30

6.9K 352 25
                                    

Kami berkumpul di ruang tamu sementara menunggu yang lain bersiap untuk keluar makan malam. Di ruang tamu hanya ada aku dan Haziq. Tadi syara ada tapi dia pergi dapur minun air. Haus Katanya.

Aku bermain telefon aku sementara menunggu. Haih diorang pun, bersiap bukan main lama. Nak keluar makan je pun. Simple sudah la. Aku just pakai skinny jeans dengan hoodie. Aku takde mood nak bersiap.

"Wehh kau kenal Aidell dgn Ardell?" Tanya Haziq sambil melihat skrin telefonnya. Kemudian matanya beralih kepadaku. Aku mengerutkan dahi, cuba mentafsir apa yang dikatanya.

"Ouhh. Yang kembar laki pompuan tu eh? Kenal-kenal. Diorang en yang tengah hot sekarang. Semua cop diorang sibling goal. Diorang sweet gile nak mati." Kata Afryna teruja.

"Haah weh... Tengok gambar ni. Datang la sini" kata Haziq sambil memanggil Afryna. Afryna bergerak ke sofa yang diduduki Haziq dan duduk sebelahnya.

"Weh comel do!" Kata Afryna. Skrin phone dipandang.

Gambar mereka di taman bunga menarik. Ardell tarik hoodie Aidell sambil Ardell ketawa. Aidell pula buat muka Pasrah.

"Eh jap. Bali?" Tanya Afryna setelah mengenalpasti tempat di dalam gambar tersebut.

"Haah. Nanti kita akan ke sana." Kata Haziq.

"Eh sape buat perancangan?" Tanya Afryna. Setahunya, mereka tidak plan untuk ke taman bunga. Tapi cam menarik je plan ni.

"Aku la" kata Haziq.

"Tapi bagus jugak. Aku nak ambik gmbr kat sana. Tempat dia lawa wehh" Afryna menunjukkan gambar di dalam telefonnya setelah Google tempat tersebut. Haziq mendekati Afryna untuk melihat dengan lebih jelas.

"Nanti tolong ambik gmbr aku dengan Farhana. Haa nak acah-acah sibling goal jap. Walaupun setiap hari bergaduh. Hahahaha" kata Haziq sambil gelak. Afryna turut ketawa. Mereka berbual lagi tentang kembar tersebut sambil stalk ig mereka.

"Yang kat sana taknak keluar makan ke?" Tanya Adrian menyedarkan Afryna dan Haziq yang berada dalam dunia sendiri.
Semua sudah berada di ruang tamu.

"Eh semua dah siap ke?" Tanya Haziq.

"Eh tak. Kitorang baru nak bersiap." Perli Adrian.

"Dah kenapa tetiba nak emo. Tanya je kot" gumam Haziq. Adrian hanya diam. Malas nak layan. Dia mengambil kunci kereta dan berjalan keluar.

****
Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam. Tetiba suasana menjadi dingin. Mungkin semua dalam mood lapar.

"Kereta ni takde radio ke apa? Semua senyap je? Biasanya mesti radio buruk akan berbunyi." Ujar Farhana memecahkan kesunyian.

"Takde modal nak borak" kata Fatin.

"Sejak bila korang jadi pendiam?" Tanya Farhana sambil ketawa.

"Kau patut Tanya Syara je " kata Afryna pula. Ruang kereta dipenuhi gelak tawa mereka. Dua orang manusia di hadapan seperti tidak wujud.

"Amboi, korang gelak macam lupa kitorang kat depan. Tadi bukan main senyap je. Dua orang ni asal tak gaduh? Kalau tak bising dua ni je." Ujar Haziq.

"Patut la senyap. Hahahaha" kata Farhana bersama tawanya.

"Yang kau senyap ni pehal?" Tanya Haziq kepada Adrian.

"Takde mood. Aku lapar. Jangan sampai aku makan korang" kata Adrian. Adrian menjelingkan matanya.

