008 ; boyfriend aku

347 56 23
                                    

Jam loceng berbunyi panjang menunjukkan sesi persekolahan sudah tamat. Semua pelajar berpusu mengemas barang mereka. Turut juga Sorin. Dia mengemas barang tetapi agak perlahan.

Ada sesuatu yang bermain difikirannya. Asyik mengelamun perkara yang sama saja.

" Sorin , kau okay tak ? ", tegur Sowon apabila kawan baiknya , Sorin kelihatan muram saja. Kurang bercakap malah memandang dia pun tidak.

Persoalan Sowon hanya dijawab dengan anggukan kepala saja.

" Kau jangan fikir sangat dia tu. Berehat ye ", Sowon memegang bahu Sorin lalu mengusapnya perlahan lahan menenangkan hati Sorin.

Satu senyuman lemah diukir pada bibir Sorin.

" Aku balik dulu. Bye ! ", tangan Sowon dilambai ke arah Sorin yang sedang sibuk mengemas. Entah apa yang dikemasnya , terlalu lama masa diambil.

Selesai saja mengemas , terus disandang begnya pada bahu dan melangkah keluar dari kelas yang kian sepi itu.

Tiba tiba , fikirannya terlintas sesuatu. Terus dia mula berlari anak keluar dari bangunan sekolah.

'Harap dia tak jauh lagi'

Berkeliaran mata Sorin mencari seseorang. Dari dalam sekolah menuju ke pagar. Tiada. Dia mengharapkan sangat untuk berjumpa dengan d
ia. Untuk mendengar penjelasan dan memberi penerangan.

Sorin berhenti seketika di pagar. Dilihat sekeliling. Masih tiada. Satu keluhan dikeluarkan. Mungkin terlalu lambat atau tiada tempat untuk Sorin berjumpanya.

Dengan langkah berat , Sorin menjejakkan kakinya keluar dari perkarangan sekolah , keluar pagar. Muram mukanya. Kusut fikirannya.

Masih wujud lelaki bertopeng iblis seperti Shinwon. Membiak ke iblis ni ?

Tiba - tiba , Sorin terlihat satu figura yang menimbulkan kembali senyuman nipis dibibirnya. Ditepuk pelan bahunya dari belakang dengan sapaan lembut.

" Ai Changbin , sorang je ke ? ", tanya Sorin kepada Changbin yang agak sedikit sentak dengan sapaan drastik Sorin. Macam drastik sangat.

" Iyalah , nampak ada orang lain sini ? ", balas Changbin dan Sorin hanya diam. Tidak tahu membalas apa kerana lontaran suara Changbin tadi agak kasar.

" Hyu-Hyunjin , ada nampak t- ",

" Tak. Jangan kacau dia dah. ", Changbin terus berjalan laju kehadapan meninggalkan Sorin terkaku disitu. Sakit hati Sorin apabila mendengar kata - kata Changbin tadi.

Apa yang dia maksudkan dengan 'jangan kacau' ? Buntu Sorin dibuatnya.

" Apa salah aku Hyunjin ... ", Sorin mengumam , menahan daripada cecair panas mengalir keluar. Terus dia menarik nafas dalam , hembus perlahan dan meneruskan perjalanan pulangnya dengan sendiri tanpa teman disisi.

+++

+hyunjin pov

Aku tak sangka Sorin masih salahkan aku. Apa yang aku dah buat sampaikan aku dimata dia -seperti tiada apa apa. Dia hanya lihat keburukan aku atau kekejaman aku ?

Aku malas dah nak fikir. Ikut dia lah. Aku tak perlu lagi masuk campur hal dia ataupun masuk dalam hidup dia untuk tolong malah tenangkan dia. Sia sia saja.

Aku melangkah keluar dari perkarangan sekolah. Agak sedikit awal keluar sebab cikgu baik harini , bagi balik awal. Mahu tunggu Changbin ,Felix , Jeongin dan Seungmin .... takut terlalu lambat.

Jadi aku balik seorang.

Sedang aku berjalan , bahu aku dicuit kecil dari belakang. Terus aku memalingkan pandangan ke belakang.

" Hai , Hyunjin ! ",

" Jun-Junsoo ? ",

***

" Kenapa tiba tiba ajak aku keluar ni ? ", tanya aku sambil gelak kecil. Iyalah , kebetulan saja jumpa terus ajak keluar minum.

" Saja. Lama tak jumpa kau and aku tak tahu pun kau pindah sini. Kenapa ? ", tanya Junsoo. Kawan lama aku atau boleh dikatakan ex-girlfriend aku. Tapi semuanya kisah lama. Masih tak matang. haha.

" Oh aku ada kerja itu pindah ke sini. ",

" Kerja apa ? ",

Jap , takkan aku nak bagitahu yang kerja aku jaga anak dara orang. Nanti dia fikir lain pula.

" Kerja-em bodyguard ", tengkuk aku digosok. Junsoo hanya mengangguk saja. Mujur.

" Em Hyunjin ", aku memandang dia. Tepat matanya memandang aku. Tanpa sengaja , mata aku pun tepat pada anak matanya.

Tiba - tiba , jarinya pelan pelan memasuki jari aku yang berada dia atas meja. Dia mengusap pelan tangan aku dengan ibu jarinya. Terbuntang mata aku.

" Aku dah lama tunggu kau tapi ... ",

" Sorry Junsoo ", aku menepis pegangangya pelan. Aku berasa kekok gila bila dia buat begitu. Ya tuhan , kawal perasaan aku.

Tiba tiba dia bangun dari kerusinya lalu menundukkan sedikit badan , memandang aku. Terasa deruan nafasnya menyapa muka aku.

Dia fikir aku bodoh ke nak biarkan dia buat sesuatu dekat aku ? Tapi , aku rasa bodoh. Aku tak tahan.

Jarak antara muka kami semakin dekat. Dia mula memejamkan mata.

Dan akh-

" Hyunjin ! ", seseorang memanggil aku dengan satu tindakan dimana lengan aku ditarik sehingga aku terbangun dari kerusi. Badan aku lantas dipeluk erat oleh dia. Apa-Apa yang yang dia buat ?

" Yah ! ", Junsoo membentak.

Aku memandang ke bawah. Dia-Dia menangis dengan muka tersembam di dada aku. Siapa buat dia ?

" So-Sorin okay ? ", aku bertanya namun dia hanya diam. Perlahan aku mengusap belakangnya dan membalas pelukannya. Dan , tidak lama kemudian , dia melepaskan pelukan.

" Kau jangan kacau Hyunjin aku. Dia ... ",

Sorin memandang aku.

" Dia boyfriend aku ",

『 T O B E C O N T I U E D 』

nine - days + skzWhere stories live. Discover now