003 ; lain macam

449 82 105
                                    

+sorin's pov

Aku terjerit sebab tak tahan tengok dia. Bukan sebab dia hot ke apa , tapi aku tak suka tengok lelaki tanpa baju di badan. Menggelikan. Jadi , aku jerit dan jerit.

" Shh senyap ", dia meletakkan jari telunjuknya di bibir untuk mengarahkan aku senyap. Tapi aku gagal. Aku tak boleh senyap. Dan , aku tak tahu kenapa.

" Senyappp ", bisik dia pada telinga aku sambil menekup mulut aku untuk senyap. Badan dia betul betul dekat dengan belakang badan aku. Sekelip mata saja dia sudah berada di belakang aku. Aku --- aku tak selesa.

" Eum eumm ", aku mengoyangkan badan aku pelan untuk dilepaskan. Kemudian , dia lepaskan aku dengan melepaskan tangannya daripada mulut aku. Sesak nafas aku !

" K--kau siapa ? ", tanya aku singkat. Pandangan aku kepadanya bagai mahu tak mahu saja. Terkedip kedip mata aku melihat dia.

Disini Sorin mahu buat pengumuman, ada sorang lagi mamat hensem yang buat aku sakit jiwa dekat sini.

" Ni saya Minho ", kata dia sambil merimaskan rambutnya yang basah itu. Terpercik air pada rambutnya , terkena muka aku.

Dia tak ada benda lain ke nak buat ?

" Buat apa masuk sini ? ",tanya dia.

" A-- Sorin nak ambil baju Hyunjin je ", kata aku tanpa memandangnya.

" Nak buat apa dengan baju dia ? Ke Sorin nak .... ",

" Eh tak ada apa pun lah ! D--dia suruh tolong basuhkan. Ke Minho nak tolong basuhkan ? ", jawab aku. Dia ni sama je macam Hyunjin. Nak kena buang jauh jauh. Nanti aku siapkan pasport dan hantar dia pergi jauh jauh. Yang lain tolong kutip dia.

" Ye ke ? Ke saja ? Nak tengo--- ",

" AHHH ! TAKDE MASANYA ! ", terus aku keluar dari situ dengan baju Hyunjin di dalam tangan aku. Baru saja aku keluar dari bilik terus bertembung dengan Hyunjin.

" Asal kau jerit ? ",

Aku menggelengkan kepala saja. Malas dah aku nak cakap dengan dia. Si Minho tu pun sama. Aku ingat Minho ni baik tapi perangai. Hanya tuhan saja yang tahu.

+++

+third person's pov

" Macam mana ? Jadi ? ", tanya Hyunjin kepada Minho yang sedang menyarungkan baju ke atas badannya sebaik saja dia memasuki bilik itu. Sorin sudah pun pergi dari situ.

" Minho kan , selalu jadi. I am Lee Know okay ", jawab Minho sambil menguraikan rambutnya ke belakang.

Terus Hyunjin mengangkat tangannya dan berhigh five dengan Minho. Plannya menjadi kali ni. Langsung tiada kasihan kepada Sorin.

" Lepas ni apa pula ? ", tanya Minho kepada Hyunjin.

Hyunjin hanya mengumam dan matanya memandang ke syiling bilik itu. Lidahnya menolak pipinya. Dia bermain dengan lidah dan pipinya saja.

" Kita punya dah selesai. Lepas ni orang lain pula yang kenakan ", kata Hyunjin. Minho hanya meng'o'kan saja jawapan yang diberi tadi.

+++

Sorin terus ke tempat basuhan baju di sebelah dapur. Diambil sabun cecair dan diletakkan pada mesin basuh sebaik saja baju diletakkan. Dia menekan jenis basuhan dan mesin mula beroperasi.

Fikirannya masih terngiang ngiang akan perbuatan Minho sebentar tadi. Entah kenapa dia terasa malu dan kekok pula berada di rumahnya. Walaupun itu rumah dia.

nine - days + skzWhere stories live. Discover now