17 : new life , new love

Start from the beginning
                                    

"Maaf menganggu." kata Hoseok lalu membuka langkah meninggalkan Areum dan Seokjin.

Hoseok berjalan-jalan di sekitar kawasan rehat itu, sesekali dihirup air yang dibawanya dari tadi.

Setelah penat berjalan, Hoseok bersandar pada sebatang pokok sambil kakinya disilangkan. Dihirup sekali lagi air yang berada di tangannya. Hoseok memerhati sekeliling sehinggalah matanya tertumpu pada sebuah figura yang berjaya membuatkan dirinya terus tersenyum itu.

Dipandang wajah Kiara yang sedang ketawa itu. Sesungguhnya melihat gadis itu ketawa sudah cukup untuk membuatkan hatinya berbunga-bunga. Sungguh dia rindu mahu bergelak ketawa bersama Kiara namun gadis itu selalu mengelak dari berjumpa dengannya.

Astrid yang perasan akan renungan Hoseok itu mencuit perlahan peha Kiara.

"What?" soal Kiara

"Ada orang rindu kau." kata Astrid serius lalu tangannya mengambil beberapa manisan sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.

Kiara memandang sekeliling. Kiara terus mengalihkan pandangannya sebaik sahaja matanya bertemu dengan mata Hoseok.

Tipulah kalau hatinya tidak berdebar tapi disebabkan ego, Kiara pura-pura tenang.

"Marajuk lagi ke?" soal Janice.

"Siapa merajuk?"

"Kau." balas Astrid dan Janice serentak. Kiara terdiam.

"Aku? Merajuk? Pandai-pandai je korang ni. Ini Kiara lah.."

"Si kaki merajuk." potong Astrid.

"Kita membesar sama-sama Kiara." tambah Janice pula lalu dia menyambung meratah ayam miliknya itu.

"Nak tunggu Hoseok jumpa perempuan lain ke baru nak pergi tegur dia?" Astrid menyoal dengan nada yang memerli.

"Aku dah katakan dia anggap aku macam adik dia je."

"Aku pun anggap Julian macam abang aku je mula-mula dulu. Ingat tak?" kata Janice.

"Last-last dua-dua tak boleh hidup kalau masing-masing tak ada." hampir tersedak Janice dibuatnya. Astrid menepuk-nepuk belakang Janice.

"Kiara.. Kiara.. Antara kita bertiga kaulah yang paling pandai. Tapi tak sangka kau bodoh bab cinta." hambur Astrid yang masih lagi mengusap belakang Janice itu.

"Terang-terang Hoseok sukakan engkau, cuma dia malu. Kau pun malu kan nak confess. Macam tu juga Hoseok." tambah Astrid lagi.

"Betul tu." tambah Janice.

"Baik kau pergi tegur dia sebelum kau menyesal." kata Astrid

"Entah kat sini dah la ramai janda." Kiara memandang Janice dengan wajah yang tidak percaya.

"Aku dengar ada janda tu minat kat Hoseok." tambah Astrid pula. Sengaja dia menambahkan lagi bengang Kiara. Kiara mendengus geram lalu terus bangun dari duduk. Astrid dan Janice hanya memandang Kiara yang tiba-tiba berdiri tegak itu.

"Aku pergi dulu." kata Kiara lalu berjalan mendekati Hoseok. Astrid dan Janice saling berpandangan lalu dipandang Kiara semula.

"Tak sangka dia buat betul." kata Janice dengan mata membulat.

"Naif sangatlah Kiara ni." kata Astrid lalu menepuk dahinya.

Kiara membuka langkah mendekati Hoseok dengan penuh semangat. Hoseok yang sedang mencuci gelasnya itu langsung tidak perasan akan kehadiran Kiara.

Kiara akan pastikan tiada sesiapa yang boleh memiliki Hoseok selain dirinya.

Ya! Kiara tekad!

"Seok." Hoseok menoleh memandang Kiara yang dibelakangnya. Hoseok terkejut namun dikawal perasaannya.

"Aku.." terkedip-kedip mata Hoseok memandang Kiara.

"Kau kenapa?" soal Hoseok tenang.

"Aku.. Aku nak air." balasan yang keluar dari bibir Kiara itu benar-benar membuatkan Hoseok geli hati. Dipandang bekas air yang berada di sebelah kirinya itu. Terdapat juga beberapa cawan yang masih bersih di tepi bekas itu. Terlepas ketawa lelaki tersebut.

Dalam hati Kiara pula tidak habis dia memaki dirinya sendiri. Punyalah bekas air itu berada di sebelah mereka sahaja. Nampak sangat yang dia mahukan perhatian

"Boleh.. Tunggu aku ambilkan." Hoseok membawa gelasnya yang baru sahaja dibasuh tadi lalu dituang air yang tinggal sedikit itu ke dalam gelasnya tadi.

"Nah." Kiara memgambil gelas daripada tangan Hoseok lalu diteguk air tersebut.

"Thanks." ucap Kiara perlahan. Hoseok hanya mengangguk dan senyum. Kiara kini membuka langkah mahu meninggalkan Hoseok namun suara lelaki tersebut terus memberhentikan pergerakannya.

"Kiara.."

"Ya.."

"Nak bersembang tak? Dah lama kita berdua tak bersembang kan?" laju sahaja Kiara mengangguk.

"Kalau macam tu, jom tempat biasa."

"Jom." Kiara tersenyum lebar. Diikut Hoseok dari belakang.

- ⚛ -

[C] 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 : 𝐓𝐇𝐄 𝐁𝐄𝐆𝐈𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆. btsWhere stories live. Discover now