak duit yang kau akan dapat." "Faham?" Lelaki tersebut hanya mengangguk menandakan faham.

Something In My HeartWhere stories live. Discover now