09

9.4K 487 19
                                    

"Entah-entah" aku dah Haziq berkata serentak.

"Tapi ape motif dia?" Soal haziq pada aku

"Entah la weh. Takpe nanti kita buli dia dan tanya dia. Kalau dia tak bagitau kita ugut lagi. Hahaha" kata Haziq. Aku terdiam. Buli Afryna? Lepas apa yg aku tahu takkan aku nak buli dia lagi. Haih entah lah.

"Baby, I miss U." Sapa satu suara sebelah aku. Aku mengerutkan dahi dan menoleh ke tepi.

Marsya kelihatan sedang mencebik bibirnya. Eee ingat comel ke. Ade rupanya minah ni. Ingatkan tak Join perkhemahan ni. Buat semak je lah. Lepas satu bala. Datang lagi bala.

"You nak ape?" Soal aku cuba berlembut. Nanti kan nampak yang aku meluat dengan dia. Tapi memang meluat pun.

"Alaa I rindu you la. Kita tak satu kumpulan pun. Hmm" kata marsha.

"So? Ade masalah ke?" Haziq menyampuk. Muka Marsya terus masam. Hahaha padan muka.

"I tak cakap dengan you pun. Sibuk je." Kata Marsya meluat dengan Haziq.

"Suka hati aku lah. Kau yang menyibuk kat sini takpe pulak. Semak tau tak" balas Haziq.

"Ape masalah you ni. I bercakap dengan Adrian bukan you. Kalau tak suka tak payah lah duduk sini. Haa pergi Sana. Biar i duduk sini dengan Adrian berdua je. Boleh kitorang dating." Kata Marsya gedik. Aku memutarkan bebola mata. Apa masalah minah ni. Aku terus bangun dan ke khemah aku.

"Hey Adrian. You nak pergi mana." Tanya Marsya apabila Adrian pergi dari situ.

"Hahahaha. Padan muka" ujar Haziq sambil ketawa.

"Sebab you la ni. Tengok Adrian dah pergi." Ujar Marsya.

"Apesal aku pulak. Kau tu yang tak sedar diri. Adrian tu bukan kau punya. Kau je yang terhegeh-hegeh macam takde maruah." Ujar Haziq pedas.

"Eee mulut you tu jaga sikit eh. I bagitau Adrian." Ujar Marsya dan berlalu dari situ.

"Eleh macam aku kesah. Dasar minah gila." Ujar Haziq benci.

***

Afryna POV.

Aku berbaring atas katil sambil otak ligat berfikir macam mana aku nak hadap Adrian lepas ni. Dah lah dia dah tahu identiti aku. Haih macam mana kalau orang lain tahu? Kenapa aku tak terfikir yang Adrian ada dengan aku semalam. Kalau lah dia sakit perut then dia pergi tandas. Takde lah dia jumpa mummy dengan daddy. Aduh kenapa? Huwaa nak nangis. Taknak pergi sekolah la hmm. Haa kan kaki aku sakit. Apa kata aku mc seminggu. Haa nice idea. Mana tahu Adrian dah lupa pasal ni. Tapi tak mungkin dia akan lupa. Hmm tabah je lah. Buat buat tak kenal adrian lepas ni. Haih aku takut nak pergi sekolah. Mummy, daddy.. tolong baby!!!!

"Baby...lapar tak? Nak makan?" Tanya mummy setelah masuk ke dalam bilik bersama sepinggan nasi. Bila mummy masuk? Tu lah mengelamun. Kalau orang pecah masuk rumah pun aku tak sedar huhu.

"Taknak la mummy. Takde selera." ujar aku. Aku takde rase nak makan pun.

"Mana boleh macam tu. Kena makan jugak" mummy berkata. Baik tak payah tanya tadi.

"Taknak!" Jawab aku sepatah.

"Eh degil la. Nak suruh mummy panggilkan Along? Biar dia suap nak?" Ugut mummy. aku taknak bila Along yang suruh aku makan. Kalau aku taknak mesti dia paksa. Pastu suruh angah dengan Achik buka mulut aku. Sorang lagi pegang tangan aku. Dia nak suruh aku makan ke nak suruh mati? Tabah je lah. Ouhh ya... Along dah balik Malaysia. Dia dah habis belajar. Nanti dia akan berkerja kat syarikat daddy.

"Taknak la. Along kejam" ujar aku.

"Kau cakap ape baby?" Tanya Along tetiba yang kebetulan lalu depan bilik aku. Haih dia ni kan buat terkejut je.

"Mana ade cakap ape" nafi aku.

"Kenapa tu? Taknak makan ke? Ke nak aku suapkan?" Soal Along sambil tersenyum sinis. Haish! dia ni kan.

"Taknak la." Jawab aku geram.

"Dah tu makan la." Ujar Along lagi. Kini dia dah duduk atas katil aku. Bala dah datang.

"Baby takde selera la. Macam mana nak makan." Rungut aku.

"Makan je lah. Nak tunggu kau ade selera sampai esok pun kau tak makan." Jawab Along lagi.

"Makan la. Sikit je" pujuk mummy.

"Baby tak lapar lah" kata aku.

"Tak lapar apenya. Dari pagi tadi kau tak makan. Ni dah nak petang kau tahu tak. Nasib angah dengan Achik takde. Kalau tak dah lama nasi ni masuk dalam perut kau." Ujar Along.

"Mummy tengok Along ni. Orang kata taknak tu taknak la" Aku mengadu.

"Macam aku kesah. Manja. Asyik² nak ngadu." Kata Along menyampah. Ape masalah mamat ni.

"Along. Jangan lah tegas sangat dengan adik kamu tu." Mummy menegur. Hahaha mummy back-up aku.

"Petang ni angah dengan Achik balik. Kau nak makan sekarang ke nak suruh aku dengan diorang yang suapkan." Soal Along sambil mengangkat angkat keningnya. Kata kata mummy tadi seperti angin yang lalu. Haih menyampah tahu tak ade abang macam ni.

"Mummy... Baby taknak makan!" Ujar aku sedikit keras.

"Nak tunjuk marah la tu. Eleh macam orang takut." Ujar Along. Weiii apa masalah dia ni!!!! Benci lah. Dengan pantas tangan aku menampar bahunya yang berada di sebelah aku.

"Sakit syial. Tak padan dengan sakit." kata Along sambil mengusap bahunya.

"Kaki aku je yang sakit. Tangan aku sihat walafiat lagi. Keluar la. Dah la mencarut." Ujar aku sambil menjeling nya.

"Suka hati aku la. Mulut aku" kata Along dengan annoying nya.

"Ape kamu ni Along. Tak baik cakap macam tu" mummy menegur. Aku tersenyum mengejek ke arahnya.

"Tengok lah bila angah dengan Achik balik nanti." Kata Along dan kemudian keluar dari bilik.

"Eleh Achik baik dengan aku. Dia takkan bersubahat dengan kau." Aku melaung kepadanya.

"Dah la tu. Ni betul taknak makan ni?" Sila mummy.

"Taknak. Nanti baby lapar, baby makan la." Kata aku.

"Kalau lapar panggil Along suruh dia ambik kat dapur" kata mummy.

"Okay, mummy" kata aku. Mummy keluar dari bilik.

Haih bosan la. Nak keluar bilik pun tak boleh. Kaki aku sakit lagi. Kaki aku makin bengkak. Ni Along la ni. Dia terpukul kaki aku semalam. Macam takde tempat lain nak pukul. Memang menangis la Aku. Sakit tau tak. Nasib aku adik yang baik. Kalau tak dah lama Along Arwah.

***

"Sape yang call" Soal Puan Sri Amira kepada suaminya, Tan Sri Anuar.

"Faris, dia tanya khabar pasal baby." Ujar suaminya. Dia mengerutkan dahi.

"Macam mana dia tahu?" Tanyanya penuh kehairanan.

"Kan anak dia yang tolong anak kita tu. Anak dia la yang bagitau. Si Adrian tu. Dia kata Adrian bagitau yang kita kirim salam lepastu Adrian cerita macam mana kita jumpa dia. Bila cakap Afryna cedera terus dia call nak tanya khabar. Katanya malam ni dia nak datang melawat baby" ujar suaminya.

"Ouhh. Kalau macam tu saya nak masak sedap-sedap la malam ni. Lagipun bukan selalu diorang datang rumah. Masing masing busy je." Katanya

"Haa betul tu" suaminya menyokong kata-katanya.

*****
TBC..

Please vote and comments.

Thanks 💖💕

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now