27

6.8K 381 21
                                    

Selesai bersiap, Afryna keluar dari bilik untuk ke rumah Adrian. Jam menunjukkan 4:57 petang. Haih kalau ni tidur kan best. (Tidur je kerja)

Dia keluar dari rumah. Naik sahaja kereta, dia menyapa pakmat. Dia meminta pakmat untuk ke rumah Adrian.

Sampai sahaja di depan rumah Adrian, afryna terus menelefon Adrian. Beberapa saat kemudian, panggilan diangkat.

"Nak apa?" Kata Adrian tanpa melihat nama pemanggil. Dia masih lagi mamai. Dia menyerabaikan rambut yang sudah sedia kusut. Tak suka apabila ada yang menganggu tidurnya.

"Aku kat depan rumah kau ni." Kata Afryna. Adrian mengerutkan dahi. Dia melihat nama pemanggil.

Aduh! Dia terlajak tidur.

"Masuk la" kata Adrian.

"Takpe la. Aku datang nak ambil phone aku je. Lagipun aku segan" kata Afryna.

"Masuk je la dulu. Nak segan buat apa? Mama dengan papa aku takde kat rumah.

"Lagi la aku taknak masuk." Kata Afryna. Gila ke Adrian ni. Takkan nak duduk berdua dalam rumah. Kang dapat tahu khawin free. Sia sia je hidup.

"Mak jah ada la." Kata Adrian. Mak jah merupakan pembantu rumahnya.

"Tak nak. Lagipun Pak mat tengah tunggu ni." Kata Afryna.

"Suruh la Pak Mat balik dulu."

"Habistu aku nak balik dengan apa? Jalan kaki?"

"Aku hantarkan"

"Takpe la. Nanti menyusahkan kau je" kata Afryna.

"Cepat la keluar. Aku kat pintu rumah ni." Kata Adrian. Afryna memandang ke arah pintu rumah Adrian.

Kelihatan Adrian yang hanya memakai singlet. Rambutnya serabai seperti baru bangun tidur. Damn! Can you imagine lelaki baru bangun dengan rambut serabainya. Cair!

Perlahan dia keluar dari kereta. Dia memesan kepada Pak Mat untuk pulang dahulu. Kerana dia tahu, kalau dia berkeras pun Adrian tetap mahu menang

"Masuk la dulu. Aku bersiap kejap." Kata Adrian.

"Nak pergi mana?"

"Hantar kau la" jawab Adrian bersahaja.

"Buat apa nak bersiap bagai. Pakai je baju then siap. Duduk dalam kereta je." Kata Adrian.

"Kau ingat aku nak pergi rumah kau je?" Soal Adrian.

"Habistu nak pergi mana?" Tanya Afryna.

"Banyak tanya la kau. Duduk je la diam-diam. Mak jah! Tolong buatkan air." Kata Adrian sebelum melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas.

"Eh tak payah susah sus--" kata Afryna perlahan di hujung apabila melihat Adrian sudah hilang dari pandangan. Dia mencebik. Aku tak habis cakap lagi. Menyusahkan mak jah je nak buatkan air untuk dia.

Beberapa minit kemudian, Mak Jah datang membawa segelas air Ribena.

"Terima kasih" kata Afryna.

"Sama-sama. Mak jah masuk dapur dulu. Ada kerja sikit" kata Mak Jah.

"Nak afryna tolong tak?"

"Eh takpe lah. Kamu duduk je. Kamu tetamu. Lagipun dah kerja Mak Jah." Katanya. Afryna hanya mengangguk dan tersenyum.

Selepas beberapa minit mak jah berlalu pergi, Adrian turun ke bawah bersama t shirt kelabu lengan pendek dipadankan dengan jeans hitam.

Adrian duduk di sebelah Afryna.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now