15

9K 447 28
                                    

"Jom teman aku" Adrian mengajak aku sebaik sahaja aku melangkah dari kafe sekolah. Waktu rehat dah nak habis.

"Mana kawan kau" soalku. Tetiba je ajak aku. Nak pergi mana?

"Diorang jadi baik lagi" ujar Adrian. Ayat tu. Aduyai..

"Ok. Aku rasa aku malas nak belajar Harini." Ujar aku. Ye Adrian ajak aku ponteng lagi. Aku tak tahu kenapa aku boleh setuju tapi aku rasa seronok.

"Nice. Jom bilik stor" kami bergerak ke bilik stor yang merupakan tempat lepak apabila ponteng kelas.

"Lawan ML nak tak?" Soal aku apabila kami sudah berada di dalam bilik stor tersebut.

"Bosan lah. Main pubg lah."

"Aku tak pandai main"

"Aku boleh ajar kau" ujar Adrian sambil mengangkat keningnya.

"Ok, fine. Taknak main" ujar aku.

"Alah.. ok lah. Main ML." Ujar Adrian.

"Kau main je lah pubg tu." Ujar aku. Kenapa nak ajak aku main?

"Tak best la main bila sorang je." Ujar Adrian.

"Kan team ada"

"Memang la tapi tak best kalau tak main dengan member." Ujar Adrian lagi. Whatever la Aku taknak main.

"Wehh aku mengantuk la." Ujar aku sambil menguap. Semalam aku tidur lewat.

"Tidur je lah" ujar Adrian.

"Aku takut terlajak tidur. Nanti orang lain dah balik. Aku still tidur sini." Ujar aku.

"Takpe aku kejutkan"

"Betul?" Aku menyoal lagi.

"Ye! Dah la aku nak main game."

Aku mula melelapkan mata.

"First blood"

"You have slain an enemy"

"Double kill"

"Triple kill"

"Maniac"

"Savage"

"An enemy have been slained"

"Enemy double kill"

"You have been slained"

Kedengaran suara dari mobile legend yang dimain oleh Adrian. Aduh tak boleh silent ke? Nasib tak dengar sampai luar bilik stor ni kalau tak free je kantoi dengan cikgu. Aduyai!

Terdengar pula suara Adrian yang kedengaran seperti putus cinta.
#budakMLbelike..

"Eh asal tak tidur?" Soal Adrian apabila melihat aku duduk dari baring.

"Kau lah"

"Asal aku pulak? Ke nak tidur sekali dengan aku? Aku ok je" ujar Adrian sambil tersengih.

"Bodoh ke apa? Kau tu yang silent phone. Tahu lah pandai main. Aku yang nak tid--" kata aku terhenti apabila suara perempuan dalam mobile legenda kedengaran.

"Your team destroyed the turret"

Aku menjeling Adrian. Aku tengah cakap dia boleh pulak sambung main. Kurang asam.

"Our turret is under attack"

"Tak reti nak silent phone ke? Ke phone kau hilang button silent?"

"Sembang jap lagi. Aku nak berjuang untuk negara." Ujar Adrian dengan matanya fokus terhadap game 'mobile legends' yang menjadi kegilaan para gamers. Ni tak masuk pubg lagi. Plus freefire. Memang boleh jadi pejuang keamanan negara dah ni. Haduii.

Badboy VS Nerd Jadian Where stories live. Discover now