011 ; missed call

286 50 13
                                    

" Um .. maaf eonnie ",

Perempuan muda , berkaca mata bulat dan berambut ikal brown paras bahu terus menoleh ke kanan sebaik saja dipanggil sambil menanyakan kenapa.

" Eonnie ada powerbank tak ? ", perempuan itu terus mengangguk sambil berkata iya.

" Nak pinjam ke ? ", tanya perempuan itu kembali dan Sorin terus mengangguk. Menunggu perempuan itu untuk mengeluarkan powerbank daripada handbag-nya.

Sementara itu , Sorin mengambil highlighter nya yang berwarna ungu. Dibuka penutup dan terus gunakannya untuk bulatkan nombor muka surat bagi buku Chemistry yang perlu dia habiskan sebelum pulang.

" Nah ", perempuan itu memberikan powerbank berwarna hijau kepada Sorin dan ia bertukar tangan. Sorin mengambilnya dan terus mengucapkan terima kasih atas pinjaman.

Diambil usb wire dari dalam begnya yang diletakkan di atas meja lalu terus dicucuk pada lubang charge telefon dan powerbank. Sejurus itu , telefonnya mula hidup.

" Adik ? ", perempuan itu mula menyapa Sorin yang agak leka belajar di dalam perpustakaan awam itu. Tempoh peperiksaan untuk semester ini hampir tiba. Hanya dalam satu bulan lebih saja lagi. Jadi , ia tak salah untuk Sorin mulakan ulangkaji dan belajar segala topik yang didedahkan oleh gurunya.

" Iya ? ", Sorin membalas sapaan perempuan muda tadi dan memandangnya dengan satu senyuman di bibir.

" Adik memang kalau study seorang eh ? ", tanya perempuan muda itu kepada Sorin.

Sebaik saja kedengaran soalan itu , Sorin terus gelak perlahan. Kalau kuat , naya diusir keluar dari perpustakaan. Lagipun , kalau gelak kuat , tak beradab bukan ?

" Sebenarnya , saya tak pernah study kat luar ni sorang sorang ... dan saya memang dari dulu lagi study seorang je. ", jawab Sorin perlahan dan terus mengetap bibirnya.

" Kenapa ? Kan better kalau belajar in group ? ", tanya lagi perempuan muda itu.

Terus muka Sorin berubah. Menjadi murung seketika namun dia kembali senyum memandang perempuan muda itu. Mahu saja dihiraukan persoalan itu tapi ... patut difikirkan balik perasaan yang bertanya.

Sorin menggeleng kepala.

" In group memang bagus tapi ... ia takkan jadi kalau hanya saya seorang saja dalam study group itu. Siapalah nak belajar dengan saya. Jadi , it's better kalau saya belajar seorang ", jawab Sorin dan kembali fokus kepada bukunya.

" Kenapa ? ",

" Eonnie bukan nak masuk campur tapi nowadays memang remaja sebaya awak banyak masalah. Eonnie tak tahu kenapa dan rasa curious sometime. Itu eonnie tanya. Mana tahu masalah awak boleh handle ? ", terang perempuan muda itu kepada Sorin.

Sorin mula menarik nafas dalam. Ini kali pertama dia bercerita panjang dengan orang yang tak dikenali.

" Tak ada apa masalah pun eonnie. Saya yang tak boleh belajar in group. ", tipu Sorin. Bukan sengaja tapi agak , kurang selalu kalau mahu kongsikan masalah dengan orang luar. Baginya , biarlah dia saja yang tahu.

Perempuan muda itu hanya diam dan mengangguk saja.

" Maaf , eonnie ganggu awak belajar. ",

" Oh , it's okey ", balas Sorin sambil senyum ke arah perempuan muda itu.

Sorin kembali menghadap bukunya. Dan tiba tiba telefonnya berbunyi , menandakan ada notifikasi mula masuk.

" Oh ", terus dia mengambil telefonnya lalu dibuka.

" Banyaknya missed call ", getus hatinya apabila melihat 34 missed call dan beberapa voice mail yang tertera pada skrin telefonnya. Dan semuanya unknown person.

+081×××××××
+087×××××××
+087×××××××
+087×××××××
+087×××××××
< View 29 missed calls

Dia curiga. Siapa yang sanggup berulang cuba call dia.

" Ada apa apa jadi ke ? ", getusnya lagi. Namun dia hiraukan saja. Telefon itu kembali diletakkan ke tepi. Menjadi anasir jahat saja untuk dia. Sudahlah mahu belajar bersungguh untuk peperiksaan nanti.

+++

+hyunjin's pov

Sorin ke tu ?

Aku dan Changbin terus menghampiri perempuan yang kelihatan seperti Sorin itu. Dengan rambut hitam paras bahu dan baju sekolah. Aku harap tu dia.

" Sorin ! ", aku terus memegang bahunya dan dia menoleh ke belakang.

" Maaf , saya bukan Sorin ",

" Maaf , salah orang ", kata aku sambil mengosok tengkuk aku. Malunya lahai salah orang. Halusinasi ke apa ni. Sampai salah orang bagai.

Aku dan Changbin terus keluar dari kedai mini itu. Memandang kiri , kanan. Di mana lagi aku mahu cari dia.

" Changbin hyung punya pasal dah buat Hyunjin malu ! ", aku memukul lengan Changbin. Dia asyik je gelak. Macam tak ingat dunia.

" Biasalah. ", Changbin menghalang aku dari terus memukulnya.

Aku pun terus keluarkan telefon. Agaknya boleh call ke tidak ? Tak salah aku cuba.

Terus aku mendail nombornya.

Beep ... Beep ...

OH -

『 T O B E C O N T I U E D 』

nine - days + skzWhere stories live. Discover now