022 ; belajar

169 23 0
                                    

“ Okay , kau cuma berlakon tau ”, Hyunjin melihat Sorin yang bermundur - mandir dihadapannya , anak matanya ikut saja pergerakan si Sorin yang sedang memikirkan sesuatu untuk diberitahu kepada Hyunjin sebelum dia menjadi teman lelaki palsunya.

Duduk diam sahaja dia dia atas sofa , memandang Sorin yang dari tadi kusut dengan pemikirannya.

“ Ah ye ! ”, tersentak Hyunjin , sebaik saja Sorin berhenti daripada terus berjalan ke sana sini mencari idea. Idea tu ada dalam otak je tapi kenapa dia perlu berjalan sana sini ? Bokeh dicari ke ?

“ Apa ? ”,

“ Sebelum kau jadi boyfriend aku—em fake boyfriend aku , kau kena tau perkara - perkara yang eomma aku suka dan tak suka ”, Sorin tersenyum lebar lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa , menghadap si Hyunjin. Hyunjin hanya mengangkat kening dengan muka polosnya memandang Sorin.

“ Pertama , eomma aku tak suka orang cakap bahasa lain selain daripada bahasa dia—kau tau kan tapi kalau kau terlepas tu pandai pandai lah cover sebab selama ni kalau aku terlepas cakap pun dia tak ada lah nak bunuh aku cuma rasa menyampah je lah. Tak lama menyampah dia , dalam ..... sebulan tak pun sampai bila bila , jadi better kau jangan cakap terus depan dia ”, terang Sorin bersungguh dan Hyunjin hanya mengangguk kecil.

“ Kedua , kalau eomma aku ada suruh kau benda benda , kau jangan tanya apa apa. Terus je buat. Kalau kau tanya memang kau tak faham bahasa ke apa—jadi kalau kau konfius dengan apa yang eomma aku cakap , kau cari translator ke—”,

“ Siapa ? ”, Hyunjin berkerut.

“ Kau ada phone kan ? Google lagi pandai daripada kau ”, Sorin mengerling Hyunjin.

“ Lepastu , eomma aku ni kalau orang baru , nak nak macam kau ni , dia tak suka layan tau jadi jangan cakap banyak macam kau duduk dengan Changbin , asyik berborak je kerja. Jadi , kau jangan start apa apa perbualan selagi eomma aku tak start. Senyum sudahlah ”, pesan lagi Sorin.

“ Dan , eomma aku suka em—of course dia suka menantu kaya , aku tak tahu kenapa mungkin sebab nak aku hidup mewah dan senang kot tapi kau aku rasa okay je. Tak kaya duit tapi kaya dengan hensem kau okaylah kot ”, hidung Hyunjin kembang kecut je.

“ Eomma aku suka benda teratur jadi kau jangan usik apa apa. Kalau eomma aku ada buat apa apa , kau try la ambil hati sikit buat buat nak tolong ke , macam Hansol selalu buat—“,

“ Si Hansol tu buat apa je ”, tanya Hyunjin sambil memeluk tubuh.

“ Buat buat gedik nak tolong ”, balas Sorin.

“ Dan , kau jangan mention nama Hansol , Vernon atau apa apa depan eomma aku. Kam nanti dia tanya kau dari mana kau kenal sudah tak cukup air liur kau nak telan nanti. So hati - hati bila bercakap ”, Hyunjin mencebik. Semuanya pasal cakap je , takkan dia tak boleh bercakap.

“ Eomma aku tak ada jahat mana macam dalam drama drama yang kau selalu tengok , tak suka menantu. Eomma aku suka je semua orang cuma dia tak suka orang korea—padahal appa aku asal korea—kan aku kata bodoh—ah dia mak aku. Takpe kau buat lek buat cool je. Eomma aku mudah sentuh hati orangnya ”,

“ Kena touch Sorin's mom heart lah ni—jap nanti aku jadi Dong Wook—”, Hyunjin lagak mahu bangun dan dia terus duduk semula.

“ Jangan gedik macam ni depan eomma aku. Aku rela kena kawin daripada gedik kau ni berjangkit dekat eomma aku ”, Sorin terus bangun dari sofa yang diduduknya itu.

“ Jom ”, ajaknya.

“ Mana ? Kahwin ke—”, Sorin lantas membaling kusyen sofa ke arah Hyunjin. Tergedik Hyunjin menahan diri daripada terkena muka peloles dia.

“ Library ”, Hyunjin menyengetkan kepalanya. Pagi - pagi nak ke library buat apa ? Nak cari cinta kita berdua ke apa ?

+++

“ Nah ”,

Sorin meletakkan beberapa buku yang tebalnya em hampir 2 inchi lebih , disebelah Hyunjin. Terkejut Hyunjin sedang membaca novel bertajuk , 'kkami bercinta tepuk amai amain sebelah tangan'. Sedih yang amat , baru chapter satu dibaca. Dah kena reject. Okay.

“ Apa ni ? ”, Hyunjin menolak - nolak buku di atas meja itu dengan jari telunjuknya sambil mencebik.

“ Belajar lah ”, Sorin terus menghenyakkan punggungnya disebelah Hyunjin.

“ Aku tahu kau dah boleh cakap english sikit sikit tapi , aku nak jugak kau belajar lagi. Biar expert lagi ”, Sorin segera menyerahkan satu buku kepada Hyunjin.

Hyunjin teragak - agak mahu menerima dan buku itu telah pun bertukar tangan.

“ Wow ”, dia membelek buku itu.

Semuanya berperenggan , mana ada minat nak baca buku yang panjang begini. Mahu mahu dalam bahasa english pulak tu. Kalau bahasa isyarat cinta kita , mungkin Hyunjin tertarik nak baca. Eh—Hyunjin dah ada kkami. Dia tak perlukan cinta kita. Sedar diri.

“ Kau nak suruh aku buat apa ? ”, Hyunjin menggaru kecil kepalanya.

“ Bacalah. Kalau tak faham boleh tanya aku ”,

“ How to speak well—aku pandai jelah cakap ”, Hyunjin mencebik.

“ Kau kalau pandai pandai pun tak kemana. Ada je bodoh kau yang melekat ”, Sorin menjarakkan dirinya. Ganggu saja orang sedang membaca si Hyunjin ni. Hyunjin terkedu sebentar bersama hati yang lara.

“ How to make a girl falling in love with you ”,

Sorin tersentak apabila Hyunjin membaca itu. Dia ada ambil ke buku sebegitu. Dia rasa , dia cuma ambil semuanya untuk belajar berborak dalam english saja. Ini—dia terus berpaling.

“ Kau baca buku apa tu ”, Hyunjin hanya tersengih.

“ Aku mana ada baca , aku bercakap ”, Sorin berkerut dahi. Cakap ?

“ Dah lah. Aku nak baca , nanti bila aku tak faham baru aku tanya kau ”, Hyunjin terus mengambil buku yang menunjukkan penerangan sedikit dalam bahasa hanguk. Boleh dia faham seorang diri tanpa menyusahkan si Sorin.

Sorin terus sambung kerjanya membaca buku. Dia rasa agak bersalah dengan Hyunjin dan semuanya kerana kejadian malam semalam.

Betulke dia sukakan Sorin ? Atau sekadar menyedapkan perasaan dia saja ?

nine - days + skzWhere stories live. Discover now