020 ; cari orang ?

206 24 3
                                    

Dengan apa yang sudah terjadi pada Hyunjin sejak kebelakangan ini , boleh buat dia gila. Asyik mimpi perkara yang mengarut entah tahap gaban apa. Mahu tafsir , ingat cakap ustaz mimpi ni mainan syaitan. Hms banyak syaitan cuba rangka cerita dalam mimpi si Hyunjin.

Syaitan boleh terpikat dengan Hyunjin ? Apakan manusia ?

Tapi , bukan ke bila kita mimpi roh kita bergerak kan ? Hms jadinya roh Hyunjin jumpa dengan roh si Sorin ke , ke apa ke—okay.

Tanpa berfikir panjang , jarum jam sudah menghala kepada digit 10. Masih awal untuk bangun tidur , namun sudah lambat untuk dia mengambil sarapan. Kalau disambung tidur , nanti ada pula yang cemburu.

“ Kau nak beratih untuk mati esok esok ke , tidur tak ingat dunia ni ? ”,

Woojin. Ya hanya Woojin yang selalu berpesan , namun kasar pesanannya. Jadi, mulai itu , Hyunjin terus elak daripada tidur pada waktu petang. Nanti macam macam ayat pelik keluar dari si Woojin tu.

“ Hyung , Hyunjin nak keluar kejap ”, laung si Hyunjin kepada Chan yang berada di dapur sebaik saja dia menuruni tangga.

Entah apa si Chan dengan si Minho buat di dapur. Dari tadi riuh rendah semacam. Hyunjin mahu tunggu makanan itu siap , memang kebulurlah dia nanti. Baik dia keluar sekejap , beli makanan ringan ke untuk mengalas perut.

“ Kau nak pergi kedai ke ? ”, dia terus memandang suara yang berbunyi itu. Woojin. Langsung Hyunjin mengangguk.

“ Nak kirim apa apa ke ? ”,

“ Em boleh jugak. Ayam goreng dengan ramen. Pedas tau ”, pesannya.

“ Aku nak cheseecake ! ”, laung pula Jisung dari dapur. Hyunjin hanya sekadar angguk dan menadah telinga dengan pesanan mereka. Duit bukannya nak hulur , pandai minta saja.

Ingat Hyunjin kaya ke—eh memang Hyunjin kaya. Macam Chan.

Hyunjin baru saja mahu menuju ke pintu utama rumah , terus namanya dipanggil. Dia merengus dan berpaling. Minho tercunggap - cunggap memandangnya.

“ Dah kenapa ? ”, dia berkerut dahi.

“ Hyung nak buat tteobokki tapi—”,

“ Buat jelah. ”,

“ Bukan tapi—”,

“ Dori tak makan tteobokki ke ? ”,

“ Kucing makan whiskey lah bodo ! ”,

Hyunjin tergelak kecil. Seronok kenakan si Minho ni. Kalau marah , terus jadi comel.

“ Hyung lupa beli kek beras hm ”,

Hyunjin mengetap bibirnya. Mahu saja tangannya melayang , memukul si Minho itu.

“ Macam mana boleh—”,

ding dong

Hyunjin terus menoleh ke belakang. Loceng berbunyi dan maknanya ada oranglah yang datang. Kalau bukan orang—mungkin manusia.

Woojin bertanya hanya dengan membuat pergerakan mulutnya. Terlintas juga di fikiran Minho soalan itu.

Siapa ?

Tanpa berfikir , dia mengintai pada lubang yang ada di pintu itu. Matanya terbuntang pabila melihat gerangan itu.

“ Lelaki ”, dia membalas perlahan dan semua mengangguk. Dia turut buntu , samada mahu buka atau biarkan saja. Sekali lagi , loceng runah ditekan. Hyunjin mula gelabah.

“ Buka je lah ”,

Tombol dipusing dan pintu dikuak perlahan. Terus terpampang muka lelaki itu dihadapannya. Hyunjin terus menegangkan mukanya , tanpa menghiasi mukanya dengan senyum.

nine - days + skzWhere stories live. Discover now