10

10K 505 30
                                    

Adrian POV

Aku mengeluh masuk ke dalam bilik air. Aku baru je balik camping tetiba papa dengan mama ajak pergi rumah kawan dia Malam ni. Apa ni? Aku dah la penat. Nak rehat, nak tidur!!!

Aku keluar dari bilik air selepas selesai membersihkan diri. Aku melihat jam di phone. Jam 8:01 malam. Sempat lagi nak tidur ni.

Eh wait...

Aku tak solat maghrib lagi. Ya Allah. Nasib tak tidur lagi. Aku segera bangun menuju ke bilik air untuk ambik wuduk. Selesai itu, aku mula menunaikan solat maghrib.

Selesai sahaja, aku duduk di atas katil dan mencapai iphone x aku yang berada di atas meja sebelah katil. Pukul 8:08 malam. Dah nak masuk waktu Isyak.

Pintu bilik dibuka dari luar.

"Adrian, lepas Isyak terus bersiap tau. Kita pergi lepas Isyak. Eh kamu dah solat Isyak ke? Tak masuk waktu lagi la Ad." Ujar mama selepas melihat aku yang memakai songkok di kepala. Dan sejadah yang masih berada di atas lantai.

"Bukan la. Ad baru solat maghrib. Ad lupa tadi" kataku sambil tersengih.

"Bertuah budak ni. Kejap lagi masuk Isyak. Terus solat. Tak baik melengahkan solat." Pesan mama.

"Ye ma. Ad tau. Tadi Ad lupa. Penat sangat kot. Kan Ad baru balik camping. Ma, Kalau Ad tak pergi tak boleh ke?" Soal aku.

"Mana boleh macam tu. Kan kamu kenal si Afryna tu. Pergi la melawat dia." Ujar mama.

"Tapi Ad penat la." Kataku ingin memujuk mama. Aku nak tidur!

"Eleh macam la penat sangat. Jadi lelaki sikit boleh tak? Ad pergi camping je. Bukannya pergi latihan askar." Ujar mama pedas. Mencabar aku nampak. Aku lelaki sejati okay. Haih mama ni!

"Apa mama ni. Ye lah ye lah. Ad pergi." Kata aku mengalah. Kang dituduh mamat jambu pulak oleh mama. Haih sabar je lah.

"Macam tu la. Lagipun kita bukan selalu dapat pergi rumah kawan papa tu. Dah lama kami tak pergi sana. Ye lah, papa kan asyik busy je." Ujar mama. Mereka berbual-bual sampai masuk waktu isyak 

"Rasa nya dah masuk waktu ni. Ad ada wuduk lagi kan? Cepat lah solat. Mama keluar dulu"

"Baik ma." Jawab aku sepatah.

Setelah mama keluar, aku terus menunaikan solat Isyak.

Selesai itu, aku mula bersiap. Aku menyarung tshirt polo berwarna blueblack Dan straight cut jeans berwarna hitam. Jam tangan dipakai. Rambut disikat tepi dan di kuak ke belakang dengan tangan. Perfume disembur sedikit. Alah bukan nak pergi jumpa jodoh pun. Nak pergi rumah budak nerd tu je. Selesai itu aku turun ke bawah. Kelihatan papa sudah berada di bawah. Mama masih bersiap mungkin.

"Haa siap pun. Lama papa tunggu. Mana mama kamu ni?" Soal papa.

"Dah siap la. Macam la lama sangat awak menunggu. Tak sampai lima minit pun" ujar mama yang baru menuruni anak tangga.

"Eh 5 minit pun masa eh. Dah jom" ajak papa. Papa seorang yang menepati masa. Katanya masa itu penting. Kereta mula bergerak ke destinasi.

20 minit perjalanan, kami tiba di rumah Afryna. Cantik jugak rumah dia. Rumah dia tiga tingkat. Rumah aku dua tingkat je. Tapi lagi besar dari rumah dia.

Loceng ditekan dan kelihatan Puan Sri Amira yang tersenyum menyambut kedatangan kami.

"Dah sampai pun. Ya Allah rindu nya aku dekat kau Fariza" ujarnya sambil membalas pelukan dengan mama.

Tan Sri Anuar datang dan bersalam dengan papa. Aku juga bersalam dengan nya.

"Lama juga kita tak jumpa ye. Ni anak kau dah besar ye. Amboi segak betul anak kau." Puji tan sri anuar. Aku tersenyum bila dipuji. Sape je tak suka dipuji. Haha

Badboy VS Nerd Jadian Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon