43

5.9K 299 5
                                    

Sudah malam menjelma tetapi Adrian masih belum pulang. Sekarang sudah pukul 8 malam. Mungkin banyak kerja yang perlu disiapkannya. Fikir Afryna. Mahu saja dia menelefon Adrian tetapi risau jika menganggu lelaki itu.

Dia membuka televisyen seperti biasa. Telefon dicapainya. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Chatnya yang dihantar kepada Adrian tadi tidak dibalas mahupun dibaca. Mungkin Adrian sangat sibuk.

11.05.p.m.

Adrian pulang ke rumah setelah selesai segalanya. Dia tidak suka menangguhkan kerjanya. Jadi dia menyiapkan semuanya pada hari itu. Lagipun dia tidak mahu pulang ke rumah awal. Dia masih tak bersedia untuk bersemuka dengan Afryna. Kejadian semalam bermain di fikirannya.

Flashback.

Adrian tersedar daripada tidurnya. Dia memandang ke arah Afryna. Kelihatan gadis itu belum tidur kerana bermain telefonnya. Adrian menjenguk sedikit kepala. Skrin telefon Afryna dipandang.

'Dushh!'

Hatinya bagaikan disiat. Sakit menusuk ke hati. Siapa tu? Adrian terus menegur Afryna kerana dia tidak mahu untuk berfikiran negatif. Dia taknak overthinking.

"Awak.." panggil Adrian. Afryna terus menyimpan telefonnya di bawah bantal.

"Eh awak tak tidur lagi ke?" Soal Afryna. Dari suaranya itu, Adrian tahu yang dia sedang menangis tetapi dia tidak mahu bertanya. Dia taknak kusutkan fikiran dia. Jadi dia memilih untuk diam.

Pintu rumah dibuka olehnya. Pelik Adrian apabila terdengar bunyi televisyen. Takkan Afryna Masih berjaga pada jam sebegini. Biasanya isterinya itu tidur awal.

Dia melangkah masuk. Kelihatan Afryna berada di sofa sambil kepalanya terlentok di sofa. Adrian mendekati Afryna. Telefon Afryna yang berada di atasnya itu diambil sebelum dia terperasankan skrin telefon itu yang masih menyala. Haih isteri. Bukannya nak tutup. Lepastu membebel bateri phone cepat habis. Adrian mengeleng sebelum melihat skrin phone. Setelah melihatnya dia terus terdiam.

Perasaan bersalah menyapa diri. Haih dia tunggu aku reply chat dia ke? Hmm soal Adrian dalam hati. Dia tidak sempat untuk membuka telefonnya tadi.

Tanpa membuang masa, dia terus mengangkat Afryna dan diletakkan di dalam bilik mereka. Setelah meletakkan Afryna di atas katil, Adrian mencium dahi Afryna. Kemudian dia membersihkan dirinya.

Keesokkannya paginya. Adrian bangun awal seperti semalam. Begitu juga hari berikutnya. Semalam, semasa dia hendak ke tempat kerja, Afryna tersedar. Jadi dia memberikan alasan yang dia harus awal ke pejabat. Hari ini pula, dia ke tempat kerja tanpa mengejutkan Afryna. Entah la. Dia masih belum bersedia untuk bersemuka dengan Afryna. Terlalu banyak andaian yang datang dalam fikirannya. Dia tak mahu keadaan menjadi teruk dan memecahkan hubungan diorang.

*****

Adrian hanya lunch di dalam pejabatnya. Dia meminta PA dia untuk membelikan makanan untuknya. Dia tiada mood untuk keluar makan diluar.

Setelah selesai makan. Adrian melihat telefonnya. Terdapat miss call daripada Afryna tetapi dia abaikan. Dia membuka mesej. Dia menghantar mesej kepada seseorang. Kemudian orang tersebut menghantar gambar kepadanya. Dia membuka gambar tersebut.

Afryna?!!

Terkejut Adrian melihatnya. Dia risau jika ada yang memerhatikan Afryna. Keselamatan Afryna mungkin dalam bahaya. Tetapi apabila melihat gambar lelaki di dalam gambar tersebut, dia terus memikirkan sesuatu yang buruk. Adrian tidak membaca mesej yang dihantar. Fikirannya sungguh serabut.

Adrian meraup mukanya yang merah padam menahan amarah. Telefon dicampak di atas meja. Mungkin lelaki di dalam gambar ini adalah lelaki yang sama yang Afryna lihat malam semalam. Jadi Afryna tidak cintakan dia selama ni?!

Adrian mengusutkan rambutnya. Barang di atas mejanya habis berselerak. Sungguh fikirannya bercelaru sekarang ini. Dia cuba untuk mengawal marahnya. Adrian tidak senang duduk. Dia perlu juga berjumpa dengan Afryna dan menanyakan hal ini. Jika benar Afryna tidak cintakan dia, dia akan melepaskan wanita itu. Dia tak sanggup untuk hadap semua ni. Anggap sahaja lah yang mereka tiada jodoh. Mungkin ini boleh membahagiakan Afryna.

*****

Afryna yang sedang menghidangkan tomyam itu terhenti apabila terdengar suara Adrian. Dia terus ke hadapan untuk menyambut kepulangan suaminya.

"Awalnya awak balik." Afryna menyalam tangan Adrian. Adrian hanya membiarkan kata-kata Adrian. Matanya sudah berair mengenang nasib rumah tangga mereka.

Afryna yang perasan Adrian tidak menjawab soalannya terus memandang ke atas melihat ke arah suaminya. Mata Adrian berair. Afryna terkejut. Dah kenapa ni menangis. Ada yang tak kena ke?

"Kenapa awak nangis?" Soal Afryna risau.

"Stop care about me when you actually don't. I don't wanna see drama in front of me. " Ujar Adrian. Setitik airmatanya jatuh mengalir ke pipi. Sungguh perit yang dia rasakan. Mencintai wanita yang tidak mencintainya kembali malah wanita itu mencintai orang lain. Sungguh sakit. Lebih dua hari dia pendam sakit ini. Sekarang air mata lelakinya gugur kerana sudah tidak tertahan untuk menanggung sakit tersebut. Jikalau wanita dihadapan dia kini tidak mencintainya. Akan dia lepaskannya untuk kebahagiaan wanita ini.

"Apa yang awak cakap ni?" Tanya Afryna. Sungguh dia bingung. Kenapa dengan Adrian?

Adrian memejam matanya. Cuba untuk mengumpul kekuatan.

"Kalau lah aku bukan orang yang kau sayang. Cakap dengan aku. Bukannya curang pergi jumpa jantan yang kau suka belakang aku. Kalau kau tak sayangkan aku. Bagitau. Aku boleh lepaskan kau. Dan kau boleh bahagia dengan dia!" Adrian cuba mengawal suaranya tetapi air matanya tidak dapat dikawal. Hati dia sangat sakit sampai tak tertangung sakitnya. Ya allah dugaan apa yang kau bagi? Aku tak sanggup nak hadapi semua ni.

"Saya tak faham. Kenapa tetiba awak cakap macam ni?" Soal Afryna. Dahinya berkerut seribu.

"Please. Stop pretending. I need your honesty. So please. Jujur. Siapa lelaki dalam gambar ni?" Soal Adrian sambil menunjukkan gambar tersebut. Afryna terdiam.

"Kenapa? terkejut? Boyfriend kau kan. Kau jumpa dia masa aku pergi kerja. Aku pergi kerja dan kau pergi jumpa jantan lain. Woww! Hebatnya" ujar Adrian.

"Bukan lah. Awak dah salah faham. Tu bukan boyfriend saya lah. Cuba awak tengok betul². Tu Haiqal lah" Ujar Afryna. Itu gambarnya ketika dia berjumpa dengan Haiqal semasa Haiqal menceritakan kepada yang Syara hilang pergi membawa diri. Siapa yang ambil gambar mereka berdua?

"Haiqal? So you wanna say that you curang with Haiqal? Then siapa gambar lelaki dalam galeri kau tu? Woww berapa banyak jantan kau simpan?" Soal Adrian.

"Siapa yang awak cakap ni? Saya tak faham lah!" Suara Afryna sedikit meninggi. Sungguh dia tak faham.

"Bak sini phone kau."

Afryna mencapai telefonnya yang berada di atas sofa lalu diberikan kepada Adrian.

Adrian membuka galeri dan menunjuk gambar seseorang yang amat Afryna rindui. Sangat-sangat rindu. Akhirnya air mata Afryna jatuh berderai. Sungguh dia lemah jika lelaki di dalam gambar itu dibicarakan. Allahu dia tak kuat. Dia ingin memadam gambar-gambarnya pada malam itu, tetapi setelah Adrian berjaga, aktivitinya untuk memadam gambar tersebut terhenti. Dia pula lupa untuk memadamnya di kemudian hari. Dan hari ini Adrian membangkitkan hal tentang lelaki itu.

"Who is he?" Soal Adrian.

"The one who i miss the most." Ujar Afryna lemah. Dirinya rasa seperti hendak pitam. Dia berpaut pada sofa

"Jadi betul la..." Ayat Adrian dipotong.

"But not someone that I love. I love you Adrian. Not someone else." Ujar Afryna. Airmatanya laju mengalir. Allah kenapa sakit dan perit perasaan ini.

"Then kenapa simpan gambar dia?!" Soal Adrian. Baru sahaja Afryna hendak membuka mulut, dirinya rebah. Rindu lama datang menyapa membuatkan dia lemah untuk menanggung. Sungguh perit.

"Afryna!" Adrian terus mendapatkan Afryna. Allah. Dugaan apa lagi yang perlu aku hadap.

******

TBC..

Badboy VS Nerd Jadian Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin