I ada

6.1K 470 15
                                    

"Hey" satu tin air milo sejuk dihulurkan kepada Amir. "Thanks Harraz" kata Amir dengan senyuman.

"So, kau tolong dia lagi" kata Harraz. Amir sekadar tersenyum. Ye, Amir tolong Hanna lagi. Untuk kali ke berapa ye? Amir menghitung guna jari.

"Kali keempat bro" Harraz kata. Amir tertawa kecil. Dia mengangguk. Air milo itu diteguk.

"Kau free pulak?" Tanya Amir.

"Tak, ada surgery pukul 2 nanti" kata Harraz.

"Surgery apa?"

"Blood clotting dalam otak tu"

"Oh, rider food panda yang accident tu?" Seingat Amir, dia yang keluarkan keputusan MRI pesakit itu.

"Yes" jawab Harraz dengan ringkas.

Mereka berdua diam. Amir berdiri. Dia membetulkan pakaiannya. Di hujung sweathernya terdapat kesan darah. Darah dari kelaran di tangan Hanna tadi.

"Aku pergi tengok dia dulu lah. Rest, Harraz. Bye" kata Amir. Dia mengatur langkah menuju ke wad kecemasan tadi. Mata Amir melilau mencari Hanna, sehinggalah dia terpandang seorang wanita yang duduk bersandar di katil dengan tangan kiri yang berbalut. Itu pasti Hanna.

Amir duduk di birai katil.

"Hanna" ujar Amir sepatah. Hanna mengangkat muka. Wajahnya bersisa dengan air mata. Rambutnya disanggul malas, terdedah bahagian leher putih mulusnya yang kotor berbekas dengan darah sendiri.

Amir berdiri kemudian dia menarik langsir menutupi katil yang Hanna duduki dari pandangan luar.

"Why do you do this to yourself" kata Amir dengan serius. Satu paket tisu basah di nightstand dicapai dan sehelai tisu ditarik. Sisa kotoran darah di jari jemari Hanna Amir bersihkan.

"I don't want to live" kata Hanna.

"Then, die" kata Amir. Hanna sedikitpun tak terkejut dengan respon Amir. Amir yang terkejut dengan respon sendiri. Laju sangat mulut.

"I tried. It's hard" tangan yang Amir bersihkan tadi dibawa ke mata. Hanna menangis lagi. Amir terkedu diam di situ. Apa yang Amir kena lakukan sekarang?

"I tried so many times, you can't even imagine but I don't die" kata Hanna. Amir hampir tak faham apa yang Hanna katakan. Suaranya serak akibat menangis.

Amir meletakkan tangannya di bahu Hanna. Bahu itu ditepuk perlahan.

Amir benar-benar tak tahu nak cakap apa. Nak tenangkan? Ini bukan masalah kawan tak nak kawan nak tenangkan. Hanna ada kecenderungan membunuh diri. Dan, Amir tak tahu pun apa masalahnya.

"You ada family tak Hanna"

"They died"

Amir ketap bibir. Salah soalan. Amir berfikir sejenak. Apa lagi yang Amir boleh kata.

"I ada" kata Amir. Dia memandang Hanna.

Hanna mengangkat muka.

"I'm a burden to you"

Mahu saja Amir iyekan. Ye, Hanna susahkan dirinya. Hari-hari kena risaukan Hanna. Setiap kali balik kerja harus tengok Hanna dah balik ke belum, Hanna okay atau tidak.

"Don't say that. You never ask me to take care of you" kata Amir. Bila difikirkan balik, ya. Hanna tak pernah pun minta semua ini.

Amir menggerakkan tangannya kearah leher Hanna. Kesan darah disitu Amir lap menggunakan tisu basah. Kemudian, Amir tersedar. Di bahagian leher baju Hanna, betul-betul di garisan baju hospital itu, terdapat satu parut. Parut yang melingkari lehernya.

Amir terkedu di situ.

Hanna mencapai tisu dari tangan Amir. Dia berura-ura untuk berdiri dan mencapai tiang beg iv-nya untuk ke tandas.

"I boleh buat sendiri" kata Hanna.

"No. Tak payah" Amir halang. Tak pasal-pasal Hanna cederakan dirinya lagi.

"I nak pergi tandas"

"I'll come with you" Amir turut sama berdiri. Tiang beg iv Hanna Amir capai dan Amir sorongkan.

Langkah Hanna lemah dan longlai. Mungkin sebab hilang terlalu banyak darah.

"Dah makan?" Tanya Amir. Pucat je muka Hanna.

"Tak lapar"

Amir ketap gigi.

"I discharge kan lepas ni? I nak balik" kata Hanna.

"Cannot. You need to stay here lagi dua hari"

Hanna berkerut. "No, tak nak"

"You need to stay here, Hanna" kata Amir. Lembut sahaja suaranya. Tangan kanan Amir menolak pintu tandas. Suis lampu turut dihidupkan. Tangannya ditunjukkan kearah sinki,memberi isyarat kepada Hanna untuk membersihkan dirinya.

Hanna dengan ragu-ragu melangkah masuk ke dalam tandas itu. Pintu tandas itu Hanna tutup, tapi ditahan oleh Amir.

"No"

"Apa you ni nak tengok I kencing ke?" Marah Hanna.

"Tak, I takut you buat benda lain"

Hanna menjeling Amir tajam. Dia membiarkan saja pintu tandas itu terbuka dan pili air di sinki itu Hanna tarik keatas. Dia ingin membasuh muka.

Kedua-dua belah tangannya diletak kedalam sinki, dibawah air yang mengalir. Sejuk. Hanna menghela nafas lega. Lega kerana dia masih hidup.

Sepasang tangan cepat-cepat menarik kedua-dua belah lengan bajunya dari terkena air. Hanna mengangkat muka.

Amir menutup pili air di sinki. Tangan kanan Hanna dicapai dan lengan baju Hanna dilipat. Sehingga ke paras siku. Begitu juga dengan lengan kiri, mendedahkan balutan luka.

Amir terdiam. Dia merenung lengan Hanna yang berbalut. Pandangannya beralih kepada lengan kanan Hanna yang tidak berbalut. Tiada luka; tapi berparut. Kesan kelaran sepanjang lengan sehingga ke siku.

"You shouldn't do this to yourself"

Cepat-cepat Hanna pusing semula ke sinki. Mukanya dibasuh. Bahagian lehernya yang kotor tadi turut dibersihkan.

Basah.

Amir menepuk dahi. Lupa pula hendak membawa tuala. Baju sweather yang dipakainya ditanggalkan, meninggalkan kemeja-T putih yang nipis. Baju itu dihulurkan kepada Hanna.

Hanna terpinga-pinga.

"Wipe your face" kata Amir.

Baju itu bertukar tangan. Hanna menekup-nekup fabrik itu di wajah dan lehernya.

"Are you done?"

Hanna mengangguk.

"We need to go eat, okay?" kata Amir dengan suara memujuk. Hanna sekadar mengangguk.

Hanna tak pernah rasa seperti ini. Rasa seperti dijaga. Rasa seperti disayangi.

◇◇◇

Fly me to the moonWhere stories live. Discover now