32

6.5K 350 4
                                    

"Apa ni daddy? Mummy? Along pun sama je!" Afryna terkejut dengan ujaran daddy dan mummy tentang perkahwinannya.

"Baby, dengar dulu cakap daddy."

"Nak dengar apa lagi?!" Suara Afryna meninggi.

"Baby! Jangan nak kurang ajar. Diorang tu parent kita!" Arfan bersuara tegas.

"Tapi baby taknak. Kenapa nak masuk campur hal masa depan baby?" Afryna melawan.

"Tolong la faham." Ujar Arfan.

"Korang yang tak faham baby. Baby baru je habis SPM. Daddy dengan mummy terus nak baby kahwin? Baby taknak kahwin awal!" Afryna terus melangkah naik ke atas untuk ke biliknya.

"Baby!" Panggil dari daddy nya dihiraukan. Pintu bilik dikuncinya. Tidak mahu sesiapa pun menganggu.

Sungguh fikiran dia serabut. Baru saja balik dari percutian dengan kawannya. Keluarganya bercakap tentang perkahwinan.

Ditambah pula dengan kata-kata Adrian semasa di taman bunga haritu.

'aku sayangkan kau'

Kata-kata Adrian bermain di fikiran.

Semakin bertambah serabut di fikirannya. Dia tidak bersedia untuk menjadi isteri. Perjalanan dia masih panjang. Umurnya belum mencecah 18 tahun.

Ape semua ni?!!

Dia membaringkan badan di atas katil. Mata cuba dilelapkan. Akhirnya dia tertidur.

****

Afryna tersedar apabila terdengar suara mummy nya.

"Baby. Buka pintu ni."

Afryna mengurut kepalanya yang sakit. Telefon dicapai. Jam menunjukkan jam 8 pagi.

Berapa lama dia tidur? Daripada petang semalam. Dia ada tersedar pada jam 12 malam tetapi dia tidur balik kerana penat sangat. Panggilan daripada mummy hanya dibiarkan sepi.

"Buka pintu ni sayang. Daripada semalam kamu tak keluar bilik. Makan pun tak. Mummy risau la." Mummy masih cuba mengetuk pintu biliknya.

"Baby taknak" akhirnya Afryna bersuara.

"Dari semalam baby tak makan. Nanti baby sakit. Buka la pintu ni." Mummy masih lagi memujuk.

"Baby buka pintu ni" suara daddy kedengaran.

Apabila teringatkan apa yang terjadi semalam, dia terdiam. Dia tak mahu kahwin di waktu sebegini.

"Daddy jahat." Afryna sudah menutup mukanya dengan bantal.

"Susah sangat ke nak tunaikan permintaan Daddy?" ujar daddy.

"Baby taknak kahwin awal!" kata Afryna.

"Apa salahnya kalau baby kahwin awal? Sekurangnya ada orang yang jaga baby. Mummy dengan daddy selalu sibuk. Abang² kamu pun bukannya selalu ada kat rumah." Kata Daddy.

"Taknak!" Afryna menjerit.

"Ini untuk kebaikan baby jugak" daddy berkata. Kebaikan? Kebaikan aku? Hahahaha lawak.

"Kebaikan baby ke untuk kebaikan daddy?" Afryna menyoal sinis.

"Apa yang baby cakap ni?"

"Betul apa. Daddy selalu buat keputusan untuk baby tanpa berbincang dulu. Baby tak suka!" Afryna berkata lancang.

"Baby. Tak baik cakap macam tu. Daddy dengan mummy hanya nak yang terbaik untuk baby" Mummy berkata begitu.

"Jadi selama ini baby ingat daddy hanya pentingkan diri sendiri? Kalau itu yang kamu fikir. Takpe. Baby buat la keputusan baby sendiri." Ujar daddy. Terdapat nada kekecewaan dalam suaranya. Afryna tersentak. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka. Hanya wajah Mummy nya yang menyapa mata.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now