44

6.2K 316 10
                                    

"So tell me what happened?" Soal Afrin kepada Adrian. Adrian menelefon Afran dan Afrin selepas itu. Dia tak tahu untuk call siapa dah. Dia juga menelefon doktor peribadinya. Dia risau jika Afryna sakit. Sekarang Afryna baik baik sahaja. Dia cuma kekurangan rehat. Adrian mengeluh perlahan.

"Aku dengan dia bergaduh. Then masa gaduh tu dia pengsan." Kata Adrian.

"Kau pukul dia ke?!" Soal Afran.

"Agak-agak la. Kau ingat aku dayus ke" kata Adrian.

"Korang gaduh pasal apa?" Tanya Afrin.

"Aku tengok gambar Afryna dengan lelaki lain tapi tak nampak muka dia. Sebelum ni pun aku nampak dia ada tengok gambar lelaki sambil nangis. So i think lelaki dalam gambar tu adalah lelaki yang sama. Kami dah 2 hari tak bercakap. Aku selalu pergi kerja awal dan balik lambat sebab taknak bersemuka dengan Afryna. Biasanya bila aku balik, dia dah tidur." Ujar Adrian.

"Kau tinggal dia sorang-sorang?!" Soal Afrin.

"Aku waras lagi lah. Aku ada upah bodyguard untuk tengokkan Afryna. Bodyguard aku yang hantar gambar tu kat aku"

"Then?"

"Aku rasa bengang gila masa tu tapi aku control. What you feel bila orang kau kau sayang curang dengan kau. And orang yang kau sayang, sayang orang lain. Sakit wehh sakit. That time aku calm down then aku balik rumah. Aku nak bincang dengan dia. Kalau betul dia ada orang lain, aku akan lepaskan dia. Mungkin benda ni boleh bahagiakan dia." Ujar Adrian.

"Kau tak sayangkan adik aku ke? Kau nak biar je dia bahagia dengan lelaki lain? Sedangkan kau dah miliki dia? Kau nak lepaskan macam tu je?!" Soal Afrin.

"I don't know. Aku tak tahu nak fikir apa masa tu. Aku just nak dia bahagia. Aku taknak dia terluka. Masa aku tengok dia nangis malam tu, aku dah lemah. Aku tak boleh." Akhirnya air mata Adrian jatuh juga di hadapan kembar itu. Afran memeluk bahu Adrian. Dia tahu ape yang Adrian rasa kerana dia juga merasakan benda yang sama pada suatu ketika dahulu. Disebabkan itu dia tidak berminat untuk bercinta lagi.

"But now aku tak percaya yang adik aku curang. Siapa lelaki tu?" Soal Adrian. Adrian mengelap air matanya sebelum mengambil telefon Afryna. Galeri dibuka dan gambar itu ditunjuk kepada abang iparnya.

"Damn it!" Ujar Afrin. Afran meraup mukanya. Dia mengambil telefon Afryna dan memadam semua gambar lelaki tersebut.

"Kenapa kau ungkit hal ni?! Aduh." Bebel Afran sambil memadam semua gambar-gambar itu. 

"Aku ingat dia dah delete semua ni" ujar Afrin.

"Macam mana ni?" Soal Afran.

"Apa kau cakap ni? Macam mana apa?" Soal Adrian. Dia mengerutkan dahinya.

"Haih susah nak explain. But this is her weakness." Ujar Afrin.

"Maksudnya?" Soal Adrian.

"Sebenarnya dulu dia ada boyfriend. Dia sayang gila dekat lelaki ni. Ni first love dia. Tapi kitorang tak bagi sangat dia jumpa lelaki ni. Sebab masa tu dia baru darjah 6. Bayangkan lah. Dia kecik lagi. Tapi dah bercinta. Daddy dengan mummy kitorang pun tak bagi. So dia dengar je cakap kitorang. So dia dah jarang jumpa dengan lelaki tu. Biasanya dia akan pergi jumpa budak tu setiap petang sebab diorang tak sama sekolah.  Budak lelaki tu baik sangat. Then naik sekolah menengah diorang tak satu sekolah jugak. Masa baby form 1, dia tak banyak cerita pasal budak lelaki ni a.k.a Boyfriend dia. Biasanya mesti akan cerita je pasal budak tu. So kitorang ingat diorang dah break. Tapi masa dia form 2. Dia cakap kat kitorang yang dia happy sangat haritu. Bila tanya dia cakap dia dah sama sekolah dengan kesayangan dia. Then kitorang mula risau takut pelajaran dia makin teruk. Sebab masa sekolah menengah dia malas sikit. Tapi lepas je dia cakap yang budak tu sama sekolah dengan dia. Setiap exam dia dapat score. And her study more better than before. Bila tanya dia jawab, dia selalu belajar dengan boyfriend. Boyfriend dia yang ajar dia sampai dia pandai. That time aku dah fikir. Budak lelaki tu memang boleh buat adik ipar. Then masa Pt3 diorang dapat straight A. Memang tahun tu diorang selalu study sama-sama. Aku bangga dengan diorang. Sebab orang lain couple boleh abaikan pelajaran. Tapi dia boleh jadikan adik aku cemerlang. Aku ucap terima kasih banyak-banyak kat dia sebab ajar adik aku and study sama-sama sampai dapat result gempak camtu. So masa tu kitorang celebrate diorang. Kitorang buat dekat hotel. Aku ajak sekali parent dia. Sampai kat hotel, kitorang tunggu dia sampai. Tapi tak sampai-sampai. Sepatutnya majlis dah start lama. Tapi dia tak sampai lagi. Jadi kitorang celebrate dengan family kitorang je. Sebab dah banyak kali call tapi tak angkat. Aku tengok baby masa tu sedih giler. Dia hadap phone je, tunggu budak lelaki ni balas. Masa tu hujan lebat. Then phone baby berdering ada orang call then dia angkat. Muka dia happy gila bila dapat tahu budak lelaki ni yang call. Dia dengan excitednya jawab panggilan. Aku ingat lagi. Ayat dia cakap 'haa tahu pun call balik. Kenapa tak datang lagi? Majlis dah lama dah mula'. Lepastu suara baby senyap. Aku tengok dia then tengok dia kaku, mata berair, phone dia jatuh ke bawah. Aku ambik phone tu then tengok panggilan masih bersambung. Aku tanya budak tu asal tak datang. Jap, aku tak bagitau lagi nama budak tu. Nama dia Aiman Izat. Lepastu suara orang lain yang jawab bukan Aiman. Dia tanya aku ni family Amin ke. Amin tu papa Aiman. Then aku jawab. Aku kenalan dia. Lepastu dia cakap yang diorang sekeluarga ditimpa kemalangan. Kereta diorang terbabas masuk jalan sebelah. Masa tu Lori datang laju then rempuh kereta yang Aiman naik. All of his family pass away dekat tempat kejadian. Masa tu aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku. Sedih sangat-sangat. Apatah lagi baby. Orang yang dia sayang gila dah pergi untuk selama-lamanya." Panjang lebar Afrin menceritakan kisah pahit itu. Matanya yang berair disapu dengan tangannya. Mereka sekeluarga sangat sayangkan Aiman tetapi Allah lebih sayangkannya.
Tenang lah dikau di sana wahai Aiman Izat bin Amin.

"She love him so bad. Dia ambik masa hampir setahun untuk dia jadi diri dia balik." Ujar Afran.

"Sebab tu daddy pindahkan dia dari sekolah lama ke sekolah kitorang. Sebenarnya dah lama kami nak buat tapi takut emosinya terganggu. Jadi selepas setahun, baby pun dan ceria balik. Daddy decide untuk dia pindah sekolah. Banyak kemungkinan yang akan terjadi bila dia sekolah dekat situ. Banyak kenangan dia dengan arwah dekat sekolah lama dia." Ujar Afrin.

"Aku tak tahu pulak benda ni terjadi dekat dia. Allah. Aku dah salah sangka. I'm sorry" Adrian membisikkan ayat last itu.

"Aku harap kau jaga adik aku dengan baik. Aku balik dulu la. Jangan bagitau Mummy dengan daddy. Nanti diorang risau." Ujar Afran. Mereka tidak memberitahu kepada ahli keluarga mereka yang lain. Hanya mereka sahaja yang tahu. Nasib baik ibubapa diorang tiada di rumah atas urusan kerja.

"Aku mintak maaf. Semua ni salah aku." Ujar Adrian. Dia meraup mukanya.

"Takpelah. Benda dah jadi. Jangan ulang kesilapan yang sama." Pesan Afrin. Adrian mengangguk. Setelah itu mereka berdua pun pulang.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now