23

7.2K 401 76
                                    

Afryna perlahan-lahan membuka mata. Keadaan sekeliling diperhati. Fikiran melayang tentang adegan yang dirinya hampir diculik. Macam mana dia boleh berada dalam biliknya sendiri. Atau dia bermimpi. Mustahil! Dia yakin memang Ada orang tekup mulut dia dengan kain dan dia terus pengsan.

Pintu biliknya dibuka dari luar. Afran dan Afrin masuk ke dalam. Muka mereka kelihatan sayu. Apa yang terjadi. Tadi dia keluar dengan Haiqal then dia kena culik. Adakah Haiqal yang selamatkan dia? Aku patut berterima kasih dekat Haiqal. Tapi kenapa dengan abang aku? Mereka nampak sedih. Jangan-jangan ada benda buruk dah jadi kat Haiqal. Afryna membuat muka terkejut.

"Apa dah jadi? Mana Haiqal?" Afryna terus menyoal. Afran dan afrin mengerutkan dahi?

"Asal kau cari dia?" Soal Afran. Afrin memberi pandangan kepada afran supaya jangan berkasar dengan Afryna. Afryna mungkin akan terkejut.

"Kenapa baby boleh ada kat bilik ni? Tadikan baby keluar dengan Haiqal. Pastu baby pengsan. Mana Haiqal?" Soal Afryna lagi.

"Tak payah fikirkan dia. Yang penting kau selamat. From now on, jangan dekat dengan Haiqal. Jangan berkawan dengan dia lagi." Ujar Afran. Dia terus keluar dari bilik. Dahi Afryna berkerut. Dah kenapa dengan angah ni. Apa dah jadi?

"Kenapa dengan angah? Apa dah jadi?" Soal Afryna kepada Afrin.

"Baby rehat dulu. Nanti achik cerita. Now you should rest" kata Afrin.

"No! Achik, tell me everything. Kenapa ni?" Soal Afryna yang betul-betul ingin tahu.

"Baby kena culik tadi" kata Afrin

"Pastu? Macam mana baby boleh selamat?" Soal Afryna.

"You should know who kidnapped you and he is Haiqal." Kata Afrin. Dia menunduk. Rasa bersalah menebal dalam diri.

"What?! Are you kidding me? I can't believe it."

"You should. Kalau tak, takdenya angah tak bagi baby berkawan dengan Haiqal.

"Tapi bukan ke dia percayakan Haiqal? And i do the same thing" ujar Afryna.

"But we wrong. Haiqal ade niat tak baik. And you almost raped by him." Ujar Afrin.

Afryna terdiam. Allahuakhbar! Apa dugaan yang allah bagi dekat dia. Perlahan-lahan air mata mengalir keluar dari tubir mata membasahi pipi. Tak sangka semua ni akan terjadi.

****

Sepanjang sesi pembelajaran. Afryna cuba untuk fokus tetapi fikirannya melayang entah ke mana. Dia tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru matapelajaran. Tambahan pula sekarang merupakan matapelajaran Kimia. Matapelajaran yang paling tidak disukainya. Satu pun tak masuk dalam otak. Seharian di sekolah, afryna mengelakkan diri dari berjumpa dengan Haiqal.

Semasa waktu rehat, dia terserempak dengan Adrian semasa mahu kembali ke kelas. Dia mahu berjumpa dengan Adrian tetapi apabila melihat lelaki itu tidak menjawab sapaan yang diberi, Afryna membatalkan niatnya.

Dia mahu berterima kasih dan meminta maaf kepada Adrian bagi pihak abangnya. Abang Afryna sudah menceritakan semua yang terjadi kepadanya.

"Kenapa dengan dia? Bukan ke dia suka kacau kau. Kalau jumpa kau je mesti dia buli kau." Ujar Syara.

"Entah la. Eh jom la masuk kelas" kata Afryna dan mereka kembali ke kelas.
Afryna sudah menceritakan semuanya kepada kawan-kawannya tentang apa yang terjadi kepada dirinya. Mereka terkejut bila dapat tahu berita itu dan lebih mengejutkan apabila Adrian yang selamatkan Afryna. Tak sangka pembuli itu selamatkan mangsanya.

*****

Afryna mengemaskan barang-barangnya yang bersepah di atas meja dan memasukkannya ke dalam beg.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now