"Apehal nak makan kitorang. Makan je la Afryna sorang." Ujar mereka serentak. Afryna membulatkan matanya. Ayat diorang memang penuh maksud tersirat.

"Kuang aja" kata Afryna sambil menjeling.

"Chill la. Aku gurau je" kata Haziq. Kepada Adrian.

"Banyak cakap la kau. Sekarang ni kita nak makan kat mana? Bukannya nak cari location." Tanya Adrian.

"Abang Ad jangan la marah. Saya ni adik awak." Haziq meniru suara Ashley dalam sebuah video seorang Youtuber terkenal, Syahmi Sazli.

"Kaki nak kaki?" Adrian bertanya sambil membuat muka menyampah.

"Abang, abang jangan marah. Abang kena sabar dan bertenang. Tarik nafas.... BYE!" Haziq membuat suara seperti Ashley lagi. Di hujung ayatnya.. dia meninggikan suara. Semua terkejut sebelum ketawa sakan dengan lawak yang dicipta oleh Haziq.

"Wehh rugi tak record tadi" ujar Farhana. .

"Don't worry. Aku dah record. Hahahaha kata Afryna. Dia menunjukkan video yang diambil secara senyap tadi.

"Jap aku nak post story ig. Name ig kau apa?" Tanya Afryna kepada Haziq.

"Buat malu je weii. Aku taknak bagitau" kata Haziq.

"Hziq_xxmdan" bagitau Farhana.

"Nice. Okay done. Hahahaha" Afryna ketawa jahat.

"Bak sini phone kau." Haziq cuba capai telefon Afryna. Cepat Afryna menyorokkannya. Tangan Haziq diajukan ke arah belakang mencari Afryna. Rambut Afryna dicapai dan ditarik perlahan.

"No!" Farhana menahan tangan abangnya.

"Jangan sentuh rambut dia. Dah berapa kali nak bagitau jangan gurau kasar sangat!" Bebel Farhana kepada abangnya.

Adrian hanya menjadi pemerhati. Kejadian ini mengingatkan dia peristiwa di atas bas semasa mereka dalam perjalanan ke tapak perkhemahan.

*****

Mereka sampai di restoran setelah mencari tempat yang paling best untuk mereka makan.

Sementara menunggu makanan sampai, Haziq membuka akaun instagramnya. Dia menekan story Afryna yang mentionnya. Dia add story tersebut di storynya dengan caption:
'budak sewel mana ni tak malu record orang bercakap. Ashley tak suka la.'

Kemudian, dia mention Adrian di storynya 

Haziq membuka profile Afryna. Butang follow ditekan.

Ting!

Terdapat notification di telefon Afryna.

'hziq_xxmdan started following you'

Afryna tekan followback. Follower Haziq juga ramai. 142K.

Tapi aku lagi ramai. 146K. Hahaha beza 4K je. Afryna gelak bangga dalam hati

Afryna melihat story ig haziq. Story yang dia buat tadi. Tergelak dia baca caption. Akaun yang di mention ditekan.

adrian_tff

Eh! Ouh ig yang aku stalk haritu. Hahahah.

Follower dia dah 224K. Banyaknya. Ni jeles ni. Huhuhu.

Makanan sudah sampai. Afryna menutup telefonnya dan bersedia untuk makan.

Food is bae!

"Korang. Aku dengan Haziq ada plan. Apa kata kita pergi taman bunga sekali. Lawa wehh tempat dia." Afryna bertanya kepada mereka yang sedang makan.

"Wahh bestnya. Asal tak terfikir nak pergi haritu." Ujar Syara teruja.

"Haah weii. Ok bila nak pergi?" Tanya Fatin.

"Esok. Aku dah tak sabar" kata Farhana pula.

"Ok esok kita pergi" Afryna berkata kepada mereka. Masing-masing teruja.

Haziq dan Adrian hanya memerhati mereka. Layan je lah kaum perempuan ni

Dah tahu dah kerja diorang esok..

Jadi..

PHOTOGRAPHER

TAK BERBAYAR!!!!!

#redhajelah

******

TBC..




Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now